aku hazel si shutterbugs! smile....

Tuesday, November 17, 2009

adoi la.....

malam makin gelap.. hujan makin lebat. kedengaran sayup-sayup suara mengerang kesakitan.. tapi siapa dan dari manakah suara itu datang.. Ana(nama samaran) mencari-cari suara rengekkan siapakah yang dia dengar di malam yang kian membuta ini.......

suara itu makin jelas. makin dekat.. makin kuat....

ana berdebar-debar.... suara yang didengar nya tadi datang dari tandas aras 2 bagunan asrama yang ana diami...
perlahan-lahan ana menolak daun pintu tandas.. ana kaget. ana cuak-cuweik.. ana rasa seram semacam.. bulu roma kian menegak tatkala mendengar suara yang mengerang kesakitan yang makin lama makin lemah.

dengan memberanikan diri.. ana mengumpulkan aura panji semerang yang diturunka oleh ibunya satu ketika dulu.. dengan berani lagi gagah ana menolak daun pintu.....

ana terpandang.... lembaga itu...


"ADOI! sakit... wuuuu... tolong".... tangis suara itu.....

oh rupanya ada hamba allah yang jatuh tergolek dog dalam tandas... ana pantas memapah hamba allah itu.....
siapakah beliau yang ana bantu......?????

sudah pastinya aku... hazel ruslan... mulai saat ini sumpah aku tamau pakai selipar biru aku tu lagi... dah tadak bunga... dah tadak cengkaman bak cicak melekap di dinding.... good bye selipatr tesco...... welcome selipar Giant........!!!!

apa kau rasa?



apa kau rasa bila mana diri kau tak di hargai? sedangkan kau berhempas pulas, bertungkus lumus dan merelakan diri berkorban demi erti sebuah persahabatan.
adakah mereka yang kau anggap kawan itu faham akan definisi persahabatan itu sendiri? dimana silap aku sebagai seorang sahabat dalam hubungan ini?
aduh!.. aku menghela nafas aku sedalam dan sepanjang yang boleh....apa salah aku....? kadangkala aku tak mengerti kenapa di saat mereka kesusahan barulah
tercari-cari dan meraba-raba didalam kegelapan mencari aku. kenapa di saat susah, kau mencari aku? adakah aku sekadar pitt-stop dalam perjalanan kehidupan
yang kau sendiri mulakan perjalanannya? oh! aku dah faham, i'm just your crying shoulder!tapi disaat kau sendiri sudah senang tanpa belenggu masalah yang
terbeban sebelum ini. kau tinggalkan aku! konklusi yang aku simpulkan sendiri sudah tersimpul mati. aku wujud atau tidak kau masih boleh hidup bukan?
tapi aku agak terasa, terguris dan  bertapa makan dalamnya perbuatan kau terhadap aku.bilamana aku perlukan kau. kau lari jauh tinggalkan aku yang hampir
terkunci dalam penjara gelap aku sendiri.ok! FINE! next time jangan kau cari aku lagi. dan jangan bebankan aku dengan masalah kau yang remeh tu...

so much for friendship!


Monday, November 16, 2009

enam belas hari bulan november dua ribu sembilan

harituh aku balik kedah.tak lama,sekajap saja wei...
sekali kakak aku ada lor bagitau pasal sale kosmetik maybeline n loreal.
jadi aku pon joint lah beliau dalam aktiviti terapi beliau. time kat
tempat sale tu aku telah berjaya membeli Liquid Foundation. setelah aku
apply kan kosmetik plastik itu kat muka aku aku rasa cem cantik dan muda
3 bulan.. huahahahaha.. terasa diri amat kiut dan chumel sepanjang hari.
mak howt nyah.. sampai ada 2 peminat datang nak bergambar dengan mak you know!


ni la dua orang peminat yag aku maksudkan.. howt kan aku?

ahaks!.....

sampai saja gue di class adik gue si azry tu pulak nak bergambar dengan gue.
tapi dalam pic ni aku tak howt.. aku sengal-sengal ubi gitu macam si azry..
adesh.....






kami tak howt tapi sengal


shengal lah ......


p/s: aku rasa aku tersangat lah kiut. cara tak? ibarat masuk bakul angkat sendiri siap naik lift.




Sunday, November 15, 2009

sukarelawan atau paksarelawan?

pada dua puluh lima hari bulan sepuluh tahun dua ribu sembilan, saya bersama teman-teman secara sukarela dan paksarela nya telah berjaya menjejakkan kaki ke zoo negara. setelah sekian lama nya tidak ke sana saya  dapati begitu banyak perubahan yang berlaku. seperti tadak KFC.betol... dulu time kecik-kecik ada ja.... har... har... har.....

AGAK SKEMA YA AYAT DI ATAS......

bulan lepas aku pi zoo. untuk kerja sukarela.. dapat markah tau.... ni untuk sijil aku jugak... best. penat dan have fun jugak lor sepanjang aku di sana..... bagi makan gajah, kambink gurun, boya dan cemacam spesis cipan.....selain itu aku jugak berjaya membuat kerja-kerja pembersihan kandang-kandang dan stabel-stabel kuda.... har3..... sebagi seorang suka dan rela.. aku nya lagi 1 tugas adalah menyediakan makanan untuk satu zoo.. tidak termasuk pekerja....


gambar ni berjaya dirakam semasa gajah tersebut baru lepas wee-wee.....



hippo ne sweet.. cem senyum kat aku je.... huahahaha.....

dekat zoo tu kan ada la satu family hippo yang sweetttttt.. kiut dan montel....
siap ada baby lagi... baby hippo tu baru seminggu lahir.. dah bleh jalan... aduh.. kiut... oleh itu aku menyeru agar kalian datang beramai-ramai ke zoo untuk jadi sukarelawan... besh.....


Wednesday, November 4, 2009

yang kuning-kuning tu.....

nak kata baru.. tak la sangat.. nak kata lama pon... tak la sangat.. tapi bulan lepas jam aku putus..
so aku beli yang baru nye... aduh... kaler agak striking ... yelow melow... har...har...har....
tapi ok what... memang pop habis ar dengan uniform aku... agak gedek, bagak, besaq and so on....

cem jam power rangers pon ade... berisap lah untuk...... BERTUKAR....... HENSHIN!