aku hazel si shutterbugs! smile....

Wednesday, December 29, 2010

Countdown 2010 Ep. 2

ada lagi dua hari sebelum tahun baru.dan aku tak prepare lagi diri aku untuk another chapter dan another cerita serta another new life an so on...

ketika entri ini di tulis, aku tonton bola di kaca tivi... Malaysia lwn Indonesia... Negara kita mendahului... kot mana pon Malaysia menang. ehehe...

jiran kat taman ne kiri kanan depan belakng dok sorak bagai... yang jerit terlebih teruja pon ada... siap buat tarian bola lagi.. ahaha (mungkin aku)

erghhhhh

p/s: minggu depan tahun depan ... minggu depan aku dah tua.. ekeekekek...

Sunday, December 26, 2010

Countdown 2010 Ep. 1


" Kembali Pulang "
Kuala Sala, Kedah


gambar di atas aku tembak bulan Mei yang lalu... outing beramai-ramai bersama teman2 gedik santai... ahahah... 

kabare semua? waras?... hohoho... bagus la semua sehat hendaknya... dekat dashboard aku banyak betul umat blogger update pasal story masing-masing sepanjang 2010. mengamuk ke apa? ehehe.. aku pon tak terkecuali nak update sedikit sebanyak pasal diri aku sepanjang 2010 ne... macam-macam jadi kot... sekejap je kan?

tak sampai seminggu dah nak masuk 2011... weh.. minggu depan dah tahun depan... hahaha... pelik dan kelakar lak aik ayat ne... aduh... tahun depan aku tua setahun dari sekarang... umur kritikal aku lak tu... adei...  tahap kritikal tu aku tak dapat sukat dan ukur... mungkin keliling aku mampu tentukan tahap kritikal umur yang meningkat...

apa aku merepek ne hah? SIGH~

nanti aku continue lagi... sekarang aku nak p jenjalan baca  blog...


Friday, December 24, 2010

missing...

seminggu yang lepas lagi aku dah punggah almari baju aku kat umah ahkak aku. tapi tak juga jumpa. puas aku cari. bilik belakang bilik kecik, washing machine , dalam Ferrari ... tapi tak jugak jumpa. lepas tu aku balik umah mak ayah malam tadi.lepas makan malam, terus aku masuk bilik cari dalam almari yang tinggi 5' tu. bukak pintu ne, buka pintu tu, bangun tunduk. turun naik... sepah sana sepah sini.. bilik cem tongkang pecah di badai tsunami. and again.. tak juga jumpa... siap tanya mak lagi.. mana perginya.. argggggghhhhh tak juga jumpa....


mana perginya hooded hijau aku tu?
"KEMBALIKAN!!!!!"....


p/s: "Hi, i'm Hazel.. and i love green..."

Sunday, December 19, 2010

...sembunyi aku


singgah sebentar di portal ni... dah lama tak update tak bererti aku hilang di tiup angin. aku aktif, tapi tak se-hyper dulu... aku rajin je melawat blog teman2... ermmm... ni pon kejap je ni.. soon or later aku update ye... astalavista bebeh...

p/s: ini gambar terbaru ... snap masa gedik2.. miahahah...

Saturday, December 11, 2010

keliling aku

cerita ini cerita dulu
tiada dulu tiada sekarang
memori ini warnanya putih,hitam dan kelabu
kemas aku simpan jangan di ingatan ianya hilang

wajah ini keliling aku
kisah aku kisah kamu
tiada kamu aku membisu
pinta aku hanya satu
jangan bisa kau lupakan aku

jauh kau belari meninggalkan aku
aku di belakang mengutip jejak kamu
mengapa kau sepi diam membatu
apakah dosa dan salah aku pada kamu?

menangis aku sendiri lagi
teresak aku kuat tiada berbunyi
meraung aku memecah sunyi
titis tangisku jatuh ke bumi
tapi kau tetap tiada di sisi




p/s: T.T)






suka tabur janji

tabur janji? tabur janji tu macam tabur dedak kasi ayam itik makan atau tabur baja kat tumbuhan kasi hidup segar bugar? 

APAKAH kena mengena dedak ayam ngan baja dalam entri kali ni? ekseli tiada kena mengena pon, sekadar pemula ayat ataupun nak kick start menulis belog yang dah lama aku tak hapdate ne. entri yang lepas-lepas aku selalu janji nak update blog, nak update blog dan nak update. tapi harem... tiada masa yang sesuai. aura nak menulis pon tak dak inikan pulak nak suruh jejari yang gebu-gebas ne ligat menari dan mengetik keyboard .... 

harapan la semua itu... lain hari je lah hapdate... aku sekarang kalo on9 pon sekadar ck email dan update status. kalo rajin sikit aku buat bloghopping kat blog kegemaran seperti awek yang kat Pullman tu, pakwe kat Moscow, abang Macho kat Senawang, super geek yang nun jauh kat Jepun. banyak tu. aku kan suka membaca. uiceh...

entri kali ni aku nak menabur janji lagi. aku rasa di entri yang akan datang aku nak buat penggulungan hujah uiceh, alah sekadar ringkasan cerita carcamarba aku pada tahun 2010 ne. sekali gus juga aku rasa aku nak buat entri pasal bajet dan azam 2011...

harap nya, semua berjaya direalisasikan... tabur janji lagi ye.. 

p/s: tabur janji ne bahaya ke tidak? 

Wednesday, December 1, 2010

bulan berganti bulan

Hari ini 1 December 2010. Hari ni aku tidak lagi bekerja. Lepak di rumah dan berharap akan update blog. main farmville sampai lebam. Muat turun MP3. dan berharap untuk buat blog hopping setelah sekian lama tiada kesempatan nak mengadap portal yang sedia ada.

aku rasa hari ni hari bahagia aku hendaknya. just me, living room, laptop snack... yearghhhh.... untuk hari ni aku akan cuba update beberapa blog. kebanyakan entri tersadai kat dalam draft sekian lama tanpa publish. sebentar lagi insyaallah aku akan posting semua yang ada.. nantikan....

p/s: kebanyakan page blogger banyak utarakan pasal Dr. Rozmey serta rambut mahal beliau dan filem beliau... hurmmm....

Monday, November 29, 2010

It's been a while

 kenapa perlu berpaling? bear with it...


lama tak singgah kat blog sendiri. hampir 4 minggu aku tak update... terlalu banyak cerita, terlalu banyak drama dalam kisah hidup aku dalam tempoh 3 bulan ni. tiada daya, tiada aura, tiada kata kata. hanya mendung belegar di atas kepala. ke mana pelangi dan mana hilang matahari...? drama dan drama... wayang semata...

tiada benda yang senang kalau tak usaha sendiri. tiada kata yang terluah kalau sendiri simpan dalam hati. jadi mana satu cara harus aku pilih? rasanya kalau guna ungkapan tepuk dada tanya selera, atau tanya minda sekali pun... semua yang besarang dan berkampung dalam hati yang dalam ni mampu hilangkah? ibarat Tsunami yang membadai daratan lalu musnahkan segala? kan senang kalau gelombang itu boleh musnahkan segala masaalah... SIGH~....

apa yang aku nak sampaikan di sini.. semua orang ada problem, konflik dan sama waktu dengannya... hurmm.. bear with it? entah la... kalau dah tertulis begitu... hadap sajalah...

p/s: nothing...

Wednesday, November 10, 2010

tiada point

masih ada yang  pakai filem?


entri kali ni tiada point. gambar di atas pon tiada point. aku nak tulis pon tiada point. sambil memandang dan merenung sedalam mungkin ke arah skrin laptop... aku masih tiada upaya menyumbang apa-apa point untuk entri kali in... 

marilah beramai-ramai tengok skrin ....

SEKIAN , TERIMA KASIH.

p/s: ermmm.. apakah..?! di mana harus aku cari aura...? mungkin ada di 7E berhampiran...

Friday, October 22, 2010

berjaya tonton....


Dalam seminggu, aku cuma cuti sehari. Dan hari itu ialah hari Jumaat. Tapi siang-siang aku dah tercuti awal. Hari Khamis aku dah cuti.. MC sebenarnya.. Aku cirit-cirit, perut masuk angin, pedih ulu hati dan punya masalah lain. Pagi Khamis aku ke Poliklinik Mahkota yang dekat area Perumahan Awam. Sejak dulu lagi klinik tu kami satu family akan pergi kalau ada sakit itu ini.

erm.. ada ubat kaler hitam.... itu ubat untuk angin... ehehe...

Serius.. memang penat bila cirit-birit... ahaha...Muka aku dah macam tempe sebab penat ulang alik ke toilet... Perut lak terasa senak... Cedera parah...

Alhamdulillah, pagi tadi masa bangun.. Perut aku pon dah ok sikit... Cirit tu masih ada... ahaha.. cepat-cepat la baik ye perut...

Anyway, harinih aku keluar. Sepatutnya aku keluar dengan Lin... tapi tak jadi...ada kerja katanya. Aku teruskan juga niat aku nak berhujung minggu (walaupun tak hujung) . Aku memang dah niat dah pon nak tengok wayang. cuma tiada kepastian nak tengok cerita yang mana. So. sampai dekat Mall, ada beberapa option seperti cerita omputih, cerita hantu, cerita melayu dan cerita katun... Terasa macam nak nonton yang ada aksi-aksi dan adengan yang suspen katak. so RED menjadi pilihan. lakonan Bruce Willis, Morgan Freeman dan supporting act yang aku tak berapa nak kenal namanya..

Sila lah tonton ini cerita di pawagam berhampiran. Teruja gitu.

imej dari Yahoo

bukti menonton... aci tak?




habis tengok wayang aku pon strolling around Mall sambil cuci mata. Aaaaa... tak dak hala tuju. Pusing-pusing tempat yang sama. Endingnya aku ke Tesco. Pon dok merayau - rayau dalam riuh orang. lepas tu aku pon balik. sampai rumah dalam kul 6PM gituh...  Esok lak ada kijo... mmmm.. akan cuba untuk tido lebih awal.. ehehe...

p/s: minggu depan tengok wayang jum....!

Thursday, October 21, 2010

20.10.2010 part 2

entri lewat lagi sekali... aku ringkaskan..

harinih aku tag along bersama Encik Boss dan rakan taulannya dekat satu majlis akad nikah. habis majlis aku rush balik opis bersama Encik Boss dan terus amik Incha. sampai rumah aku tetiba rasa tak sedap badan. kepala pening. tetiba cirit (adakah efek dari pada makan bubur nasi petang tadi?) lepas tu sampai sekarang sakit-sakit badan pon ada... lenguh sana sini...

erk?... ahaha.. mudah-mudahan aku sihat.Amin~...

on lappy dan on9 facebook. bloghopping dari satu page ke satu page... kepada semua blogger tegar.. ahaha aku memang suka baca blog kamu.. lepas tu aku sempat singgah ke blog mak cik yang dekat Pullman tuh... riang betul buat posting.... punya la hectic hidup mak cik.. tapi makcik berjaya post 2 hingga 3 entri.. salute...

ukeh.. aku mahu tidur..

p/s: aku teringin nak pergi pejabat post... ehehe.. lama tak jejak..

Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010 part 1



ketika entri ini di tulis aku pandang jam.."eh! dah jam 3AM?"...aku sampai rumah pada 2AM.aku mandi, rapikan diri mengambil masa lebih kurang 30 minit.aku log ke email dan facebook sambil update itu ini hampir 15 minit.. dan sekarang sedang menulis entri kosong buat kali ke berapa yang aku sendiri tak hitung. seperti biasa, aku rasa ramai dikalangan blogger tegar dah berkira-kira untuk update akan perihal cerita masing-masing pada tarikh yang aku rasa molek ini.

20.10.2010

perkara apa agaknya yang menarik akan berlaku dan berlangsung pada tarih cantik ini. untuk rekod , sehingga entri ini di tulis. aku masih lagi susah nak lelap. insomnia itu teman aku sekarang. ah!!! mahu tidur dan mahu sihat. aku perlu rehat...

p/s: apakah ?

Thursday, October 14, 2010

khamis lagi... episod 2

masih lagi di library. baru selesi baca THE COMPLETE 35mm SOURCE BOOK by Mitchell Beazley. ini buku tahun 1976 . buku 3 dekad yang lalu dan zaman filem... masa tu digital SLR mana wujud lagi... kagum la sebab dulu semua manual. macam susah ja untuk develop sekeping gambar. sekarang kau.. nah! semua digital baik camera mahupun dark room. 

zaman aku belajar pasal photography. aku tak terdedah pon pasal filem. masuk study semua digital. camera lak DSLR , Digital dark room lak pakai Adobe Photoshop. aaaa... semua dah mudah sekarang... nak buat manipulation pon pakai photoshop je. untuk rekod manipulation terhebat aku rasa jatuh kepada Kukubesi la... tipu la kalo mana-mana photographer kat Malaysia ni tak kenal Kukubesi Manipulasi...aaaaa.... aku jealous habis la... ahahha... untuk wedding Angkasawan Malaysia pon diorang yang manipulate ... memang vast la... ahahha...

masa aku dok selak2 naskah ni.. dia ada sub topic pasal Nude and Glamour photography...  OOOoohooy... woot..woot... klip pop klip pop mata aku.. ahaha... aku ambil ini sebagai ilmu...

dah tu.. siap bagi ayat-ayat pemula... seperti....
"The human body is a landscape of even texture and continually changing contours . The way in which its form are defined or contribute to the method of the photographs depends largely on the direction and quality of lighting..."

wow... (nada nakal......)

beralih pula kat buku tajuk CONCEPTUAL STILL LIFE PHOTOGRAPHY bila aku selak-selak setiap helaian. wow.. aku fikir kenapa lah aku tak kreatif macam diorang ni... kreatif itu bukan sesuatu yang boleh di ajar... creative is a gift.. kan? kalu tak kreatif pon. gambar orang lain boleh kasi inspirasi jugak kan?

lepas tu aku beralih kepada jilid yang lain... kebanyakan point yang sama saja .agak boring... maka dengan itu aku ke rak semula dan main ambil satu buku hard cover..  macam habat je nampak...serius cakap... THROUGH THE LENS buku terbaik dari ladang...ini yang National Geographic Greatest Photographs... memang vast..... 500 muka surat penuh gambar superb... marvelous... yummy... 

rasanya semua dah tahu kalo national Geographic punya gambar macam mana bukan? bagi aku setiap keping gambar yang terpampang di setiap helaian tu memang spontaneous dan macam ada satu feel... i like.... walaupun gambar tu blur. tapi ada maksud... obvious movement..
aku pon dah kesejukan duduk lama-lama kat sini... better make my move...nak p makan sat...

p/s: akan datang... agak-agak aku datang library lagi ke tidak?

khamis lagi... episod 1

ketika entri ini di tulis, aku macam tak percaya aku bersiaran di Public Library... macam mana? sila lah baca...


rutin aku bermula macam biasa. bangun pagi gosok gigi cuci muka... lalalalaal~ aku sampai opis pagi tadi awal 10 minit... di minit terakhir Encik Boss cakap arini dia outstation ke Penang.. aku boleh balik. tapi hari Sabtu kerja macam biasa. sebab ada job wedding yang aku kena follow. 

aduh.. mals pulak aku nak balik rumah. ini kalo balik rumah mesti aku tidoq tak pon tengok tv.. last-last aku terbongkang depan ruang tamu tu dan tv pulak yang tengok aku. jadi aku pon decide untuk ke CIMB BANK untuk buka account. niat nak buka account tu dah lama. cuma tak berkesempatan. 15 minit je pon. tapi masa tetap tak menyebelahi aku.. okay.. sampai je dekat area bank, aku dah melilau cari parking.. niat nak park depan pintu bank.. ahahaha.. sekali nampak Encik Guard tu pegang senapang pulak.. tembak aku naya.. ehehe adei.. endingnya aku park belakang bank... 

elok aku masuk je, aku pon menuju ke meja Puan Receptionist yang manis senyuman nya.. awww... 

Puan Receptionist : Ye adik, kenapa? boleh saya bantu?

aku: (dia panggil aku adik? muda lagi aku nih!!!) Ye, nak buka account la..

Puan Receptionist : umur berapa?

aku : ermmmmm (berat je nak jawab)

Encik Guard senapang besar punya : ini mesti umoq 23.. saya dah tau start adik jejak masuk lagi!!!

aku: uik? (bapak ah.. muka aku ni memang ada angka 23 agaknya?)

Puan Receptionist : minta IC yerrr...

aku hulurkan sambil buat muka senyum manis tak manis... ehehe...

Puan Receptionist : ambil IC ni dan number ni. sila duduk dan tunggu giliran ya...
aku : okay (nada riang)

sambil menuju ke tempat menunggu Encik Guard senapang besar punya follow aku. masa aku duduk dia cakap " cek tunggu sat na.... sat gi depa panggil."... aku senyum je lah...

tak lama lepas tu ada orang panggil nama aku.. aku pon menuju ke kaunter berhampiran.. ahahaha akhirnya segala urusan selesai.. yang aku kagum sikit tu. ececeh.. nak buka account sampai kena mengadap 2 kaunter dan dua officer .. haha aku cuma buka account simpanan je pon.. lepas tu untuk kick start account baru aku cumamasukkan RM30 kot.. kalo 30K lain la.. sebelum ni tak pulak aku kena cem tu bila nak buka account bank.. ahahah.. dah selesai.... alhamdulillah...

masa aku melangkah keluar dari CIMB bank. aku nampak Bank Islam kat seberang jalan..Okay.. aku tadak niat pon nak buka account kat situ ye rakan taulan,... aku dah ada account dia. cuma aku nak tukar bank card saja. kekadang bila aku nak draw mesin reject kad aku.. so.. aku pon menju la. masuk je dalm bank.. aku jumpa satu officer ni. dia bilang kondisi kad aku tu masih elok. tak perlu tukar baru. ish... memang la. tapi lagi proper kalo ada yang baru. kene reject. cem nak patahkan je kad tu depan officer tu.. tapi kang tak leh keluarkan duit lak aik... dengan hati yang parah aku pon menuju ke Ferrari

masa aku start enjin aku monolg.. man aku nak tuju. cuma satu tempa ja aku nampak.. dah lama tak jejak. dekat 7 tahun la jugak... akhirnya aku pon singgah le kat Public Library ni. lepas park kereta dan terpaksa berhadapan dengan dua Mak Guard akhirnya aku lepas masuk .. kes kena tahan tu sebab aku bawa masuk beg dalam library.. makcik-mak cik tu siap cek lagi apa benarkah dalam beg aku ni ada laptop. ada la mak cik ooo.. cap Compaq... skrin 14 inci lengkap dengan webcam dan built in Altec Lansing speakers dan built in intergrated Digital Media Reader, graphic card ATI Radeon serta kebolehan menerima signal WIFI... waka waka eh..eh...!

lepas tu aku pon menuju tingkat atas bahagian rujukan dewasa.. perhatian... RUJUKAN DEWASA ok...

ahahah... zaman aku kanak-kanak ribena dulu mana boleh naik ke tingkat atas. bahagian kanak-kanak floor bawah... dekat rujukan dewasa ni macam macam ada. kecuali rujukan yang telarang seperti dot..dot..dot.. tapi sebenarnya ada.. setelah aku Google sistem kat library... bacaan itu boleh didapat di rak 899.233... dah jumpa... AHAH! Rujukan Dewasa ini boleh dikatakan lengkap... ahahaha... dekat rak 700 pon hebat jugak. kalo amik buku yang fine art tu..gambar yang nude tu not a problemo... ada ja... hey.. jangan nak cuci mata okay... erghhh.. pandang sekali sudah... dan jangan pandan sekali mata tak berkelip... ahaha...

aku duduk di satu penjuru dekat dengan plug supaya senang nak charge lappy ... lepas tu aku ke rak 800.. situ banyak bacaan pasal photography... ada la dua 3 jenis aku ambil.. sekadar santapan mata untuk lunch... ahaha...

p/s: terasa macam budak skolah lak aik ...

InsyaAllah , in future i will.....

disebabkan tiada sebarang aura nak menulis blog. maka secara automatic nya aku berjalan-jalan melompat-lompat dari satu  page ke satu page semata-mata nak baca blog.. semua random. ada blog best , ada blog syok sendiri [ macam blog aku ni la, sendiri tulis sendiri baca.ahahaha] . tah macam mana aku tetiba tergerak nak buka satu site yang dah lama aku nak buka tapi tak buka-buka... jeng.jeng.. jeng.....



macam biasa la.. selalu ke sini je pon. berangan. ahaha...  aku dengan riangnya mulakan misi google NIKON. nak beli tak tercapai lagi. ahaha.. aku singgah dekat site ni ada la dalam 1 jam lebih.. biasalah .. nak beli tak mampu. jadi aku pon tatap la bakal-bakal gadget yang insyaallah dengan izin-Nya akan bersama dengan aku.. konon-konon kalo tatap gambar-gambar gadget baru ni dengan harapan semangat nak mengumpul duit tu ada la... (insyaAllah, skang ni pon dah buat kerja part time di malam hari... mudah-mudahan ada saving lebih untuk kamu ye sayang...) oh ! sayang kamu nampak sungguh bergaya di samping ku... geli bukan dengar statement ini. AHAH!

D7000  i nak mimpi u lah tiap kali i tidur.. aww!



 omaigod... lagi anggun kachak bergaya jika dipadankan bersama SB-700.... ain't it cool?


Ya!... kot mana pun itu semua hanya angan aku di hari mendatang. insyallah kalau ada duit lebih. ada lah.... kalau tak de.. sepi je lah.. kan? kan je lah.

pasal wish list ni kene hati-hati... tak pasal-pasal D60 aku merajuk lamakan SD card.. ahahaha...

 
mana mungkin aku lupakan D60.
jatuh tergolek dog bersama,
berpanas berhujan berembun bersama, 
ke hulu dan ke hilir bersama. 
mana mungkin aku bisa lupakan kamu my dear 60Black... 


ayat nak rhyme je. anyway aku sangat bersyukur la dengan apa yang aku ada sekarang. dearly D60. walupun pixel cuma 10.2. gambar kekadang noise sebab tak cukup support . tapi aku boleh ja buat wedding...alhamdulillah... i survive...


p/s: dulu aku dambakan D90.. ok... soon or later kita tengok je lah macam mana.. ;)

Tuesday, October 12, 2010

once upon a time...

i was like sitting and watching TV . suddenly i just sang a song.

" i am sailing....~ i am sailing ...."  eh?! i try to refresh and recall an so on... i keep asking... " ishq... siapakah yang nyanyi.?". and i just can help my self. so i start Google until i found it... AHAH! enjoy the video...!!




p/s: ini zaman mak ayah kita ne... ayokkk...

Monday, October 11, 2010

pagi ini aku...

selamat pagi semua... ohaiyooo....

aku hari ni macam bakar line sikit.. ahahaha... dah siap-siap nak pergi kerja. aku boleh terlajak waktu... tengok jam , ish dah lewat nih. start enjin, sekali kau minyak dah E... ahaha.. singah Petronas . kat situ saja dah terbuang 7 minit. trafik lagi... nak sampai opis pon terpaksa bertempur dengan traffic light dulu. separuh jalan lagi nak sampai opis perut lak aik bikin onar. " hazel, jum lah makan.. kat restoren tu capati kuah sardine dia sedap.. capati pon lembut".. aku termakan kata my heart murmuring... gagagaga... pullover dan singgah makan satu round.. eceh.. tak cukup.. aku oder nasi himpit kuah kacang... makan dalam suasana yang harmoni.. wah gitu... jam dah kul berapa?. tapi tak reti nak beransur pergi... aku sedut milo ais yang best toing...toing...

masih relax dan memerhati keadaan dan keriuh orang yang singgah memenuhkan tangki masing-masing... lepas beberapa minit. di saat sedutan milo ais yang terakhir... aku pon tergerak.. eh dah lewat betul ni... ahahaha jum lah... pergi ke kaunter. settle semua. ready to hit the road babeh... ahaha...elok sampai opis... aku boleh senyum je lah. punch card pon dah tanda merah.. on PC dengan muka tak bersalah.. ahahaha..

ketika entri ini di tulis..aku lak macam nak hangin je.. selsema aku ni bila nak baik.. 

p/s: meh sini aku nak share flu dengan hampa semua...

entri lewat

salam semua.

doa aku pada semua sihat-sihat belaka. minta di jauhi sebarang musibah.. amin...

seperti biasa aku suka buat posting yang basi. sepatutnya aku cerita hari ini aku post pada hari berikut. sekarang ni susah aku nak luangkan untuk post entri yang ligat seperti dulu. ahaha ligat la sangat. jari ini pon dah tak petah bicaranya seperti dulu.  rata-rata harini masa aku buka blog. dash board aku penuh dengan entri yang bersempena 10.10.2010.

aaaahh.. alangkah bagus aku mampu ceritakan segala macam perkara yang membadai aku lately. dari awal tahun sampai la tarikh sekarang. 10.10.2010. ketika entri ini di tulis tarikh dah berganti. so tiada apa yang istimewa tentang 10.10.2010.

aku masih terasa lenguh di kaki dek tugasan di siang hari. di tambah pula dengan rutin harian di malam hari membantu ayah apa lagi?. aduhhh... mengeluh aku kerana penat. penat semata demi satu tujuan. DUIT. duit itu yang menakutkan. tidak mahu aku teruskan bicara tentang itu. 

untuk saat ini. aku hanya mahu berkongsi. berkongsi tentang insan yang satu itu. insan itu baru aku kenal selama 3 bulan rasanya. petah berbicara melalui tulisannya. kuat bersuara melalui kerja seninya. aku cemburu dengan usia 23 tahun yang dia dakap. punya segala bukan semata harta, kaya segala bukan duit simbolnya. aku cemburu. untuk seorang insan yang sebaya dengan aku. aku  katakan yang kamu itu idola aku. panduan aku. sifat dan sikap kamu ingin sekali aku contohi. kisah kamu aku baca. sedih kamu aku rasa. tawa kamu aku gembira....aaaaaaa aku doa agar kita dapat bertemu.  amin. 

tetapi lain pula ceritanya tentang insan yang kontra sifatnya. sangat jengkel aku akan sikapnya, sangat benci akan tuturnya. sangat geram akan tingkahnya. tapi, siapa aku untuk berkata apa? diam sudah aku akhirnya. untuk dia yang punya umur yang serupa. maaf kau bukan idolanya. maaf juga antara kita palsu hanya. aku wayang dikala kau berkongsi cerita. aku ketawa tanda aku mahu kau hentikannya. aaahh! alangkah indah semuanya mudah. 


p/s: wayang itu sebahagian kita. dunia ini pentas kita.

Sunday, October 10, 2010

Thursday, October 7, 2010

duit sangat menakutkan

sekadar gambar hiasan... tah duit sapa la dibiar bersepah begini...


bila tiap kali aku nak update blog mesti aku ada satu problemo... ni nak emo nih... Title atau Tajuk. kalo dulu bukan main aku letak. pandai lak , skang ne bila nak tulis tajuk ja mesti potong terus aura nak menulis. alahai aku nih.. entri kali ni aku ingat nak tulis something yang besifat santai atau lebih kepada perihal rutin harian aku dan perkara remeh yang lain. tapi tergerak pula aku nak utarakan pasal DUIT. rasanya kalo baca pada tajuk pon, korang mesti nak tahu kan? kenapa lah aku cakap duit sangat menakutkan...! serius weh! aku sangat-sangat berpendapat duit tu sangat menakutkan. berhantu tau duit-duit yang ada kat dunia ni! tak tahulah aku, pendapat korang macam mana pulak kan?!!

pengakuan jujur aku untuk entri kali ni.

 baiklah! untuk minggu ini, sejujur-jujurnya aku nak katakan yang aku ni sangat sengkek, pokai, poket nipis, duit tak ramai dan meriah seperti dulu. cukup-cukup je nak survive sampai aku dapat gaji (gaji ke? gaji la sangat!). aku bukan nak merungut. tapi ada kalanya ini cuma keluhan-kesah aku yang jarang sekali orang nak dengar. masing-masing ada masalah bukan? samalah cem aku ni!

untuk rekod pada minggu ni, aku lunch dalam kereta. makan pon kena catu sikit sebab betul2 nak save. ahahaha... kenalah save. apa kau ingat Ferrari aku tu nak bergerak pakai daun kering ke?pakai duit tahu! nak kene isi minyak. nak kena bayar.. guna apa? guna duit... i just wish i can grow money in my back yard...LOL...disebabkan betul2 punya save, lunch aku rata-rata dibawah RM3 . keluar opis, singgah bakery, beli roti dan air.makan dalam kerete  masa on the way nak balik opis. nasib baik kenyang... ahahah.. SIGH...  (=.=;)/

kalo tengok dari segi luaran mesti bajet aku ni berduit agaknya? kaya agaknya.  hebat dan bergaya menaiki Ferrari ke opis. but reality.... its bites!!! setuju je lah!!! tak rugi pon... aku tak faham la orang yang kaki enjoy , sikit-sikit nak main bowling, nak tengok wayang,yang nak shopping sana sini & bajet bagus in every ways when it come to money!  baiklah! aku faham. mereka ini jenis mampu. tapi perlukah nak show off? perlu? aku tak tujukan pada siapa-siapa. cuma berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sepanjang aku belajar dalam mencari apa itu kehidupan. mereka yang berada dalam lingkungan golongan ini tak terkecuali dari singgah dan berlabuh pergi dalam hidup aku. kadangkala aku rasa sangat jengkel dengan mereka-mereka ini.  aku bukan nak prejudis. tolong jangan politikkan apa yang aku katakan. ini sekadar luahan dan pendapat aku pada golongan  ini.

walaupun aku tak dibesarkan dalam kemewahan. mak dan ayah iktihar untuk kami adik beradik (bunyi macam ramai padahal berdua je aku dan kakak!!) mak ayah ajar kami adik beradik akan nilai ringgit kupang itu. bukan mudah untuk mendapatkan! percayalah...!!! tak tahu la pulak kalo antara korang yang membaca ni berpendapat , "Senang je nak buat duit ni!!".... yeah... perhaps... but don't you think it easy come, easy goes?...

aku ingat lagi sewaktu aku belajar di Poli lebih kurang 4 tahun yang lalu. seperti pelajar lain sudah pasti duit tabung belajar atau pinjaman PTPTN atau KPTM sekalipun  menjadi jackpot untuk enjoy! tipu lah kalo tade feel cengini!!!  aci potong rambut lah wei... duit loan yang ko dapat tadi sepatutnya untuk belajar dah dilaburkan untuk enjoy... pulangannya komfem tidak di jamin. ahahaha...

waktu aku di Poli dulu aku mengaku sedikit teruja dan terikut perangai kawan-kawan kaki enjoy. bukan culture shock. tapi teruja sebab dapat berkawan. (aku tak ramai kawan sebelum ni). lepas tu aku cem terikut tabiat diorang yang kaki bowling, kaki wayang , kaki karaoke. lepas satu ketika aku sedar, perbuatan aku tu akan makan diri aku sendiri. kesimpulannya lepas habis duit loan ,aku akan meminta-minta pada mereka yang jauh di sana. iktihar sehabis mungkin sebab risaukan anak yang sorang jauh nun tak kelihatan. hanya terdengar suara di hujung talian. cukup makan kah anak di sana? sakit deman nanti mampukah nak membayar bill dan sebagainya?  itu iktihar kedua mereka demi aku.  sewaktu hijrah aku pada semester ke-2. otak yang keanakan ini meningkat dewasa sedikt dari biasa. aku fikir habis-habisan akan tuba yang aku berikan pada mak ayah. aaaaaa..... SIGH! T.T)/


duit loan pada penggal baru aku guna betul-betul pada tujuan yang betul. tak cukup duit aku buat kerja part time dengan food court dekat bawah flat aku tinggal. semenjak aku kerja part time, jarang jugak aku meminta-minta. tika itu aku tahu akan nilai duit. tambah pulak, saat aku memerah keringat cem perah baju, member aku yang seangkatan boleh lak have fun. dan yang paling best waktu aku kerja part time masa belajar. aku mampu hantar assignment , mampu study dan submit lab report on time pada lecturer aku. mereka yang tak keja part time tu siap minta discount untuk di beri tempoh lanjutan. masa tu aku rasa puas dan lega. I CAN MANAGE!!! finally ...

dan sekarang! semua itu mengajar aku... duit banyak sangat menakutkan, sikit sangat pon menakutkan. bersederhana la seadanya dalam segala macam perkara... insyaAllah... dan pada ketika ini di saat aku memerlukan dan gaji pon tak berpa nak muncul di hadapan mata. nilai sekecil RM1 pon aku hargai. ahahaha... smapai tahap macam tu sekali ka? member aku yang masa belajar dok bajet, aku jadi wedding photographer ni mesti masyuk punya! wak lu... "masyuk habis"... meh sini meh... ! i just wish that you guys really , really and really in my shoes!!! macam-macam konflik...percayalah. aku harap aku kuat dalam menempuh hari-hari yang mendatang ni. macam-macam tak diduga boleh jadi. 
aku ingat lagi , dulu masa aku habis Poli , aku keja dengan ayah. pertengahan aku kerja denga dia, aku disapa oleh kawan lama masa belajar di skolah teknik dulu. dia ajak aku join macam satu sistem MLM. katanya cepat buat duit. ye benar sekali! tapi bila sesuatu yang melibatkan multilevel ni. memerlukan modal.. katanya modal sikit je.. tapi aku ada satu lagi problem... komunikasi. aku kan pemalu orangnya... mana mungkin aku mampu bercakap pop...pop...pop.. macam bertih jagung masak.... kemahiran komunikasi juga perlu dalam meyakinkan orang join MLM ni.. kalo tak , tak de makna nya aku tertarik dengan ajakan member aku tuh...
 tahun ni pada umur 23tahun,  dia mampu pakai BMW hasil dari bisnes MLM dia tu..okay la.. happy for him... :)   yang best tu .. dia siap kasi pesanan penaja kat aku " kalo hang join aku dulu, mesti la hang dah berjaya macam aku!!!"... okay bye... semua ini takdir... dah tertulis dalam Luth Mahfuz masing-masing... siapa kita nak tentukannnya... hanya DIA yang lebih berhak mengatur segala.

sekadar gambar hiasan... tah siapa lak aik minah ne....?

"Ferrari" hitam pinjaman dari mak dan ayah ni sudah memadai buat aku riang meluncur di jalan saban hari jika mahu ke kantor dan destinasi lain...


p/s: hidup kat dunia ni pon pinjaman jugak...



Monday, October 4, 2010

susah ke nak kompromi?

untuk tahun 2010 ni, aku cuba sehabis boleh untuk jadi seorang yang penyabar. hakikatnya aku tahu yang nature aku sejak dari kecil lagi bukan lah seorang yang kuat dari segi menahan sabar... dari meratap sakit hati aku akan bertindak dengan sifat yang sedia ada. sentap. benar! aku suka sentap. hanya keluarga dan kawan yang benar-benar rapat saja yang tahu akan perihal sifat yang susah benar aku hapus. tak sabar dan sentap ni memang buat aku lagi sakit hati. kata Ustaz, ubat hati ialah zikir. berzikirlah kamu. alhamdulillah. dan insyaallah. aku akan cuba sedaya upaya untuk berkompromi..

bilamana atau setiap kali aku rasa amarah aku tak dapat dikawal, aku istighfar , aku berzikir. tapi kadang-kadang semuanya tidak dapat dilepaskan. masih rasa berat di dada. jalan terbaik supaya aku benar-benar lega dengan menjerit sepuas hati. aku akui aku tidak akan menjerit macam orang naik minyak tak tentu hala mengamuk macam singa hilang kawasan di rumah sendiri atau di tempat yang terbuka... gila ke apa? s
 
elalu kalo aku tengah drive tu.. aku pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan... time tu la aku jerit.. kan tiada siap yang dengar? hahaa.. lega pun lega.. kekadang jerit sampai habis suara.. sakit tekak tau.. alahai labu.. ada ada saja...tapi serious.. aku sangat puas. rasa ringan 10 kilo lak aik.. haha

anyway.. aku ada satu cerita yang quite relate dengan tajuk posting kali ini... begini ye semua.... sila baca,,...!
baru -baru ni aku singgah di bank atas satu urusan... skip sikit ye cerita... di pendek kan.. lepas aku keluar dari bank. ada satu insiden ni.. jangan risau.. insiden ini tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa... 

ada sebuah kereta yang parking betul-betul di hadapan pintu bank. nak di jadikan cerita. ada lagi sebuah kereta yang parking menghadap jalan besar. al-kisahnya, keeta ni nak keluar dari parking... sudah tentu perlu reverse  bukan.. kereta yang park depan pintu bank tu sedikit pon tak berganjak.. jalan dah la sempit. kereta lagi satu terpaksa bersusah payah reverse dengan hati-hati.. kang kalo sondol kene bayar lak.. dah jadi satu hal.. serious. aku tengok memang hangin kot kat kereta bajet hebat yang park depan pintu bak tu.. susah ke nak kompromi?tak rugi pon kalo moving foward... bukan tak nampak keter tu nak reverse keluar... kalo berlagak.. ini lah jadinya.. dah la sebab bajek hebat tu telah mengundang kesesakan di premis bank itu.. nah kau... orang belakang siap hon.. tapi masih tiada efek... ceh...!!

nak tunjuk samseng ke...?endingnya keter yang terpaksa mengalah tu berjaya keluar.. yay.....tolong lah.. tolong la jangan ada lagi 100 orang yang punya sifat macam ni... kalo sabar... kompromi tu pun celh gigi je.. apa lah sangat... dalam erti kata lain.. orang lain akan ada rasa hormat pada kita.. setuju?



sesuai la dengan plate keter PJJ + pembuli jaki jahat

PJB= Perlu jadi baik... ^^,)

serius aku cakap... kalo betul ko gentlemen, ko beralih la kehadapan.. tak rugi pon...terpaksa PJB bersusah payah keluar dari petak parkir kalo keter PJB tu keter kecik cem kancil senang la keluar... ni besar dan panjang kot.. susah... kasi la lalua.. ish!!!!.. itu kalo betul2 PJB tu hard core... keter PJJ sure kemek la.. jarak dekat siot... yang keter belakang tu dah  senyap je.. keter belakang siap hon-hon lagik... 

p/s: belajar la berkompromi ye...

Friday, October 1, 2010

semalam khamis eh?

 having Slurpee...on lunch break. sedut laju2 and it was total shock !... a minute after... migraine attacking... hahaha....  ain't it cool? silly me...

___________________________________________


wahai jari jemari yang gemuk... menarilah dengan riang di atas keyboard ini... lincahkan gerak tarimu dalam menulis... lalalala~

badan aku sengal-sengal, sakit tengkuk, dan sakit belakang. ini semua gara-gara terlelap depan tv. start dari pukul 4 aku rasa aku tertidur.. sedar-sedar dah kul 7 lebih... boleh lak aku terbongkang kat ruang tamu... lenguh ni badan... nak pi spa la.. hahaha macam-macam la aku nih..

rutin aku berubah semenjak dua menjak..ah ayat! start keja part time lepas habis kerja... amik order , hantar order, basuh cawan, basuh pinggan kemas meja and so on... buat air untuk diri sendiri dan siap boleh masak untuk diri sendiri... untung kan kedai makan ni. hahahaha... malam tadi nak dekat kul 2 pagi baru balik umah.. sampai umah terus mandi , relax tengok tv cek facebook. beres semua, aku  berbalas mesej ngan scandal... sekali terlelap... hahaha~

anyway, saban malam ditemani dengan karenah bermacam jenis, bentuk dan category bagi setiap umat yang aku hadap... ada yang gedix, ada yang miang, ada yang acuh tak acuh, ada yang tegas, ada yang cakap slow ... bila aku mintak ulang, kata aku pekak lak.. hahaha... terima kasih ye kata saya pekak... macam-macam ada...

kekadang ada pelajar asing dari Somalia datang bertandang.. international sungguh food court tempat aku part time ne.. aku siap speaking London dow... lepas tu ada tetamu istimewa. mereka berbicara melalui isyarat... faham bukan. aku suka perhatikan golongan ini berbicara. sambil-sambil tu dok study segala jenis sign dan gesture mereka. ada yang aku faham dan ada yang sukar di mengerti... harini dapat belajar sesuatu... kalau di kalangan mereka ingin membuat pesanan... mereka akan petik jari dan menghalakan isyarat mahu minum ke mulut dan badan tetiba gigil... maksudnya nak ais kosong la tuh...  yes... BERJAYA...!

hahaha...aku pernah pasang impian yang suatu hari nanti aku boleh kuasai beberapa bahasa... untuk rekod aku sangat-sangat dan teringin sekali nak belajar France dan Japanese Language...menyusul nanti.. bukan sekarang ye...

untuk hari ni aku stay kat rumah my sis. tapi my sis kat umah in-law lagi. soon later dia balik la... pagi tadi aku cuci kereta.. ni nak hujan la pulak. adesh... kes tu malas nak mencuci... asal cuci hujan ,asal hujan cuci.. hahaha... sigh...


seminggu dua ni aku tak rancak sangat la menulis.  banyak melawat ke page yang aku follow.  macama biasa page adifstory. tak jemu aku baca dekat page ni... aaaaa~ kamu anak yang tabah Fida Aishah...  lepas tu skang ni aku rajin jugak berkaraoke dekat you tube.. hahaha.. asah bakat... suara memang out of tune... diam-diam sudah.. just for fun..  hikhik   >.<)/..  hurm.. asal nak post entri je mesti aku blur.. aduh.. semua entri kosong tak berisi.. rata-rata berkisar pasal rutin.. petang ni aku nak keluar.. teringin nak makan sushi.. yumyum~ jom...

p/s: kat luar tu dah mendung ar..

Wednesday, September 29, 2010

entri hari Selasa pada hari Rabu...

pagi Selasa. another new day for everyone . another new way to step forward . another new smile like sunrise which is perfect to people around you. really ? nah....

bangun tidur, benda first yang aku buat packing my belongings untuk tinggal kat umah my sis for a month atau lebih dari tempoh itu... dah tak kuasa nak travel all the way dari Pokok Sena ke Alor Star every day. seperti biasa, duit tak ramai la dalam poket. apa kau fikir aku isi minyak Ferrari aku nan satu tu guna daun kering? NOT....

hari ni mak tak kerja. selesai sudah aku bersiap, aku nampak mak sibuk betul dengan kain batik yang perlu dijahit tepi. hahaha... ruang tamu rumah tak ubah macam kilang kain batik... kain batik sana sini... BENAR! mak ambil upah jahit... sekadar part time... LOL...

sarapan dah tersedia.. nasi lemak sambal sedap yang best.. hahaha... kenyang aku ... Alhamdulillah...sebelum aku pergi mak menghulur. tahu benar anak dia yang kecik ni perlu... nak tolak ... aiseymen.... tahap kronik ni... terima dengan muka kelat tak kelat... malu tak malu... segan tak segan.... aku kan anak... dia ibu ku...
ish...

sampai opis... rutin  tipikal... malas nak ulas... ngeee~

balik opis macam biasa... aku sampai umah my sis. kawasan rumah bau something... rupanya baru lepas kena fogging.... ish kat taman ni ada ke kes ? harap tiada. mula-mula siram pokok yang layu sembah tanah... hahah teruk lak aik aku tengok kondisi semua yang hidup dalam pasu tu.. dengan air yang cukup... esok mesti semua sihat...
lepas mandi, solat dan makan... aku proses sket rumah ni. kerja2 pembersihan perlu... sebab soon new born Zharif nak masuk umah ni.. ho3....

semua buat secara berperingkat... buang habuk, sapu sampah dan mop lantai... esok nak buat keja lain lak... hemoih2... >.<)/

beres! aku tonton Amazing Race. sambil-sambil tu update status kat facebook, cek e-mail. jawab soklan kat formspring dan blog hopping.... toing...toing...toing...~

macam biasa. a must every time on9 , mesti aku cari ini. santapan mata penenang jiwa. she really inspired me in many ways... 40 sen pon 40 sen la.... setia dengan kamu dear... lepas tu singgah kat sini...hahaha.. melayan tulisan Ahkak Geli... lepas tu aku ke sini...banyak sungguh tutorial itu dan ini... i like...

habis bloghopping aku main farmville... hasil tuaian sangat memberangsangkan... untung 2 kali ganda... sedar tak sedar dah kul 12.15 AM. teringat lak nak update blog... kes tu aku tulis entri ni.  sambil2 tu dok layang you tube tengok Naruto Shipuden. dah la sikit2... hidup aku tak menarik pada hari Selasa ini.

p/s: makin hari makin bosan... kamu?

Wednesday, September 22, 2010

tiba tiba pulak...!

lepas balik keja tadi aku ada niat nak basuh kasut.sebab tekena tahik chichak...ermmm malas lak aik...


tabiat lazim sebelum mulakan sesuatu entri aku mesti jadi blur nak letak tajuk apa yang sesuai dengan entri kali ni. jadi tajuk di atas tu aku tatau la boleh relate atau tidak dengan apa yang aku nak sampaikan kali ni. 


semalam sebelum aku masuk tidur aku buat gila  sikit kat wall facebook beberapa individu yang ada dalam friend list aku. mulanya aku hanya singgah ke setiap wall member masa belajar kat Selangor dengan menulis nama masing2... nasib la, sape yang on9, mungkin org tu return my called... lepas tu macam merebak la ke wall tah sapa2 yang aku tak kenal tapi masih dalam lingkungan friend list aku... 

yang entah siapa2 tu pada mulanya aku tak jangka diorang nak reply ... sekali bila masing2 dah mula bagi feed back mula la bergebang sakan... sekali lagi... kimia ada di situ...  Alhamdulillah. niat yang pada awalnya sekadar nak bikin onar manja lepas tu terus tidur secara tiba-tiba tak jadi... semuanya gara-gara insan2 ini yang dok reply wall to wall dengan aku... uiceh... 

nak dekat kul 2 pagi dah rasanya... masing-masing mengundur diri... jadi sebelum aku tidur depan lappy buat kali ke berapa tah aku pon mengatur langkah nak log out.tetiba satu nama terpacul di ruang ingatan. lantas aku search... JUMPA.. aku add... tapi tak sepatutnya aku add... kalo luka lama berdarah kembali. ini semua atas risiko aku. 15 minit yang lalu sebelum entri ini mula di tulis. aku log ke facebook macam biasa sambil semak semua notification. 

tiba-tiba ( asik-asik TIBA-TIBA, sengaja digunakan untuk meningkatkan mood suspen...) FULAMAKATAK.... dia dah berjaya approve aku... tak bajet ni... hurmmm... masih seperti dulu... tetiba rindu aku pada sebuah lagu yang dia pernah hadiahkan bermain semula di memori lalu... aaaaaa...... alah Hazel ni... itu kan cerita dulu...

kes tu aku boleh update blog ... hahaha... sila jangan abaikan perasaan aku ye tuan-tuan dan puan-puan... ahaks....

hurm... petang tadi sebelum aku nak kick start enjin Ferrari aku terasa nak tengok lesen keter... sekali kau! esok mati... terpaksa aku g kebumi kat pejabat JPJ dan cari galang gantinya... jangan risau... gambar berukuran pasport sudah aku sediakan... kiranya esok masuk opis lambat sket la sebab pi renew lesen... miahahaha... suka suki kan aku ni... ? aduh poket dah kering ni... ada tak welfare  nak taja aku? hahaha...


aku tutup entri kali ni denagn satu video clip ... enjoy!




p/s: wuuu... sedih2....

Monday, September 20, 2010

akhir-akhir ini...



pada mulanya aku teramatlah blur bila tiba nak update blog. dah lama tak tulis ne, jari jemari pon dah kaku langkah tarinya di atas keyboard. alahai jari... kalo dulu boleh la jari-jari ni menari tango , jogek lambak dan zapin bagai atas keyboard ne... semenjak seminggu dua lepas raya itu hari, aura nak menulis tu macam biasa hilang ditiup angin.

aku nak sampaikan cerita yang mana satu pon tak tahu... okay lah Hazel... take it slow dear.

kita start dengan perihal rutin aku dulu... raya ke-3 hari tu aku dah mula kerja. kemudian rutin tu macam biasa la. drive all the way from Pokok Sena to Alor Star. rutin kegemaran dipagi hari dengar Gotcha Call kat hitz.fm.  bajet dengar siaran English mampu improve kan segala tutur kata aku.. nak bagi fluent la. tapi tak jugak... hahaha... faham. nak reply tu agak siput la jugak... hahahaha...mmmmmm.....balik keja pon cem biasa. esok repeat balik routine tuh and so on... 

sebut pasal raya ne. tahun ne aku tak balik mana-mana kampong baik di Raub mahupun Sungai Petani. raya pertama aku habiskan masa kat rumah awal pagi. Alhamdulillah raya pertama aku berjaya masak Nasi Carrot ngan Ayam Masak Ross. lewat tengah hari lepas Zohor aku gerak ke rumah member  satu Politeknik dulu... at list aku masih ada kawan kat Kedah ni... untuk rekod aku ni tak ramai kawan pon kat Kedah. kawan aku ramai masa zaman study kat Pahang dengan Selangor. tamat belajar semua diam membatu. harapan yang ada pon contact through facebook je.

raya ke-dua aku aku keluar ke Alor Star. beraya rumah member facebook aku... Azfar tengkiu sebab terima aku sebagai tetamu ye..mee kari yag dihidang sedap sekali tapi selera aku sedikit terpotong sebab awal-awal aku dah hadam McD yang Naim belanja tengah hari tu... ngeeee~. yang bestnya masa bertandang ke rumah si Azfar ni... itulah kali pertama aku bersua muka dengan dia...kedatangan aku spontan ... aku tak bajet pon boleh sampai umah dak ni... kami borak cem dah kenal bertahun lak aik... ada kimia di situ..can get along with...FYI... aku kan pemalu orang nya... hahahaha.... (statement cilakak dari aku)... hal raya kita tutup je lah. tapi sebelum tu... untuk rekod... tahun ne aku berjaya collect duit raya sebanyak RM100... masih mampu mendapat duit raya di usia 23.. ngeh3... oopss....

cerita lain seperti perihal aku menjadi petani cyber kat farmville tu, for time being i have to hold dulu.. commitment weh... dah tak mampu nak teruskan. malas nak cara. hahaha.. dulu kobar2. kalo boleh sehari nak naik satu level. skang terkandas di level 30... biar la... naik level laju-laju bukan dapat duit pon... bukan mampu beli  Nikon D7000 idaman kalbu pon... alahai Hazel...

sepi aku tanpa sebarang entri bukan sepi yang dibuat-buat... memang tak tahu nak karang apa kat blog... lately aku banyak buat bloghopping dari tulis blog.... perihal hikayat hidup orang lain dijadikan panduan hidup yang boleh guide aku dan sedikit sebanyak terkena tempias dan sedikit terinspirasi dek keperitan segolongan individu ni di celah-celah kehidupan untuk teruskan hidup... nyata kamu memang superhuman di mata aku. dimanajua sekalipun kamu berada aku doakan yang terbaik untuk kamu diluar sana. Amin...

kat facebook lak , kalo dekat wall aku tu, aku tak banyak cakap pon... update main farmville ja banyak... lepas tu koment sana sini dua tiga das... habis... lepas tu bab friend request lak banyak aku ignore dari approve... tah sape tah add.. tak kenal pon.. bukan nak sombong ke apa... kalo tiada kaitan tak kuasa nak approve... update dari geng-geng blogger lak sana sini... melompat-lompat aku dari satu page ke satu page.. dah nama blog hopping so kena la lompat ... cem tu eh? sengal ubi tak  aku?  

sehari dua ni rajin lak aku download lagu2 baru buat play list aku... tak la boring sebelum nak tidoq...lullaby gitu..... suma lagu-lagu tidur.. OKAY COME SING ALONG WITH ME... 3...four...

"twinkle...twinkle little star...... Baba black sheep have you any wool... yes sir..yes sir... 3 bags full..... lalalalala"....

hahaha... lullaby la sangat kalo insomnia menyerang aku tu ,nak kira kambing pon silap hari bulan aku kasi jadi rendang kot kambing2 tu..

p/s: 2 hari lepas aku timbang berat aku... semakin berat selepas raya... hahahaha....  demoknye saya...



Friday, September 17, 2010

Untuk Najib

At first , i just keep on thinking whether should i publish this entry or not... Just feel so awkward when it come to write something about a guy. Me awkward? Naah... Anyway, who Najib? why i dedicated this entry  for him? is he someone that really special in my life? did he do something bad on me? or do i have a crush on him? well lets just say that he really special and someone important in my life for the past 5 years i guess...

sigh....
dimana nak mula ya? bila timbul perihal bicara pasal Najib aku jadi buntu... padahal kotak fikiran aku tak henti-henti menerima input dari kata hati aku...okay it just another heart murmuring. entri ni dah lama aku nak publish. cuma masih teragak-agak untuk menulis. sewaktu entri ini ditulis aku baru sahaja selesai text dengan Najib 2 jam yang lalu. jadi aku pon decide nak tulis sedikit sebanyak pasal najib yang special ne...

untuk permulaan aku nak story macam mana kami kenal...tahun 2006. itu tahun aku kenal Najib. sebelum tu kena flash back 1 dua cerita kisah skolah menegah sket, hehehehe... masa aku masuk skolah teknik pada tahun 2003. aku ada crush dekat someone yang namanya Suhaimi (ini berani mati nya statement, tak sangka kan aku sebut nama tu kat sini) .... ini memang total  crush with a guy fo the very first time. masa aku crush dekat Luqman dulu pon tak macam ne.... (again, ini pengakuan berani mati sekali lagi).... 

waktu aku form 4 aku jadi stalker si Suhaimi ni...sampai lah form 5 baru aku berani nak confront dengan budak yang aku crush ne... tapi luahan rasa cinta tak aku ucapkan sebab aku crush dekat dia atas kekaguman aku dengan kebolehan beliau yang pandai melukis dan juga feature yang agak sedap mata memandang... gatai la kot time tu... having to said that we both have common interest like reading comics and passion in anime, so being a good friend is the best way lah...by that time aku sangat suka Dragon Ball dan Under 18 adalah komik favorite .. as a result,we both become friends... dari zaman teknik sampailah zaman masuk Politeknik... kami masih berhubung...

back in Politeknik, kekerapan aku bermain mesej dengan beliau boleh la tahan sehinggalah satu hari seseorang yang entah dari mana datangnya menjawab panggilan ketika aku call si Suhaimi ni. time ne beliau buat keja2 partime kat food court medan Gopeng  tuh... yang si tukang angkat call tu bilang Suhaimi tengah kerja. its okay. jadi aku pon tamatkan panggilan... selepas bebereapa hari aku terima text dari unknown number yang nak berkenalan dengan aku.. aku tak layan sangat. sehinggalah empunya badan tu mengaku yang dia curi number aku dari phone Suhaimi sebaik sahaja aku letak tepon... hahaha... rasa cem dasat je bagi aku time tuh...

awal perkenalan, sedikit latar belakang sudah memadai untuk mula berkawan... pada mulanya aku cem ragu-ragu jugak... apakah motif si Najib ne? niat dia ikhlas nak berkawan... itu yang aku dapat. seorang lagi kawan... dari Suhaimi aku beralih ke Najib. segala isi hati aku, masaalah aku atau perihal aku sekalipun aku akan luahkan kepada Najib. kalo aku punya masalah yang melibatkan air mata, he will be my crying shoulder even in a phone call. kalo for real memang tak kot.... giler ke apa? hahaha... untuk rekod Najib tahu hampir semua rahsia besar sehinggalah sebesar zarah... kami mengamalkan konsep percaya habis dalam berkawan... ekekeke.....

Najib yang aku kenal sangat peka, seorang abang yang sangat suka menasihati tika aku perlukan kata nasihat, pendengar yang baik dan setia, dan teman yang gila-gila... dalam erti kata lain easy going la...dan kami ada kimia... aku rasa agak susah bilamana BFF aku tu sorang lelaki... tapi aku silap... siapa kata lelaki tak leh jadi BFF pompuan... aku berkawan dengan Najib dah lama kot... kami sentiasa berbincang . boleh dikatakan merangkumi banyak perkara dari soal hati , politik sampai lah perihal agama pun akan tetap setia berbicara...

kadang-kadang perihal yang bodoh2 atau merapu pon boleh jadi modal nak gebang... kalo kami berhubung melalui panggilan, Najib akan mulakan kata bicara seperti " weh! kite nak borak topik apa kali ni?"... lepas tu ligat la otak masing2 dok fikir apa yang nak di bincang ... alahai Najib...

dulu , pernah sekali aku gadoh besar dengan Najib...aku siap nagis lagi pasal kes gadoh tu...tak pernah hayat aku nagis sebab lelaki. tapi dia berjaya buat aku nagis2. CEH! tak patut betul... ceh dan ceh! tak perlu aku jelaskan kenapa... berbulan jugak aku sepi tanpa kata... uiceh... hahaha sehinggalah satu hari dia text dan kami berdua faham,semunya hanya salah anggap. since then aku decide nak jaga hubungan yang baik ini....

sepanjang aku dok berhubung dengan Najib ne.untuk rekod kami berjumpa hanya sekali.bayangkan...5 tahun lebih berkawan cuma sekali ja jumpa...aku jumpa beliau buat pertama kalinya pada April tahun ne.. itu pun kebetulan sebab aku perlu ke IKBN untuk hantar buku log prektikel... pertemuan yang singkat tu aku kira sangat percious la... aku turun bus kat Pudu Raya dia dah sampai. minum2 lepak2 isap gam... hahaha.. time jumpa tu masing-masing senyum cem kerang busuk... banyak senyum dari cakap. ada la dalam 1 jam dok sengih buat iklan Colgate... hahahaha...

itulah sikit sebanyak perihal ceritera ini.... alahai Najib....
surat untuk Najib....
_________________________________________

Dear Najib, 

Thank you so much for being such a good friend lah weh.... Allah hadiahkan ko kat aku supaya aku ada teman mengadu... Aku ada sorang ja kawan cem ko untuk hayat ni... kalo ada pon mungkin tak sama cem ko weh... wuuuuu......

xoxo,
me....
__________________________________________

p/s: akan datang mungkin aku akan buat satu entri dedikasi..who next?..adakah kamu? kamu? atau kamu? dan kamu?

Sunday, September 12, 2010

entri taip laju laju

assalamualaikum semua, 

kali ni aku punya entri jenis taip laju-laju.. sila abaikan sekiraqnya ada kesalahan ejaan atau penggunaan tatabahasa yang bercanggah dari sepatutnya keran pada saat entri ini di tulis iaitu pada jam 1.44 AM aku sangat sangat berharap apa yang aku tulis ni akan di publish tanpa penyemakkan ayat atau ejaan seperti yang aku buat sebelum nuya.. asal korang faham sudeh... tak gitu?


okay, hari ni dah masuk raya ke 3 tapi skang aku nak story mory pasal raya ke dua aku ... seawal pagi aku bangu dan rutin seperti biasa,... cuma aku menunggu kedatangan Along itu teman lama ketika belajar di Politeknik dulu,  by the way pada raya pertama aku berkunjung ke rumah dia dan suami nya yang terletak di Napoh.. aku kurang pasti daerah apa... sila abaikan.. atau nak tahu lebih lanjut sila Google...

baiklah, pagi nya Along bersama suami terchenta datang beraya kat rumah aku.. jarum jam berhimpun pada tengah hari baru dia bergerak ke rumah atau destinasi berikut seperti yang di rancan oleh kedua mereka...

(alamak... macam buat laporan lak aaik... ceh...)

hari sebelum nya atau pon raya pertama aku ada berjanji dengan Naim iaitu kenalan yang aku kenal melalui forum yang berkaitan dengan fotografi.. secara tak sengaja aku berjanji dengan beliau iaitu merangkap cikgu skolah rendah yang kene posting kat Bintulu .. cikgu subjek Sains...pertemuan yang sepatutnya pada jam 1.00 tengah hari terpaksa di ubah ke jam 2.30 gitu... kesian beliau yang terpaksa menanti aku... hahaha... ayat aku macam tongkang pecah sial...

sampai saja di CT plazza aku terus ke Watson sebab nak membeli dan membelah barang barang yang dikehendakki oleh kakak aku... kemudian secara spontannya aku menghatar text pada Naim.. kemudian dengan bersahaja naim akan  pergi kepad ku yang tika itu berada di Watson... (kejadah ayat aku ne...?)

beberapa minit berlalu.. akhirnya ketemu juga aku sama Naim ... untuk ekod ini pertemuan pertama aku dengan beliau... terasa macam date la pulak bila kami berdua makan-makan sambil duduk bersembangb di restoren makanan segera habis iaitu Mek Dee... Naim agak keciwa kerana GCB yang di idam dan di damba tiada.. back in Bintulu... restoreen Mek DEE tiada ye kengkawan... maka Double Cheese Burgermbira menjadi pilihan... aku pula menghadam fries dan juga air coke... kami duduk bebual.. tak la rancak.. lagipon aku kan PEMALU ORANGNYA...(statement cilakak... toya kan aku?)

lepas aku habis menyediut coke pada titisan terakhir kami pon break upssss... berpisah..eh! bersurai....begitulah... oh Naim... hehehe... lepas selesai date erk... meeting... no..no..no.. ketemu adalah ayat yang sesuai sekli yang dong!!! aku pon berkelana menuju ke rumah ahkak aku yang tidak di diam selama dia berpantang di rumah bondaku di POKSEN... tetiba..

otak aku giat dan ligat berfikir..woot..woot... aku rasa ada satu tempat yang ingin sekali aku tuju... spontan itu sangat bagus.. hahaha.. aku pon ke rumah seorang lagi kenalan iaitu Azfar si freelance photog merangkap pelajar perakaunan di UUM.. (bapak ah detail aku kasi).  sekali lagi aku nak nyatakan... SILA ABAIKANPENYALAH GUNAAN EJAAN ATAU TATABAHASA YANG TIDAK BETUL YE!!!

lepas tu aku pon menuju ke destinasi atau rumah si Azfar ne... hahaha pakcik baju orange ne jemput aku di kereta sambil memberi sapaan Salam dan ucap selamat hari raya.. alahai... untuk rekod, ini juga pertemuan pertama aku dengan beliau... aku kenal dia pon through blog kemudian add beliau di facebook... wah.. another detail from me.. it just a story to tell la weh...di jemput aku masuk ke rumah dan serious ... gila full house umah dak ne... adik beradik sedara mara ramai bertandang.. aku kan PEMALU ORANGNYA.. bertambah la tahap malu aku tu.. ceh... hahaha.. kami berlabuh di meja makan.. mee kari yang sedap di hidang.. aku kayuh dengan kadar perlahan sebab nak cover dan beradap sikit di rumah orang.. contoh gadi pemalu.. HAHAHAHAHA mari gelak BESAR dengan aku... sekali lagi AHAHAHAHHAHA.....


yang bestnya.. sepanjang aku bertandang di rumah Azfar... kami bergebang, bersembang macam kenal doploh tahun sey.. hahaha.. tahap malu aku atau tahap segan aku saat itu dah sifar.. hahaha aku kan mudah mesra juga pada masa yang sama... ceh tak malu la kau ne Hazel Ruslan... lepas tu siap leh bergosip bagai... hish kau ne... time tu aku dah keluarkan jurus hikmat pembuang segan tahap ke 8 sebagai pendinding... untuk elak dari rasa segan(sekali lagi.. aku nikan PEMALU ORANGNYA)   cilakak lagi dan lagi statement aku ni... apa kau merapu munyit.. pepagi buta ne sila la abaikan ayat kerapu merapu aku ni....


hahaha... terbaik la apa yang jadi harini.. semuanya spontan...lewat petang pada jam 6.30 pm.. aku pon beransur pulang dan kembali ke pangkal jalan.. hahaha bak datang punya ayat...


lepas solat maghrib aku siap-siap untuk bantu Ayah kat food court.. penat siot.. 12.40 am aku sampai di rumah... dan sekarang sudah sampai masanya untuk aku meletak kan tanda noktah.

p/s: esok aku dah start keja...wuuu... esok lak ada reunion masa form 3.. sempat kah aku hadir.. insya Allah...



Thursday, September 9, 2010

Ramadan berganti Shawal

Alhamdulillah syukur,...

akhirnya selesai sudah ibadah puasa kita pada Ramadan mulia ini. akan adakah lagi Ramadan untuk aku pada tahun depan?. mudah-mudahan di panjangkan umur aku nanti... insyaAllah... dan sekali lagi Alhamdulillah puasa aku tahun ne penuh... hehehe... 

hurmmm....dalam tempoh 2 minggu ne tak banyak perkara menarik yang berlaku. semuanya bekisar pasal rutin harian yang tipikal. siang tadi lepas Zohor aku lap cermin sliding door... dalam kul 3 lebih gitu aku ke pekan beli sedikit barang untuk  masak esok... owh ya!! esok aku nak buat Nasi Carrot berlaukkan Ayam masak ross ... itu juadah utama pagi raya selain hidangan lazim seperti ketupat dan rendang... jangan ingat aku tak pandai masak... kekeke....



lewat petang pula, sekali lagi aku harus ke pekan Pokok Senan unuk beli gas... dah tu... kalo gas habis cem ne nak jad Chef esok... so sampai je kat pekan tu, aku pon beli la gas... ondeway nak balik tu kat jalan utama dah sesak ya amat... hahaha.... benda yang sepatutnya 10 minit jadi 30  minit... kul 7 baru sampai rumah... 

buka puasa tadi ala kadar je. tada kuih muih macam selalu. cuma lauk.. ak kuih? esok makan lah puas-puas... hehe...

erm.. ok la... ne aku dah nak buat Mise en Place dan get ready untuk masak esok...yatta....!!

p/s: setahun hanya sekali....

Wednesday, September 8, 2010

sebab aku remove tag

First of all aku nak ucapkan selamat berhari raya kepada semua teman-teman kat facebook dan teman teman blogger especially Kapten , Pika dan si jejaka idaman malaya Boneka... antara blogger yang aku dok follow korang tiga je yang aku rajin contact kat facebook... hehe... Raya nanti jemput datang rumah...(macam tahu jalan lak)

entri kali ni aku nak jelaskan kenapa aku remove tag ,.... dulu aku dan nak publish dah entri ni, tapi aku simpan dulu... sebab ada teman kat FB yang sorang ne pernah tanya aku suatu ketika dulu kenapa aku selalu remove tag gambar-gambar yang dia  tag sama aku... jadi hari ni aku nak buka balik entri ni dan nak kasi explain sama teman-teman kat facebook kenapa aku remove tag korang. jangan la di fikir aku ni sombong sebab remove tag gambar-gambar kamu itu sayang oi... bukan aku tak tengok... aku tengok je... nak komen pulak, aku tak tau... sebab aku bukan la pengkritik yang hebat dalam menilai setiap keping , setiap inci , setiap sudut atau setiap titik warna pada gambar kamu itu...

aku  hargai. cuma... agak leceh bilamana inbox email aku dipenuhi dengan segala panjang lebar notification dari facebook... kamu semua sedia maklum bukan? tak terbaca semua notification itu... kekadang aku delete secara pukal dan dalam masa yang sama terEksident delete email dari kengkawan masa belajar di Poli dulu... dah tu? kenapa la agaknya aku tak buat satu lagi email personal supaya senang aku bahagikan antara  email di facebook dan email personal. 

ya...benar. 2 account memang bagus,.... tapi nak mengendali tu... agak leceh la... sama la macam laman sosial ne...untuk rekod aku dah pun tutup accout aku di Hi-5... susulan mungkin aku akan tutup account aku di friendster atau myspace... second blog aku pon aku dah tutup accountnya... lepas ne mungkin facebook... siapa tahu.. hehehe....

kekadang aku remove tag tu.. sebab apa yang di tag, tiada kena mengena dengan aku. kalo yang berkaitan tu aku biarkan seminggu... lepas tu aku remove. dan kekadang ada juga aku remove secara tak sengaja... maafkan aku ye. kadang-kadang, kalo aku rasa perlunya akan gambar itu di masa hadapan. aku akan save dalam satu folder sebagai simpanan.

jelas bukan?jadi kepada kengkawan kat FB, jangan la terasa hati, kecik hati, makan hati, sakit hati atau marah berapi-api...ada sebab kenapa aku remove tag...macam mana pun terima kasih sebab tag kat aku gambar2 korang tu... korang tag tanda ingatan korang kat aku... aku hargai... 


p/s: i lap u lebih la..

Tuesday, September 7, 2010

Eh?! Back on track...?

 ????

salam semua.kabare? waras? bagus la kepada yang waras tu.. huhuhu... 

Dimana harus aku mula?

Pada siapa harus aku bersuara?

Cerita apa yang harus aku utara?

Jika di portal ini aku tulis segala, siapa pula yang akan membaca?

Baiklah! Semua persoalan di atas tu, acap kali aku berlegar-legar di ruang fikiran.Bermacam jenis soalan aku ajukan pada diri sendiri. Bermacam jenis gaya aku sampaikan. Bermacam jenis suara aku keluarkan.

Sekali lagi, aku memang jenis suka bermonolog...Sekejap bertukar jadi Upin & Ipin..."betul...betul...betul..." ,sekejap berubah watak menjadi Squidward (sponge bob), sekejap jadi itu dan ini... dan macam macam lagi.

18...

18 hari sepi tanpa sebarang entri,

18 hari bloghopping page penulis misteri,

18 hari melihat jauhnya hadapan diri,
18 hari yang aku rasa, tiada konklusi pada apa yang terjadi...

Aduh! Konflik habis... bulan ni aku banyak diam dan memerhati... 

Diam yan macama mana?
Hanya diam walaupun mulut aku sentiasa belagu kata...

Memerhati pada apa?
Menumpu pandang pada apa yang ada di depan mata...

SIGH........... o_O)?   APAKAH yang cuba aku sampaikan... biar aku saja yang faham... nak cerita pon buang karan la pulak...ceh!

Sepi aku tanpa sebarang entri atau posting dah aku jelaskan dulu. Aku bukan blogger tegar... yang berbicara sampai 3, 4 entri sehari... teringin la jugak nak jadi blogger tegar dulu kala. tapi atas factor tertentu seperti penyakit M yang menyerang. Niat nak bergebang di portal ini aku kuburkan saja.
Semuanya bergantung pada mood, pada cuaca, pada masa dan ketika, pada suasana, pada sihatnya tubuh, pada kelincahan jari yang menari di atas keyboard dan pada semua faktor yang menghujani diri. Saat ini, ketka lagu My Immortal dimainakan di corong radio. Tiba-tiba terasa satu aura pulak untuk menulis. Dalam tempoh aku lenyap dari laman ini, segala macam perkara jadi. Nak aku perincikan setiap apa yang terjadi. Aduh..... bukan diblog ini ye Cik Jah.. Tak pasal-pasal kena belasah laju-laju... Segala apa yang terjadi, kalo nak di ikutkan...boleh ja aku tulis di sini...laman ini... saat ini... cuma aku tak tahu dalam gaya atau ayat apa harus aku sampaikan supaya nampak lebih berlapik... 

Kalau tak berlapik, segala madah yang aku hembur memang bercili dan berapi... Aku di umur 23 tahun.... Antara umur yang aku rasa,.... buat pertama kalinya dalam hidup ini aku cukup berkompromi with people around me.... hahaha... kompromi la sangat.... Entahlah, aku rasa aku terlalu bagi laluan pada siapa yang hadir dalam hidup aku untuk tahun ini memintas aku. Penat la hidup dengan orang yang macam ni, manis sungguh berkata-kata tapi habuk pun tiada... kemana hilang kata janji? dah kena sedut dengan vacuum ke Encik Sarip?
Dalam tempoh aku hilang pergi bertapa, banyak betul fenomena yang berlaku kat sekeliling, antaranya ada yang gaduh dalam Facebook... harini turn si polan update di wall miliknya dengan semburan madah bercili, esok pula ada feedback di wall seterunya dengan madah berapi... kelakar bukan.? alahai  Kasim.. Macam-macam warna bukan? Bila benda-benda remeh macam ne jadi, tak la mendatar sangat hidup...

lepas tu kecoh pulak pasal isu Iklan Raya yang TV3 keluarkan.... kekeliruan dalam menyampaikan mesej, ada dakyah-dakyah Yahudi la, Freemanson , Illuminati dan macam-macam lagi.... banyak betul ulasan  dan pendapat yang dikeluarkan oleh kebanyakan individu... aku baca je la apa yang di war-warkan oleh penulis. untuk bersetuju dengan statement yang ditulis,siapalah aku...common sense sudeh.... tak la ketinggalan...
 

Owh...
Ramadan bakal meninggalkan kita dalam beberapa hari saja lagi,
Sekolah pon dah mula bercuti,
Shopping Mall sesak kembali,
Sale pula di sana sini,
Anak-anak mahukan itu dan ini,
Mak Ayah peningnya datang lagi,
Fikirkan duit yang akan keluar lagi dan lagi,
Abaikan sahaja kerana Aidilfitri setahun sekali, 
Okaylah.... lepas Raya kita semua makan maggi....


hahahaha.....

sekarang story bab nak raya pulak. Aku rasa minggu akhir Ramadan ni semua umat dah sibuk nak sediakan keperluan untuk raya. Masa aku ke town pagi tadi, jalan teramatlah sesak...sangat susah untuk aku tengok Alor Star jam... kecuali peek hour la... kat pusat bandar jangan cerita la... nak sampai betul-betul center memang meratap la, di tambah pulak pemandu-pemandu yang berhemah makin berkurang di saat -saat akhir..TAPI... lain lah aku, aku jenis suka berkompromi... dengan senang hati memberi laluan pada yang memerlukan...(puji lah...puji lah...)

Raya kali ni, kami satu family dapat beraya dengan kehadiran ahli baru.... siapa lagi kalo bukan baby boi Mak Ude Cun.... ahaks!....^^,) owh... tak lupa juga kepada Din, tampa mu siapa lah aku... Sayang Din... mumumuah..... bahagianya aku raya ne... Ada Din di sampingku......
Zharif sayang.....


Din yang disayangi, speed light fully manual ye rakan-rakan.... meow~

Sekarang nak check list....

  • puasa - insyaAllah penuh
  • baju raya - kurung warna hijau
  • kasut raya - tahun lepas nyer elok lagi, jangan bazir pakai pon baru 3 kali
  • t-shirt raya - besepah, dah beli 2 hari lepas
  • seluar raya - cap Reject Shop sudeh
  • tudung raya - alah yang sedia ada pon elok lagi... pembaziran amalan setan...
  • kuih raya - my Mom tokey kuih raya okay....
  • pakwe raya - besepah kat facebook... nanti nak buat katalog... wawawawa....
  • duit raya- ???? erk... memberi atau menerima? kalo memberi tu... makan plastic maggi la aku lepas ni...
hahaha... semua tu kira semak la.... boleh raya la ni... cara tak rakan taulan?

p/s: umur 23 ni afdal tak dapat duit raya? hahahaha....