aku hazel si shutterbugs! smile....

Wednesday, June 30, 2010

entri kosong

pada mulanya aku tadak niat pon nak buat sebarang posting untuk blog ne. tapi aku click juga pada "new post" dengan harapan aku terus dapat aura nak mengetik keyboard dengan jayanya.... lepas tu pulak hampir 5 minit gitu aku pikir, tajuk entri apa yang sesuai sekali untuk update kali ini.... di sebabkan tiada agenda yang lazim aku nak utarakan aku pown pilih tajuk "entri kosong " sebagai permulaan hikayat yang bakal aku karang...


baiklah, apa yang aku nak tulis ne aku tak rancang. kalo jari aku mampu berkata-kata dengan lancar sambil mengetik keyboard ni.. itu lah ceritanya... ini spontan, bukan main-main... nak karut pon time gini la.... tengah mamai-mamai ni boleh lagi aku tulis blog.... ekseli aku masuk tidur pada jam sepuluh. aku terjaga jam 1 pagi. sebab dahaga... selalu aku minum air kosong je.. tadi boleh pulak aku bancuh air sirap yang super merah marvelous tu pepagi buta ni. layan jugak seh.. bangun-bangun terus minum sirap.. buang tebiat ke apa... lepas minum aku masuk semula ke bilik.. di pembaringan aku pusing kiri... kejap-kejap aku pusing kanan.. ah! sudah... tak bley nak tidow lak neh...

log in ke fesbuk jap.. nak melawat ladang ... apa lah jadi kat vavi aku sekor tu... dah boleh tuai ke belom..? haiwan ternak yang lain pon dah boleh tuai dah hasilnya...? sebabb tu aku melawat ladang jap... setakat ni haiwan ternak aku banyak la jugak. ade 3 hekor lembu, 3 hekor kuda, 3 hekor bebiri, sekor vavi pink, 1 hekor ayam , 1 hekor itik dan 1 hekor burung camar. haiwan ternak ni semua ada yang aku dapat gift dan ade jugak yang tersesat kat ladang aku... untuk menunjuk kan bertapa perihatinya hati ni aku pon adopt je.. hahahha.....

lepas bersih dan tuai ape yang patut kat ladang... aku pon cek kat friend request... ramai lak yang add aku ye... lepas buat sesi penapisan aku pon approve je.. rata-rata yang add aku tu suma budak IKBN... setela itu, sejurus kemudian aku beralih pulak membaca notification... tengok update komen-komen dari wall post atau status mahupun komen dekat album....

pepagi ni aku tengok ramai jugak la yang on9.. mungkin sambil-sambil tengok world cup sambil layan fesbuk..... kepas tu aku log pulak masuk ke blogspot.. nak hapdate  katakan... lepas tu boleh pulak tenung skrin lappy ne dalam-dalam sebab nak letak titel punya pasal. sambil-sambil tu aku buat blogwalking.. nak cari aura menulis.. blog pertama aku lawat milik ahkak geli..INI BUKAN LUCAH! INI KENYATAAN!
agak terbahak jugak la baca posting dari beliau.. siap guling-guling gitu.....

tak lama lepas tu melawat blog Anna Joe....minit habis aku denga tulisan beliau dan art work nya.. tengah giat dok baca dan scrolling jumpa lak gambar baby boi Anna.. Luqman Wazif.. tomey....

lepas tu beralih ke blog boneka .. giler kental mamat ni buat posting sebulan lebih dari 40 posting.. apa ko giler menulis ke? apsal aku tade aura menulis cem ko daus? kenapa? why? porqu'e? tim kai ? doste ne~ ?

entri-entri dari boneka amatlah kelakar, bersifat miang dan beberapa faktor utama lain yang menjadi attraction yang berjaya memerangkap aku untuk terus membaca dan scrolling sampai habis... owh.. sila tunggu entri khas untuk boneka tak sakit dari aku ye.... masih mengumpul bahan.. miahahaha....

kemudian kembali ke dashboard dan aku terus melawat blog milik Orked , ekseli Orked ni baby girl to Saiful Nang ...  ini blog yang comel... walau pun orked ni kecik lagi.. yang dok update mummy n daddy nyer.. haha..  congrats to this parents sebab dapat another new born baby girl Seri....



akukembali ke fesbuk untuk melihat status update dari jiran-jiran fesbuk... lepas tu aku pon cem dah dapat aura nak tulis blog ne... denga riang gumbiranya jari jemari ni pon ligat mengetik keyboard..... giler dasat jugak aku ketik ye.... laju pon laju.... rasanya tak kene saman speed trap ketika berblogging.. miahhahah...

owh .... ade isi jugak entri aku kali ni.. aku ingat aku dah merapu kerapu dah tadi.... hahaha.... tadi sempat jugak aku log masuk ke myspace.. sunyi yerr... mungkin penghuni sana sudah berhijrah ke muka buku kot.. bape kerat sangat lah orang yang on9 kat myspace tu....

sebut pasal myspace ne... aku ingat lagi...aku selalu berfikir dan bermonolog yang kadar hot seseorang individu tu bergantung pada terma berapa banyak orang kawan kah di page aku.... setengah tu aku tengok profile nya ada kawan lebih dari 10 ribu... tapi yang keep in sentuh bape kerat je... itu pun yang kat top fwen.. lagi giler bajet hot dan kewl bila sekeping gambar tu ade ratusan  komen... gambar lak suma gambar myspace le.. yang posisi kameranya di angkat 30 hingga 60 darjah dari pandangan atas. ini berkesan kepada awek-awek kacis sebab dier kasi satu impak dan ilusi  kepada pemilk body supaya kelihatan punya mata  yang besar dan  nampak kiut gitu.lepas tu fulframe dan tight giler tang muka, time posing mulut mesti nak muncung sikit dan pipi kembung sikit supaya bagi hentaman daya impak yang tinggi ko nampak kiut habis. owh pehlis....


rata-rata pemilik myspace yang berhijrah ke fesbuk masih menggunakan gambar-gambar di myspace.. pendapat aku sungguh tidak IN TO IT...tak ngam dan tak masuk langsung... pendapat aku gambar-gambar yang dekat fesbuk rata-ratanya bersifat santai dan formal.... ala-ala gambar pasport gitu.... tak overdose sangat.. hahaha..... tapi terpulang pada individu la.... macam aku.. aku letak gambar yang tidak menujukkan wajah-wajah seperti di myspace......

owh aku rasa cukuplah sampai di sini sahaja.. kerana... mata aku pon kian sempit.. aura nak tidur tu dah kembali.... yosh!!!

p/s: next time kalo terjaga sebab dahaga nak buat air oren bancuh la pulak.. hehehe....

Thursday, June 24, 2010

entri untuk Mat Erick

dah lama aku nak buat dan compose entri ni... akhirnya berjaya jugak mencari masa setelah mendapat aura.. 

begini kisahnya........

seingat aku dah 3 bulan aku tinggalkan tempat prektikel aku di organisasi XXX (harus dirahsiakan). dan aku juga rasa dah 4 bulan lebey  jugak aku tinggalkan Unit Mari Bergossip (bukan nama unit sebenar, harus dirahsiakan) sebelum berpindah ke Unit Mencari Gossip yang sememangnya kena habis dengan bidang aku.. aku kan sebahagia daripada paparazo selain gila bergambar...

anyway... yesterday aku singgah ke organisasi XXX untuk menghantar gambar tugasan aku yang 3 bulan lepas tu. pihak atasan nak sebab untuk simpanan arkib... singgah la aku sebentar... sementelah aku memandu masuk ke perkarangan Organisasi XXX, aku menuju dan masuk ke bahagian parking di basement... dengan kelajuan di bawah 10km/j mata aku meliar mencari petak parkir...kemudian aku nampak satu susuk lembaga yang baru keluar dari lift yang jaraknya kira2 3 miter dari aku.. sewaktu aku menghampiri lembaga itu... 

TIBA-TIBA, lembaga itu seakan terkejut dan langkahnya agak terbantut apabila kelibat ferarri hitam aku lalu di hadapan nya... aku segera melemparkan pandangan yang aku assume "THAT KIND OF LOOK" ke luar tingkap sambil pandang lembaga itu. meaning .... geramnya aku... cem nak langgar-langgar je makhluk tu dengan Kobota, Bulldozer dan hayun dengan Back hoe..(kejam bukan aku ni....ternyata hanya imiginasi basi )

aku tak sangka aku akan bersua dengan lembaga itu sekali lagi setelah menaburkan jejanji manis kat aku.. CONFESSION! aku kena game dengan lembaga itu... wooot...wooot.....

tiada mood aku nak cari petak parkir kat situ... jadi aku memandu keluar.. last-last aku park ferarri hitam aku bawah pokok sudeh.... sekejap je....

sambil-sambil dok reverse to back n forth aku flash back kembali memori silam(ayat bajet nak nostalgic!!)

aku ingat lagi cem na aku tolong lembaga itu edit wedding custom album. untuk kerja pertama tu aku tak harap apa-apa kepingan kertas yang punya nilai dan sah nilainya ketika berbelanja.. tetapi bilamana dia memberikan another workload untuk siapkan custom album.... maka dengan itu... janji-janji mula di tabur.... i refuse but he insist ..... org cakap rezeki jangan di tolak.... hahah.. DEAL... once we make our deal... kerja pon jalan la....dia puas hati la.. sebab aku buat cepat sangat and by that time aku pon tiada apa-apa tugasan... kelapangan sentiasa ada...

tapi,... payment nya mana? aku menunggu payment sampailah aku dah pon bertukar bahagian ke Unit Mencari Gossip... sebenarnya aku masih lagi menuggu payment tu even though aku dah bertukar bahagian.. aku ada la tanya jugak... dia pernah cakap once his customer paid him. he will pay me... tapi no sign of the Ringgit.... hahah.. sigh.....

kemudian aku dapat tugasan ke sebuah pulau di utara Malaysia... by that time aku memang ada saving, tapi nak jugak duit lagi.. back up.. just in case.. aku call dia, but he keep mentioning  that ,the customer didn't paid him yet... aku tanya tak boleh ka dahulukan duit dia.. dia senyap.. end of conversation !!! tuut...tuut....
berenang la aku ke pulau tu . lagi 4 hari aku nak abes pektikel... aku tergerak nak buka fesbuk dia..aku tiada lah pulak berniat nak jadi stalker skywalker cem boneka tu...okay! and i was shock when i saw "already be a daddy" dekat status nya... happy for him but not for me... aku buat satu konklusi time tu jugak... burn la payment aku tu.. dah jadi bapak budak, tak kan pakai pasir beli susu... payment aku tu already been buried six feet under... kirim salam la nak tengok kepingan kertas yang punya nilai tu...  hahahah....kena game! kecewa dan geram....!!!
  
 >>>>>scroll ke bawah!!!!
























____________________________________________________________

Dear Mat Erick,

Just in case if you read this blog, no offense okay!  I try to confront and face to face with you, but you always manage to escape away from me. I tried so many time to get reach of you but never works!!! I tried to call you but you like never and ever return my call. Even i hope so.. I text you regarding  the payment  but you didn't reply... That a shame.... SHAME ON YOU!!!!! and FYI, i do believe you have both of my number!!!
The rest ... you know batter!
Your sincerely, ( hell no,  to you? well maybe, less then a bit. )
Hazel Ruslan
___________________________________________________________


>>>>scroll lagi dan lagi.....





















hahaha.. hebat kan.. siap nak kasi surat lagi kat dia... aku rasa time dia bertembung atau terserempak tu, mesti otak hardisk otak dia try recall balik pasal aku.. miahahaha.... macam nak panggil angkatan Zombie Kampong Pisang ja time tuh... makan otak... otak...


>>>>>skroll lagi.....









































hi! my name is Erick and i like to meow!!!

p/s: wajah innocent beliau harus di rahsiakan!!!! gagagaga.....

owh.. aku sengaja kasi space panjang-panjang....supaya korang suma scroll lagi dan lagi... hik..hik...










Wednesday, June 23, 2010

hanya re-cap....

aku nak recap balik apa yang jadi la dalam tempoh minggu ne...minggu ne, adalah minggu aku penuh emosi. sentap, sedey, sengal, senteng, dan beberapa sifat emo yang lain... hahahah
Semalam aku dah pindah ke rumah ahkak aku. Insyaallah untuk minggu-minggu mendatang aku akan stay kat umahnya sampai dia bersalin. petang semalam aku keluar dari rumah lepas waktu Zohor. malam sebelumnya tu aku dah packing barang dah untuk beberap minggu stay kat umah incha... lepas habis packing aku on9 fesbuk, update apa yang patut sambil komen gambar-gambar yang di upload oleh penghuni muka buku... dan malam tu aku hello-hello someone... kononnya nak ajak berYMing la...dia cakap ok. lagipun aku dah decide untuk tidur lewat... kebetulan lewat pagi tu ada match antara Brazil ngan Ivory Cost kot... 

aku masih menunggu.... tiada tanda....aku call tiada jawapan, aku text tiada balasan. masih dalam mode menunggu.... sambil-sambil aku chat dengan rakan-rakan foto kat fesbuk....nak borak pon tak semangat.. ok... aku masih tunggu.... akhirnya aku tertidur depan lappy... aku terjaga bilamana terdengar bunyi BUZZ dekat YM... aku ingat dia... tapi hampa... cuma sapaan dari teman lama sewaktu menutut di POLI.... aku tengok jam... its quarter after two... ok.. aku tunggu dia lagi...mana ne? aku bukan lah orang yang sabar dalam bab tunggu menunggu ne.. akhirnya aku forfeit dan kembali ke bantal yang empuk..yang sejak jarum jam berhimpun tadi memanggil-manggil aku....

aku terjaga waktu subuh... lihat pada skrin handphone tiada  text atau panggilan rindu... "OK BYE!!!".. ungkap aku... 

pagi tu aku breakfast  dengan beralaskan nasi lemak yang memang superb sedap sambalnya.. entah dari mana emak beli... hahaha.. riang gile perut aku.... esofagus mula menerima dan terus hantar ke perut hingga ke usus dan seterusnya.... segelas fresh milk di teguk... Burppppp... kenyang seh....

lebih kurang jam 2 aku sampai di Alor star... aku singgah di Star Prade untuk membeli sesuatu.. lebih kepada keperluan diri...dan kehendak.. selesai sudah berbelanja.. perut aku sekali lagi mendendangkan lagu Brick By Boring Brick... EH! hahaha.. aku menuju ke food court dengan riang... sambil-sambil makan aku selak mukasurat magazine yang aku beli dekat Popular.... selesai sudah aku melangkah ke kereta yang teletak di basement.. 

destinasi seterusnya ke tempak lepak lazim..  masih ada masa lagi sebelum ahkak aku pulang dari kantor.. heheh.. lepak la sat kat opis tempat aku partime tu.... selepas beberapa jam... ahkak aku buzz.. tanya nak balik time bila... aku cakap nak singgah pasar malam dulu.... tugas beli dinner diserah kat aku.. yeah.. tema malam ini nasik bungkus.... 

aku ke pasar malam dengan Yuko Icihara... kemudian balik...  selepas semua selesai, dari dinner sampai la nonton citer korea kat 8TV.. jarum jam pun berhimpun... tetiba aku teringat apa yang jadi kat aku malam sebelumnya... sambil mata aku takjam memandang siling yang tinggi.mata aku kian sempit... tidurla aku.. 

pagi tadi ahkak aku kejutkan aku.. mandi sepantas yang boleh sebab harii ni nak teman beliau kat hospital...  sampai hospital... dan sambil-sambil aku dok tunggu beliau.. mujur ada berokband dan juga lappy.. bleh gak hapdate status kat fesbuk dan hapdate blog sekali...

sekali aku dapat satu panggilan telefon membawa berita yang kurang enak.... baru je bebrapa minit yang lalu ketika entri ini di taip.... dan sekarang jejari aku tidak mampu untuk menari-nari di atas keyboard ini... aku kembali sentap dengan panggilan telefon tadi.... kenapa la selalu aku ?

kalau lah aku mampu luahkan segalanya... dan kepada dia yang aku tunggu tu.. aku dah baca blog kamo.. nyata kamo sayang dia.. aku pulak sayang kamo... selepas baca ku faham sikit je.... ternyata kamo tidak bisa melepaskan dia... uicheh!!!.. hehehe... aku rasa perkara ni dah jelas... tapi sebelum apa-apa di putuskan.. DO! Return my call!!!!!!

p/s: owh.... aku nak bagi tahu.. "DUIT BOLEH MENJADI SESUATU YANG MENAKUTKAN!!!".....

Monday, June 21, 2010

camwhore

haha.. tadi aku belek2 folder gambar yang lama-lama... sekali terjumpa folder gambar dari webcam lappy aku... ni suma gamba zaman dok IKBN.. gilerrrrrrrr nostalgic seh..... bila di kenang.... memang kelakar habis la....tah pape.. macam-macam ragam budak-budak class aku... ermmmm... dan termasuk aku...






p/s: rindu kamo semua...... (T-T)

Wednesday, June 16, 2010

Random Awesome



Muqadimah yang pertama untuk menyerikan kembali blog yang lama terbengkalai tanpa sebarang pembinaan kata-kata yang konkrit lagi terkini dengan sebarang penulisan ini akan kembali beroperasi dengan phrase “ WELCOME BACK CIK HAZEL”……

Anyway,…. Kemananya aku menghilang tanpa berita dan tanpa penulisan blog yang lazimnya aku update seminggu 2 hingga 3 kali ni???? Jawapannya ialah… jeng…jeng…jeng…..

Bukannya aku tiada masa untuk update blog, dan bukan juga kerana tiada port untuk aku berWIFI bagai, dan bukan kerana aku sudah lupa bertapa syok nya menulis blog walaupun aku pasti tiada siapa akan bekunjung melainkan Boneka atau Kapten sendiri yang buat blogwalking…. Jawapanya ialah…..

Aku sendiri kurang pasti, tiap kali aku log masuk ke account blogspot, dan tiap kali aku hendak menaip entri-entri kosong, jari aku tidak mampu berkata, hati aku tidak mampu menulis dan fikiran aku tidak mampu menafsir apa yang bermain di fikiran , puas segala neuron dan saraf-saraf motor mengerjakan maklumat yang terlintas, cerebrum dan cerebellum saling berkerjasama tetapi gagal sehinggakan aku menjadi blur, blank dan nyah aku dari skrin laptop……

Sepemergiannya aku dari portal blogspot ini, banyak perkara terjadi …. Semuanya secara random, dan semuanya tanpa aku rancang….. bak kata Selena Gomez dalam lagu beliau… “Its come naturally “……
Sepanjang aku menyepikan diri, aku cuba cari ruang untuk aku, tapi di mana ruang untuk aku? TIADA… masih dalam  pencarian….. aku nak cerita di sini, aku rasa malu jugak… ibarat … erm… ibarat… Ah! Nampaknya tiada peribahasa atau pepatah yang sesuai untuk aku lampirkan bersama blog ini, kelak aku harus berguru dengan Karam Singh Walia….  “ Terbakar kampong Nampak asap, Terbakar hati siapa yang tahu …”… potongan ayat apakah ini? Hahaha…

Secara harfiahnya aku Nampak ok-ok sahaja… dalam konteks ini… family aku lebih tahu…. Tidaklah pulak aku berniat sedemikian rupa…. Aku rasa aku adalah individu yang lain wataknya  bila bersama kenalan yang aku kira sebagai klik, sahabat, rakan atau bos partime sekalipun… walhal berbeza pula sifat aku dengan family aku yang sudah pasti family aku sudah masak benar dengan tingkah aku… jika sedemikian rupa sifat aku bersama mereka yang sudah pasti tiada genetic atau pertalian darah dengan  aku….. secara yakin dan pastinya…ya! Aku yakin , sudah pasti aku di rejek mentah-mentah… perihal ini akan aku update di entri akan datang… bila aku dah bersedia akan aku ceritakan semuanya….

Bulan June pun tiba, aku kira ini lembaran baru untuk aku mulakan hidup,…. Kedengaran penulisan aku dari mula entri sehingga di pertengah entri ini seperti korang-korang suma macam sukar nak faham apa yang bakal aku sampaikan…  faham atau tidak bergantung kepada diri sendiri.. yang pasti … ketika jari aku sedang asyik mengetik keybord laptop ini… memaang bahasa yang begini terpacul di skrin… bunga-bunga bahasa apa yang aku cuba pakai ni… aku pun tiada pasti…

Oh! Kembali kepada perihal sepanjang menyepi dari blog ini,….. one thing for sure, I just keep myself busy with workload  yang datangnya dari bakal-bakal pengantin baru.. dalam ertikata lain… aku sibuk menjalankan tugas sebagai wedding photographer yang  tahap ketauliahannya hanya separuh atau kurang dari itu…  bila aku cakap aku ada job wedding dengan pantas sepantas kilat atau lebih  pantas dari kelajuan cahaya sendiri, ramai yang berkata… “ wah! Mahsyuk la hazel bulan ne….”… secara harfiahnya… aku tak kaya-kaya jugak…. Miahahaha…. Tunggu le cik gayah… nanti I jadi orang kaya baru… hohoho…..

perihal wedding bakal aku update di photoblog aku...

Banyak lagi perlu aku belajar… dari segi komposisi, angle dan cara guna speed light atau flash gun… hahaha….. marilah ,menambah ilmu.. banyak Tanya komfem tak sesat, tapi bila terlebih Tanya…kekekek.. tah le..
Owh… aku tidak mampu lagi untuk menyekat jari jemari aku dari mengetik papan kekunci ini….riang sungguh jejari montok ini menari-nari menekan petak-petak huruf….

Aku rasa sepanjang aku tidak post sebarang entri, giler vavi jugak random awesome things happen to me… antaranya aku tetiba suka sangat memasak, antara aku dah masak ialah baked macaroni , roti bakar, kari ayam dan beberapa lagi hidangan yang aku pikir marvelous yet happy my tummy…… bab-bab perihal makan ni aku akan update dekat entri yang khusus pasal makan sahaja….. ( wah gitu! )

Malah aku juga tahu macam mana nak guna mesin jahit mak aku…. Kegunaan mesin jahit itu seperti alter kaki seluar jeans yang baru aku beli dan modified seluar lama menjad Bermuda atau short pants… ho…hahaha!!!!!

Malah sepanjang aku tidak post entri-entri kosong…. Aku telah Berjaya membaca dan menelaah rujukan mengenai fotografi… hasil-hasil gambar yang aku snap, shoot and run dan segala-galanya…., kalian semua boleh rujuk di photoblog aku atau di laman social lazim penduduk dunia iaitu muka buku…

Hurm…. Lagi satu….. aku rasa dah sebulan atau lebih arwah Bro Sham tinggalkan kita…. Semalam masa aku log muka buku, aku dapat notis untuk reconnect balik dengan page arwah.. alah.. kat bahagian suggestion kan selalu ada notis-notis macam tu…. Terasa lagi la pasal arwah… tiap kali aku on road atau drive, aku selalu teringat arwah… saat dia berdepan denagn kecelakaan… ini takdir.. sudah tiba masa untuk dia…. Dan dalam ingatan aku .. entri terakhir yang arwah post pon berkisar pasal ajal… petandakah ini…. Waallahhu…..jalan hidup masing-masing sudah jelas tertulis bukan?......
Doakan yang terbaik untu bro sham….

Hurm.. korang tahu tak , semenjak aku bergelar penganggur terhormat dan kekadang ade job wedding, jisim badan aku ne turun naik macam roller coster…… kejap 200kg kejap 100kg (bukan berat sebenar!!!)aku rasa aku mampu slim kalo kerja .. kalo tak kerja.. komfem.. makan dan tidur adalah rutin.. hahahha….

Lagu kegemaran yang kerap gila aku putarkan tanpa jemu ialah nyanyian YUNALIS ZARAI… macam jatuh hati dekat  lentok suara dia masa menyanyikan lagu Decorate…. Wah gitu…….Tak jemu ok…. Erm.. aku rasa perkara ini akan berlanjutan sehingga aku berjumpa dengan lagu baru…

Aku rasa cukup la dulu entri kali ni… soon aku update lagi dan lagi…. Wait tau… hahah

p/s: musim cuti ni... banyak betol orang kawen... hari2 aku sembang pasal kawen ngan member aku... hahhaha








Friday, June 11, 2010

yappa....yappa...yappa....

nantrikan kemunculan blog aku yang hot hot heat hangit to...

sooon........