aku hazel si shutterbugs! smile....

Thursday, August 19, 2010

baby boy Mak Ude Cun

Salam Ramadhan semua...

Sepatutnya aku update entri pasal newly born baby boy ne yesterday. Tapi ada saja perkara datang menduga. Ini aku assume quick update dari aku.

17 Ogos 2010
My dearly sis Incha masuk PMC (Putra Medical Center ) jam 9.00 AM. Masa rehat aku diluangkan untuk jenguk my sis sebentar. 20 minit je.Tak lama. Lepas habis keja aku direct terus ke PMC. Buka puasa pon kat dalam wad. Ayah dah beli juadah. Semua Nasi Bungkus. kami ramai-ramai berbuka dalam wad. Aku , Mak, Ayah, dan Bro in-law. While we having our meal , Incha dah cem sakit.Tapi cool...

Selesai berbuka aku mohon pada Mak untuk pulang bersihkan diri. Right after i'm done with myself.  Aku rush ke PMC semula. elok sampai sana, Incha cem dah terasa sakit. Melihatkan reaksi Incha, aku cem emo sikit. Mak tak putus-putus tenangkan dia. Sakitnya Incha time tu buat aku menitis air mata. Erghhhh!!

Kemudian Incha dimasuk kan ke labor room... Bro in-law, Mak Ayah from both side masih menanti...The clock is tic toking ...Semua menanti... Aku membatu di dalam bilik. Tergerak untuk aku keluar. Emak senyum dan berkata " Adik, you dah jadi Mak Ude..."... thank god... Ya Allah... Syukur aku tika itu. Baby sihat. Semua selamat... Amin....

Tangisan anak kecil itu  memecah sepi . Kuat dan jelas. Cukup sifat, tiada cela.... Bibir kecil itu.... Jari-jemari halus itu... Telinga comel itu... Segalanya indah. By that time aku dah cukup bersedia untuk snap a few photo. tapi di tegah. Camera di simpan semula.

Lewat malam aku pulang seorang diri ke rumah Incha. Bersahur seorang diri kali pertama tanpa teman. Yang menemani aku hanya siaran tv di pagi hari.

18 Ogos 2010
Aku pohon pada Encik Boss untuk cuti half day.Diluluskan! Tengah hari itu aku terus pulang ke rumah Mak Ayah di Pokok Sena. Sebaik sampai. Baby boy dah menanti. Anak kecil itu diam dan patuh. Hanya sekali sekala sahaja bersuara, tangisnya tanda lapar atau tidak selesa.. Aaaaaaaa....... Sejak aku pulang dari kerja... aku tak putus-putus snap seberapa banyak gambar si kecil ini... sekali lagi... Aaaaaaa.....~

19 Ogos 2010
Ah! Tiba masa aku update blog... sepantas mungkin dengan niat aku boleh tidur awal. Ya! aku akan cuba tidur awal... Insomnia yang menggila ini menyerang aku 5 minggu yang lalu. Benar belaka. Aku kira, waktu tidur aku hanya 3 jam sehari secara purata,.... Kalau siang hari jika aku di opis. Rasa mengantuk itu sudah pasti. Sebab itu aku kerap keluar masuk dalam ke luar banyak kali untuk hilangkan mengantuk... Insomnia ne tak kelakar okay!!!  Apa-apa sajalah labu...

anyway...... enjoy viewing the photo below...

My Sis.... masih menanti....
.
.
.
.
.
Tada.....



(^^,)
.
.
.
.
p/s: dear baby, sori ye kalau speed light Mak Ude gangu tidur kamu... 

Tuesday, August 17, 2010

ceh! kalau boleh berangan...

Salam Ramadhan semua,...

Rutin harian aku pada hari ni sama seperti hari-hari biasa yang lain.Bezanya tiada lagi makan-makan. Okay dah nama Bulan Ramadhan kan. Kejadahnya makan. Anyway lepas buka puasa tadi my sis menyatakan hasrat beliau yang damba akan ice cream Viennetta . Selesai solat Maghrib aku pon bersiap la nak keluar.
Kereta yang dipandu meluncur dalam kelajuan normal yang ditetapkan bergerak ke Pasaraya Giant dekat Souk Al-Bukhary. Lepas 7 minit gitu aku pon sampai dan masih mencari-cari petak parkir. Seperti biasa, petak parkir yang berhampiran pintu masuk Giant memang dah ditempah khas oleh aku setiap kali aku berkunjung ke sini. mungkin sekadar kebetulan. 

Aku pon masuk dengan penuh bergaya dan jalan ala-ala cat walk. Yang best tu, elok-elok aku masuk ada lagu yang ala-ala atas runaway . Anyway, lagu tu hanya bermain dalam minda aku sahaja. Imiginasi ne perlu untuk ceriakan hari-hari aku. Terapi bagi aku... hahahaha... dah sampai bahagian frozen, aku pon menuju ke peti ice cream yang berkenaan. jeng...jeng...jeng.... sejuk.... time tu dah mimpi-mimpi dah ada kat London... ceh...Hazel Ruslan en, kalau boleh berangan! Enough with day dreaming... aku pon ke cashier dan bayar. dan chiaw!!!   Sekali lagi aku meninggalkan Giant dengan langkah bergaya. Ceh!!..

Terbaik lah.... Dapatkan di pasaraya berdekatan!!!

Aku sekali lagi menuju ke petak parkir dan ready to hit the road. Masa ondeway balik umah tu.Tengah-tengah aku drive.Tiba-tiba....Dekat radio tengah nyanyi lagu Need You Now by Lady Antebellum . Terasa habis la lagu tu... Macam ada satu feel yang susah nak cakap... Pendek kata aku melayan lagu itu penuh emo dan aku rasa cem situasi atau babak dalam drama swasta lak bilamana watak dalam sesebuah cerita tu ada problem sambil khayal dibuai perasaan. lepas tu ada lagu yang sesuai disulam bersama-sama scene itu. Ceh! And again, still day dreaming.... Hazel Ruslan... Stop it! 

tak dapat masuk TV berangan pon jadi ke ? Okay lah tu... 

closing untuk entri kali ni... enjoy la lagu ne...


Sunday, August 15, 2010

Bertamu aku di rumah-Mu

Salam Ramadan semua...

Sepatutnya entri ni aku post sebaik sahaja selesai buka puasa. Atas fakto-faktor yang tak dapat di elakkan seperti black out. batery laptop aku yang separuh charge hilang power semudah ABC hehehe... Tu lah.. batery laptop aku ada problem sket.. Insyaallah kalo tahun ne aku mampu meraih duit raya dari family aku... Aku replace dengan yang baru.. kekeke.....

Nak aku utarakan banyak pun tak jugak.. cuma hanya cerita-cerita biasa Cik Hazel Ruslan. Ceritera semalam bermula begini.....

Lewat tengah hari tadi aku agak leka. Leka dengan dunia katanya. Berlegar aku "diatas" menerpa fikiran, kemana harus aku tuju dikala waktu lunch pada bulan mulia ini. Dah tahu! Memang dah lama aku nak ke sana. Kerap aku lalu dilaluan yang sama tapi tidak aku singgah untuk berlabuh. "Ya! Situ! ", monolog aku yakin.

Aku ajak Jie. Beres dengan  punch card. Lamborghini ayah yang dikemudi aku memacu di jalan. Perjalanan yang 5 minit itu berakhir di satu persinggahan. Azan dah berkumandang. Petak parkir sukar pulak dicari kala ini.Aduyai..... Meliar mata mencari. Aaaaa.... Di situ! Hayunan kaki melangkah pergi meninggalkan kawasan parking. 

Kaki dah menjejak,salam yang aku hulur di sambut. Ada mata yang memerhati, mata itu menghantar kami hingga ke tempat wuduk wanita. Jie mendahului aku. Aku pulak terkedek-kedek bersihkan celak di mata. dingin air paip segarkan aku. Selesai di tempat wuduk aku dan Jie berlalu pergi ke bahagian jemaah muslimat.

Doa-doa imam sudah aku aminkan. Moga terkabul apa yang dipinta. Sambil melipat apa yang patut mata ni meliar mencari kelibat Jie. tup-tup dah ada sebelah aku... Kus aku..... Sambil mengenakan tudung aku pandang sekeliling. Ada yang mengaji, ada yang berzikir, dan ada sekumpulan umat yang khusyuk mendengar ceramah. Damai kan rumah ini?

Aku dan Jie menuju ke perkarangan... Sekali kau... Lori minuman yogurt Bliss cap Nestle lalu... Salivate yet? Mestilah....! I'm carving for it by that time... woot...woot.... Dugaan betulkan? kekekeke...^^,)
Selesai menunaikan solat di Masjid Zahir... kami berdua terus balik ke opis yang 5 minit jauhnya. 17 tahun lamanya aku menetap di Alor Setar, tengah hari tadi ialah kali pertama aku jejak kaki ke Masjid Zahir... Accomplished!!

Gambar Masjid Zahir di malam hari yang aku ambil tahun lalu..


p/s: Jum lagi nak?

Saturday, August 14, 2010

Lepaskan...

Melangkah laju kaki ini ke hadapan
Masih melangkah mencari jawapan
Haruskah aku lupa semua ingatan?
Yang pernah aku rangkul kemas dalam dakapan
Ternyata sekali ianya dugaan
Lantas ku lepas dan hembus ke awan...


Berlalu pergi awan kabut itu
Ternyata sekali hati ini pilu
Ingin ku meraung diriku malu
Haruskah sengketa ini berlaku?
Jika benar ini mahu mu
Patut kau nyatakan sejak dulu
Agar aku tidak terkedu ,tatkala melihat bukti yang satu!

Kecewaku kini berlagu sepi
Siksa ku digubah menjadi melodi
Ritma tangisan ku hayati
Keluh kesah bergabung bunyi
Sinis senyum mu frekuensinya tinggi
Lara batinku merdu kembali
Duhai Okestra terimalah tulus kasihku ini
Kerana berjaya hiburkan hiba ini...

p/s: fahamkah kamu?

Thursday, August 12, 2010

Soal aku...

mata i color biru you.....



di kamar ini aku sendiri
diluar sana hujan membasahi bumi
tanpa suara aku menyepi
entri ini pengganti diri

ewahhhh.....


dari malam tadi aku tak habis-habis on9...sekejap di facebook, sekajap di blog membaca entri dari blogger lain, sekejap berbalas YM dengan teman lama. dan dari tengah hari tadi aku stay dalam bilik. tak bergerak.. kat luar hujan. tanda-tanda nak berhenti tu mungkin menyusul nanti.

saban tahun  umur aku bertambah. rasa macam sekejap saja. finally turning 23.... BAIKLAH... marilah bersama-sama hadapi proses penuaan... kekekeke....

seperti biasa, aku jenis yang suka bermonolog dikala menyendiri. portal ini sempadan aku dengan dunia di luar sana. aku mula menyoal diri. banyak perkara bermain di kotak fikiran. aku mengaku pada usia 23 ini aku jahil dan naif. sejauh mana jiwa aku, hati aku atau diri aku matang. mengenal dunia. 

masih bermonolog.......

aku sudah mencapai umur 23 tahun. apa yang aku bakal hadapi pada hari yang mendatang? dimana aku 5 tahun akan datang? atau 10 tahun akan datang? apakah matlamat aku akan tercapai? apa yang bakal aku jadi kelak? kerjaya aku? impian aku? berjayakah aku?mampukah aku?

itu antara persoalan dalam diri.. tak kira lagi konflik lain... amacam? kalo di himpun semua boleh jadi Tele-novella ? drama swasta? tele-movie? cerekarama? entah la labu! kalo jadi pon mungkin akan diusulkan dekat David Teo.. layak atau tidak kisah aku di filemkan... hahaha.. sah aku berangan. hidup dalam angan ne memang indah. but reality bites! aduhai Cik Hazel... 

owh... aku nak ucap terima kasih la kat si Najib, dikala aku bermuram durja ( bajet2 cem filem Melayu) , he really motivate me. kekadang di sulam dengan marah dan leteran panjang, tapi setia mendengar problem remeh aku... cukup tahun kene bayar ko berapa ye Najib? nak berapa peratus?  hahaha... ko tanak jadi pakar motivasi ke Najib? uiceh....








bila 23



hahaha.... since last night aku menerima text dari kengkawan yang tak putus-putus wish selamat kat aku... wall di fesbuk pon ramai jugak yang tinggalkan ucapan... terima kasih yep... dah nama birthday aku, meksis kasi call free satu hari. tu tak kira lagi yang selom nyer.. 7 hari panggilan percuma... hehehe beasap la telinga i....jadi since 12 am aku dah start telefon orang sana sini. orang first aku call si Najib (bukan nama sebenar) . bergebang sakan la jugak tapi dia tatau pon birthday aku. aku tak kisah. malas nak kecoh.dan aku tak pernah pulak bagi tahu perihal birthday aku kat dia. hahaha... alahai Najib.... sayang lak aku kat insan  sorang ne...tak sangka lak dah 5 tahun kite kawan ka... sayang ko Najib...

selesai dengan Najib aku call awek-awek angkat aku... dimulakan dengan Yuko Ichihara (bukan nama sebenar) ceh... tegar-tegar cakap aku tua.. lagi 2 minggu birthday hang.. siap la... your turn!!! miahahaha... sempat jugak aku dengar satu family dia nyanyi kat aku walaupun samar-samar... 

lepas tu aku call geng-geng IKBN...bermula dengan Kadax, Togey, Haja, Bidan (semua bukan nama sebenar) hurmmm... bila la gamaknya nak reunion.. nak tunggu hari konvo lambat lagik... selamat berpuasa ye geng.

kemudian beralih kepada my only Qalif (juga bukan nama sebenar )... aaaaaaa......T.T) pak cik ne suka buat aku terharu... hampir 1 jam jugak aku sembang. cara kami kenal pun aku anggap unik la... masa first year aku kat IKBN dulu, baru sehari aku kenal dia. kami dah serasi. mungkin sebab sebaya kot. ye lah bebudak lain semua lepasan SPM... kami berdua lepasan IBU dan BAPA...hahahaha... hari kedua kata-kata perpisaha dah terucap. mata aku menghantar Qalif sampai ke pagar IKBN. walaupun sekejap sangat kenal. tapi persahabatan ne kekal sampai ke hari ini. walaupun ada la jugak gaduh-gaduh manja antara aku dan dia... sekejap sentap sekejap baik.. Alhamdulillah aku masih berhubung dengan dia sampai sekarang. nak masuk 2 tahun dah kot... Qalif dear... thanks so much for being with me for all  the time... sanggup jadi crying shoulder  dikala aku sedih,walaupun jauh nun di pantai timur.... 
aku rasa cem tamau tidur lagi... lepas aku decide sapa nak di call. alih-alih aku call Encik TV9 aku.(bukan nama sebenar) .. terlebih dahulu sebelum sempat aku menyulam kata Encik TV9 dah wish kat aku. berkali-kali dia  aju soalan.. apa benarkah birthday aku hari ini.. heheheh?.. yep... gebang punya gebang dah kul 4. lepas tu aku pon tidur....

setengah jam lepas tu Encik TV9 call aku. hahaha.. bangun sahur oi.... hahaha.. terkejar aku ke dapur sediakan sahur... ayah pun bangun lepas 5 minit... hahaha...mari makan...

 dekat di hati.... WAH GITU....

sudah subuh aku landing... ngantuk sey....  jam 10 baru bangun.huhuhuhu ... terlebey sudeh. pagi tadi tonton tv... lepas tu teringat nak buka facebuk sekali ... NAH KAU!dalam inbox kat yahoo dah sarat ngan wish birthday dari pen-pall aku dari seberang...  kat wall fesbuk pon apa kurangnya.. rata-rata dari kengkawan masa skolah, zaman POLI dan zaman IKBN serta pakwe2 angkat, geng blogger dan lelain... ahaks....

lepas tu aku hubungi Yus teman sekolah teknik dulu... alahai... rindu lak kat awek sorang ne... tak lama pon gebang, sebabYus tengah keja. Lepas tu baru aku teringat nak call Momoe... hahah.. kalo call dia macam biasalah minah ne.... yang cakap extra dia. aku ni cakap pon kena diskaun 50%... get it?

kat dapur nu... mak dah busy masak untuk berbuka... tadi aku nampak bahan-bahan masak kat dapur tu cem meriah jugak... hehehe... ada itu ada ini....yummm...yumm...

sebelum hari ini sampai ke penghujung, siapa lagi yang aku nak call yep? kat facebook ne pun tak terbalas.. owh.. dedikasi ini aku tuju khas kat Pjoe ngan Ka-mail sebab wish besday kat aku... Ka-mail.. kalo terbaca blog ne.. ingat ye apa yang aku cakap masa reply kat facebook tu.. hehehe.. kepada Pjoe.tengkiu sebab wish...
_________________________________________________________________

p/s: nak hujan lak aik!!!1

walaupun sekejap.......

Malam tadi aku di sapa oleh memori lalu. Walaupun sekejap, ianya bermakna bagi aku. Aku menghitung tempoh bersama memori lalu. Ah! Sekejap. Sangat sekejap ibarat hujan yang menimpa bumi berlalu pergi. Semudah itu...

dia : hazel...ape kabar?

aku : baik 

dia : buat apa tu?

aku: facebook (balas aku pendek)

dia: puasa ke?

aku: yup....you?

dia: puasa la... tak tinggal pun.. hahaha...

borak-borak kosong berlangsung antara aku dan memori lama.  modal nak cakap lebih pon takde.. hanya berkisar pasal Ramadan pertama.

a minute after....

dia: anyway.... happy birthday...

aku : hmmmmmm....(mati kutu dibuatnya... ekspresi number berapakah?)

dia: what? ....????

aku: kenapa sayang? hahahaha ( serius... ini pula yang aku ucap. terlajak kata tak boleh tarik ye tuan puan)

dia: hurmmm... just something that i want to tell you

aku: what? (tak mengerti )

dia:hurmm... never mind...got to go.. duh! bubye

aku: okay, bye.. missed you actually ( never thought i said that words.... )

dia: aduyai....actually i..... nothing. BYE!...

setelah terputus dihujung talian aku bermonolog "WISH YOU WERE HERE"

serius aku cakap. walaupu hadirnya memori lalu yang berlabuh di hati aku....walaupun sekejap... sangat bermakna... aku hanya persinggahan bagi insan yang berkelana dalam hidupnya....


_______________________________________________________

SEKIAN SUDAH TELENOVELA DARI AKU.. HAHAHAHA.....

p/s: toya kan aku...^^,)

Wednesday, August 11, 2010

nak countdown ke?

ketika entri ini ditulis, tinggal lagi 25 minit sebelum jam 12 tengah malam....(baca dalam nada seram suspen)

12 Ogos ialah ulang tahun aku ke 23... dalam erti kata lain, hari kelahiran, hari jadi, birthday dan apa-apa saja...

OK...OK lets have party to nite...!!!ooooYEAH.... (gaya mabuk todi... but not me!!!)

still counting......

tik..tok..tik..tok....aku menarik nafas sedalam mungkin dan menghirup udara di penghujung 22 tahun...

p/s: kita tua bersama-sama ye....

Ramadan pertama

Sahur aku berlaukkan gulai ikan yang panas ,sambal petai dan telur masin. enough for my appetite. Alhamdulillah. sudah subuh aku tidur. jam 10 pagi baru aku bangun. selsai mandi aku basuh baju. pagi-pagi lagi mak aku dah kerja. ayah tengok tv kat ruang tamu.

selesai sudah dengan ampai baju aku masuk bilik dan log ke fesbuk. layan farmville.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
setel ngan farmville. aku blog hopping ... banyak lak promosi pasal raya... buat bisness ye..... kuih raya, butang baju melayu, jam raya, perhiasan raya, dan segala-gala hal raya... puasa baru hari pertama ye... hehehe

.
.
.
.
.
.
2.40pm
aku terjaga dari lena aku yang sekejap. solat dan terus sambung berfesbuk... macam-macam update. lepas tu aku sekali lagi tertidur. jam 5.00 pm aku bangun dan solat Asar. tetiba mak masuk bilik sambil aju soalan...

" nak ikot tak pi Baazar?" aku angguk tanda setuju... lepas siap mandi. ayah dah start enjin. memacu riang di jalan menuju ke Baazar yang terletak di tengah Pokok Sena. jalan sesak. tanda-tanda orang yang baru balik dari kerja berpusu-pusu memasuki perkarangan Baazar. berlegar-legar ferarri yang di pandu ayah mencari petak parkir. NAH!!!!

lastly ayah park tepi jalan antara simpang nak masuk Baazar.......

kami bertiga melangkah masuk pintu baazar. gerai air tebu dan ayam golek menjadi penyambut tetamu... ramai tak sangga orang berasak-asak masuk. terasa juga diri ini diraba. aku pusing belakang rupanya tangan anak kecil memagang bumper aku... aku di sangka ibunya. walhal ibunya di sebelah aku... aku biarkan... 

FUHHH!!!! lega sebab bukan tangan kasar yang hinggap... hahah hati -hati ye cik kak di luar sana.... ada dikalangan kita yang puasa.. tapi "tangan" sesetengah umat tidak ye.... bergerak mengikut arus... macam-macam ada... hentian pertama di gerai kuih. mak beli Popiah goreng... nampak enak... hehehe.... kemudian ayah beli air soya. aku beli jeli kelapa untuk pencuci mulut. 

singgah nya kami di Baazar bukan nak borong sangat. sebab kat rumah lauk pauk dah tersedia... cukup hingga ke sahur... 

masa kat baazar tu.. rambang mata jugak.. nak beli yang mana... nak makan yang mana... sana sini ada macam-macam juadah. semua nampak sedap. yummm...yummm....hahaha...sedang jalan-jalan  mencari juadah tambahan, aku sempat gak cuci mata.. hahaha tak sangka Pekan Pokok Sena ne ada umat yang kacak.. hahaha...

abang jual ikan bakar yang hensem, abang jual popia yang tinggi, abang jual karipap yang punya bulu mata panjang(kusangka palsu), abang air tebu yang rambut rebonding, pakcik roti arab yang segak dan macam-macam bentuk aku jumpa tadi... hehehe... ada yang keluar dengan teman tapi mesra, teman mesra tetapi tidak dan kaum family yang punya anak berderet di belakang tidak ketinggalan mengujungi baazar...

owh.. tadi masa di baazar ada la jugak buat aku cem nak marah.... tapi sabar aku dapat mengatasi amarah...

sekadar nasihat atau peringatan

TOLONG LA JANGAN BERHENTI DI TENGAH-TENGAH LALUAN UMAT LAIN DIKALA BERTEMU RAKAN SEOPIS, SEKERJA, SEKEDAI, SEKANTOR, SEKELAS ,SETAMAN, SEKAMPUNG, SEPERMAINAN ATAU SEGALA JENIS "SE", TATKALA ANDA DI BAAZAR.

bukan nye apa, kalo boleh di elakkan. tingkah kamu itu menjengkelkan orang sekeliling... bagus sangat ke menghalang laluan orang...? sedarkah anda, gara-gara berhenti tiba-tiba ditengah jalan itu mampu mengurangkan pahala umat yang tidak sabar yang ada di belakang anda? jeng3..... mungkin caci maki dalam hati dah berkilo-kilo di tuju kepada anda ye !!! sangat mengundang marah.....percayalah....
........................................

azan Maghrib berkumandang, selesai sudah, ucap Alhamdulillah menyusul.  lepas solat aku relek dan kemudian layan entri baru dari para blogger....

skang dah kul 10pm... aku tak pergi tarawikh..... hehe.ayah yang pergi... ok lah... tu je untuk Ramadan pertama aku....

p/s: nak air tebu sebenarnya... T.T)

Bila Ramadan tiba

Assalamualaikum blogger sekalian... salam Ramadan...

aku baru saja habis baca update entri-entri terkini dari korang suma yang aktif buat posting .. semuanya berkisar pasal Ramadan. aku pon tak terkecuali dari update. aku yakin dan pasti bahawa traffic di internet sesak kot lewat malam ini. atau pun waktu ini...

isi-isi utama dalam setiap blog yang aku baca tadi banyak pasal ibadah puasa, sejauh mana kita hayatinya... pasal makan-makan, komfem habis je waktu keje bazaar Ramadan kene serang teruk kot... hahaha... pergi tarawikh ke tidak lepas berbuka nanti, atau mungkin tidak pergi sebab kenyang dengan juadah berbuka tadi. maklumlah... air tebu sampai satu jag ko hadap.. hehehe... nak sahur ape? nak masak ape? perihal baju raya... duit raya... kiuh raya dan bermacam-macam pasal raya...

belum sempat nak sahur, hal-hal  tu dah jadi topik... rutin seharian mungkin akan berubah sedikit la... tiada  lagi breakfast mahupun lunch....korang yang kat luar tu lak cem ne yeah? adakah akan aktif berblogging atau sekadar cukup syarat atau nak slow-mo je bulan ni?...

sepanjang dalam perjalanan aku balik dari kerja petang tadi... ada la baberapa buah tempat dah siap di pasang kemah ... mungkinkah baazar ramadan atau pun Baazar menjual persiapan raya.... ? siapa tahu..yang pasti promosi atau SALE sana sini bakal terjadi di sana sini... berhati-hati ketika berbelanja pesan aku pada diri aku dan anda-anda semua di luar sana... hahha pesanan penaja dari Cik Hazel....

 jangan boros.. sebab bulan mulia ne, tanpa kita sedar... duit banyak dihabiskan. itu dan ini kau nak beli... percayalah cakap aku... dikala kesempitan wang kelak (harap-harap tak) .... aku kasi contoh la RM 50 pun di anggap berharga weh.. nak guna pon tak sanggup... hahaha....

hurm...entri kali ni tak banyak sangat aku nak cakap atau ulas. cuma entri pembuka bagi Bulan Ramadan Mubarak ini sahaja... mudah-mudahan kita semua mendapat berkat. AMIN....

ok lah... selamat bersahur ye. buhbye...

p/s: nasi putih yang panas ngan pekasam.... perghhhhhh......

Tuesday, August 10, 2010

1 hari aku makan

niat aku masa on lappy ne cuma satu. nak update..update dan terus update segala macam perkara yang jadi hari ini... perihal update dari blogger lain akan aku abaikan... bloghopping hanya akan di buat sementelah aku selesai dengan entri ini... hehehe.. tak sabar nak baca entri dari blogger suam-suam kuku dan hangat-hangat hup-hup... 
apa punya ayat da.....

anyway......

bermulanya akan kelewatan aku ke opis pagi tadi membawa makna apabila dimulakan dengan langkah kanan... sebelum sempat aku naik opis. kat bawah opis aku ne ada kedai makan... sekali Encik Boss dan Ella sudah ada pulak di situ... Encik Boss kasi signal untuk bersarap bersama-sama. for sure sarapan pagi aku di taja oleh Encik Boss... tengkiu ye Encik Boss.. hehehe.....

menjelang Lunch Hour.... jeng-jeng-jeng....... Jie ajak aku makan tengah hari kat town... pekena Nasi Padang... haha sedap seh... walaupun  pagi tadi aku macam dah makan heavy meal ... aku assume iu brunch . my breakfast and lunch... tapi, nasi padang punya pasal. aku pon  kayuh la.. hahaha... 

petang sikit Ella beli roti bakar lak.... tapi aku tak makan pon... macam-macam la... petang-petang makan roti bakar... tapi memang layan habis kot roti bakar tuh... yummm...yumm...

balik dari opis ahkak aku Inca jemput... singgah Secret Recipe sat, beli a couple slice of cake yang totally marvelous.... hahaha... 

leawat petang ayah aku datang kasi kereta suh balik umah kat Pokok Sena tu. aku sampai je rumah, terasa sungguh diri ini untuk makan... maka aku pon menjalankan misi menyerang dapur... cuba teka apa aku dapat....
jeng3...... 

ada sambal tumis petai ngan ikan bilis yang digandingkan dengan kari ayam... apa lagi..... KAYUH la.... yum...yum.....

lepas selesai solat maghrib... aku tengok la berita. selesai ja abes tengok berita terasa nak makan lagi... aku buka je peti ais... sekali kau... BREAD BUTTER PUDDING dah menanti.... hahaha... kayuh lagi......

lepas abeh tengok Vampire Diaries aku rasa cem stu feel... rupa nya rezeki itu ada di mana-mana.... mee bandung pulak sampai... terima kasih kepada jiran ku itu.. hahahaha

p/s: macam esok tak leh makan lak...

Monday, August 9, 2010

ceritera ini hari

waktu aku kat opis tadi, rasanya lepas waktu tengah hari. kami warga opis menerima seorang tetamu. kenalan kepada Encik Boss. hadirnya beliau semata-mata ingin mengutarakan permasalahan yang dihadapinya berkaitan dengan DSLR baru tak baru yang baru di belinya (second hand).

Sementelah masalah di diagnosis. Pemetik api dicapai. Tanda-tanda pembakaran terbuka bakal terjadi bilamana nikotina menjadi pilihan sebagai oksigen gentian dalam badan.

Masa Pertama:

ting...ting... (bunyi loceng tanda mula!!)

 aku:       Ish! smoke la pulak. Otak dah tepu ni. Nak wat kijo pon kawe tak senang! (sambil buat muka doblas doplohpat dalam hati )

Masa Kedua :

ting...ting...

Tanda-tanda Encik Boss sudah bersedia berasap apabila mata mengufuk ke kotak rokok. Lalu lighter di capai. 

aku :       i see a spark, and its start to fire!!!! NOoooooooooooo,.......
              
tetiba aku bertambah pening, dan sedikit ting-tong. Cuba untuk fokus pada skrin , tetapi separuh dari diri ini dah ke tempat lain.

Semi Final:
 
ting...ting...

dalam dok fokus nak setel keja. tiba-tiba bau rokok daun... tembakaunya sampai meresap ke otak.

aku : siapakah gerangan yang  gatai isap rokok tembakau ni? 

aku toleh belakang... FIZI....  aduyai... ( masih lagi bersabar...)

FINAL ROUND:

 " At the left corner wearing dark brown t-shirt and 20 yeras in a row heavy  smoke CHAMPIONNNNN.......... PLEASE WELCOME ENCIKKKKKKK BOSSS".....
(baca dalam nada yang sama time tengok wrestling)

"And in the right corner wearing black shirt with orange cardigan with total free nicotine PUHLIS WELKAM HAZELLLL RUSSSLLLLANNNNNNN........."


TING....TING....!!!!!!!( and the match beging...)

Encik Boss turut menyalakan rokok daun. Udara sekeliling kian dijajah asap. Oksigen segar disekeliling aku musnah. BAIKLAH... FINE! aku forfeit .... 

bangun dari tempat aku dan berlalu pergi ke bahagian luar.menghampiri 1 jam. baru tetamu itu berlalu pergi... sebelum sempat aku menolak daun pintu, cepat-cepat aku capai air freshener. Encik Boss melirik tepat kepada aku... Sambil sengih ala-ala kerang busuk kepada beliau, tanpa segan silu aku sembur satu opis.

No offense ye Encik Boss...
p/s: story ini betol.. cuma ditokok tambah dengan imiginasi yang pelbagai... kekekeke..... enjoy ye....
 
 


Saturday, August 7, 2010

sabar ku sudah

baru bermula bacaan pertama
tergendala kerana aku inginkannya
sudah ku tanda kerana ia utama
pulang kembali untuk selesaikannya


kecewanya hati kerana hilangnya
masih tertanya kemana perginya
hatiku lara hingga hujung dunia
semakinku cari semakin sepinya

hendakku marah tidak terdaya
amarah ini ku pendamkan sahaja
siaplah aku untuk berkata
terpaksa aku kunci didalam jiwa

berlari aku menahan marah
tetapi geramku tidak diluah
kekal tersimpan ku rasa bersalah
akhirnya aku menangis lemah

sudah sifatku suka menyentap
wajahku janganlah kau tatap
mungkin darahmu akan meyirap
jauhi aku untuk sekejap

...............................................................................
p/s: geram sebab kena ulang semula. dah macam deja~vu

sekali lagi entri kosong dari aku

aktiviti di hari cuti:-

  1. tidur lambat ( 4 pagi baru masuk tidoq)
  2. main farmville tak hengat
  3. dok ulang lagu For All My Life lebih dari seploh kali
  4. makan
  5. kemas bilik
  6. update facebook
  7. tengok tivi
  8. blog hopping
Jumaat adalah hari yang... erkh... macam mana aku nak nyatakan.Hari yang LAME habis. niat nak update blog tu ada . cuma bila dah mengadapa dan sedia nak mengetik keyboard. rasa cem blank. idea yangtadi sikit punya bnyak terus.. pofff!! hilang sey... maybe i should take a break.

p/s: aku patut cuba tidoq lebih awal!

Friday, August 6, 2010

entri ke-100 dari aku...

okay.. okay... ini entri aku ke-100. cem .... ergh...apa aku rasa ye? should i be happy for my 100 posting ? do i have to celebrate  it? ah! silly me... kalo korang kat luar nun sure dah entri ke berapa ratus kan?aku baru ke-100...kes tu aku cakap awal-awal yang aku bukan blogger tegar. dah la tak tegar. follower pon 22 orang je... tengkiu sebab follow aku... wiNk..WinK.... >.<)

ketika entri ini di tulis... aku dah berblogging selama 1 tahun 10 bulan dan 3 minggu 3 hari... kalo ada anak ,ini mungkin umur dia.. kekekekeke...awalnya aku buat account blog ne kerana aku rasa being a blogger is way too cool then other people that doesn't know about the existing of this portal. so aku decide untuk menulis. tapi ternyata aku tiada bakat menulis.sigh.. semua entri aku di awal pembabitan ( mak aih ayat....) berblogging ne semuanya aku rasa kategori  entri Cap TKK ( tukul kuku kambing).


CAP TUKUL KUKU KAMBING (TKK)
___________________________________


by that time aku memang gila buka macam-macam social account seperti myspace, friendster, hi5, facebook, tagged, blogspot, twitter dan lain-lain.riang betul aku buat gila buka segala jenis account kan? kekeke... :)
sementelah aku berkecimpung di arena social network ini , iaitu bermula dengan myspace... aku mula kenal Boneka Tak Sakit . sebab beliau la aku cem semangat sikit nak belajar edit-edit gambar dan belajar buat vektor ( tapi tak jadik ).sedar tak sedar dah masuk tahun ke-3 aku kenal beliau. weh Daus.. jom gi celebrate.

kat myspace jugak aku kenal dengan Fainor Mufakirin. team Mufakirin ni yang intro aku ke dunia photography. walaupun pada dasarnya aku ikut sekadar suka-suka , tapi lama-kelamaan aku rasa cem minat tu datang sendiri.  tapi tah la.. tahun tu (2008) dah macam tahun DSLR tergantung di leher.  trend atau minat? hurmmm...walaupun aku tade DSLR. lastly aku ada jugak 1. Baby boi D60 la yang dok isi poket aku dengan duit... walupun tak banyak. sikit pon okay la.. lepas la topup dan makan kat MekD. hehehe...

hujung 2008 aku apply masuk IKBN dan berhenti kerja serta merta. awal januari 2009 aku daftar IKBN setelah dapat surat tawaran terima masuk IKBN. bila masuk IKBN aku rasa persepsi aku pasal photography makin meluas. tidak bergantung pada satu tajuk sahaja. maksud aku ,masa denganTeam Mufakirin,aku banyak terdedah dengan gambar-gambar landscape atau pemandangan . dah masuk IKBN ne. banyak aku belajar antaranya macam Human Interest , Fine Art , Journalism , Industry dan bayak lagi la pecahan photography ne. malah sejarah photography pon aku belajar. tetiba pulak aku kenal Ansel Adams. akhirnya dari manusia yang tak tahu 1 haram pasal function camera aku bertukar kepada manusia yang tahu serba sikit. belajar pasal cahaya dan editing dan macam-macam lagi.

masa aku mula-mula masuk IKBN , bila lecture aku tanya CCD tu apa.. haram aku tak tahu..

adakah :- 
A: Cicak Cicak Dinding
B: cari-cari dapat
C: cilake Cik Dona
atau 
D: cem comel dowh!!!

lastly baru aku tahu CCD tu adalah Charge Couple Device . korang tahu ke? owh! tak tahu... Encik Google kan ade.. go Google gi.......

sem 1 di  IKBN, hari Jumaat wajib pakai cem ne. dah rasa cem budak form  6 pulak..
_________________________________________

hurm.. lepas tu aku kenal lak dengan Pjoe. awal-awal aku kenal dia. akuu tak tau langsung dia keja dengan Gempak Starz. aku kan gila komik.. last-last dia bagi tau yang dia tukang translate komik-komik merangkap proff editor bagi komik yang aku baca tu.

seingat aku perbualan di YM antara aku dan Pjoe seperti ini:-

pjoe: minat baca komik?

aku : ye minat. tak pernah missed pon yang gempak starz nyer keluaran

pjoe: pernah baca Kamikaze Girl ?Penguin Prince?...

aku : pernah... dua2 ada dalam koleksi

pjoe: i yang translate komik tu...

aku : wow!!! (teruja habis)

__________________________________________________

siapakah lagi yang aku kenal di laman social network yep? untuk rekod... mereka bertiga la yang bertahan dari myspace age sampai la facebook age... tapi yang paling aku rasa aku boleh go on with mesti la jejaka idaman mentua-mentua Malaya iaitu Boneka Tak Sakit. kekekek ( weh Daus, nanti aku nak tulis entri pasal ko lah!!!)

bab menulis blog pulak.....

blog ne macam hot-hot chicken sh***. bila terasa diri ini mendapat aura baru la aku tulis. tak datang aura ,tak de de aku nak tulih deh! kekadang bila aku blog hopping . aku cem kagum dengan entri-entri yang dikalangan umat manusia ini. jelous lak aik. awat la tak bleh tulis cem tu? sambil mengerut dahi tanda berfikir...

ah! macam-macam kan aku ni... 2 hari lepas aku berjaya dis follow separuh dari list blog yang aku ikut. mana-mana yang tak aktif tu terus aku pangkah. sekarang ne dalam senarai aku. hanya dua ~ tiga je aku rajin baca bila empunya diri update...
_______________________________________

skang ne aku lak cem suka banget main farmville. haha.. sesapa yang main farmville tu jadi la jiran aku yep...lagipon aku dah berjaya memperluaskan lagi tanah jajahan ( bak datang! ayat apakah ini)... serius tak tipu... ada duit lebih sikit. akan ku besarkan lagi dengan bersungguh-sungguh... hehehe ^^,)

aku rasa cukup la sampai di sini. nak  tulis pon.. jari-jari aku dah cem tak semangat nak ketik keyboard. mood ngantuk dah mari.. . 

p/s: di hari mendatang ne. banyak pulak plan aku... harap semuanya lancar...






Thursday, August 5, 2010

apa punya turr la...

ketika entri ini di tulis aku baru ja terjaga dari terlelap... niat aku cuma nak pejam mata ja... sebab dok tunggu page farmville lambat sangat nak buffer.. last-last aku yang tertidoq depan lappy... niat pejam mata aku tu cuma 2 minit ja..sebab aku janji nak tidoq awal... sekali terlajak lak aik sampai 3 jam... adesh... dalam mata aku yang sempit sambil mengecilkan mata menahan silau skrin lappy ne,sempat jugak update yep. sambil dok menguap empat lima round dalam mode yang aku kira mamai ne.. kira aku ne tak terpesong la. lepas tu sempat jugak aku baca koment dari kengkawan kat gambar yang aku upload lebih kureng 3 jam yang lepas..

hehehe... bergaya tak aku... siap leh reply koment - koment orang lain...ok la.. aku pon nak sambung tidoq ne. owh.. my... gosh....... i didn't brush my teeth.... hehehe...

p/s: aku terjaga sebab haiwan ternak kat farmville yang bising... kekeekekeke...

Wednesday, August 4, 2010

entri curi-curi

sewaktu entri ini di tulis.aku dalam proses mengedit gambar-gambar yang di minta oleh Encik Boss. tapi aku cem ting tong kot. jadi aku pon melayan la lagu untuk elak dari ting-tong. serius , mata aku memang cem penat sket bila mengadap skrin. jadi aku mengambil dan mencilok sikit time untuk hapdate blog.. kekekeke.

ok back to work!

p/s: ganbate ne~....

semenjak

aku mengaku aku cem suka dan gemar tidoq lambat-lambat  semenjak 3 minggu yang lalu.dok layan farmville kot. sambil-sambil tu sempat la jugak tengok movie dan melayan blog-blog yang aktif sungguh di update. sedar-sedar dah jam 2 tiga pagi. ok. aku akan berusaha tidoq awal.

berusahalah supaya hari esok akan lebih bersemangat.

p/s: suffocated 3 weeks in a row with clouds of smoke... 

Tuesday, August 3, 2010

kerana udang hazel binasa

okay this is a quick update... time cem ne aku masih lagi bernafas sedangkan yang lain dah bermimpi bagai....
tengah aku dok usha local photographer site... tetiba badan aku gatal-gatal... gedik kan aku.. time-time cem ne nak gatal.. garuk sana garuk sini... bunyi pon grukk...gruk...grUuk.... macam nak sepak terajang ja dinding ne... wuuuuuuuuu T.T) serius gatal... sehingga entri ini di tulis aku masi lagi tergaru-garu....

puas aku ingat... setahu aku... aku tak telan walaupun seekor  udang pon..yep aku alah pada udang..... mengenangkan kembali dan berfikir mencari konklusi.... setelah beberap saat baru dapat recall... just guess what i having for dinner.... mee bandung yang ada udang... ekseli bukan la udang yang vesar gah tu... ini udang yang cem dalam cincalok tu.... yang tecit tinonet tu... time nak dekat habis makan mee bandung tu aku ada le perasan kehadiran sesuatu yang terapung bewarna putih lite lite ala-ala lut-lut gitu yang berbentuk 'C" .. dah perati dan tenung lelama sambil membesarkan aparture pada bola mata.. rupanya itu adalah udang... tah berapa kilo aku telan aku tak perasan....  udang yang super halus cem udang kering tapi halus sey... udang yang seroi siktu tu.. ah lantak la... janji udang.....  

jelas gila gedik aku menggaru....

p/s: warghhh.... tak tahan.....

wah kau.....!!!!!

assalamualaikum,

dear me...seem like it was yesterday that i start blogging... ah... there nothing much to say, to tell, to story, to note you and to say... and to blah...blah...blah.... but I'll try to write something... okay... here the thing... after i done watching Korean drama at 8TV and having dinner with my incha and her abang bee, i just decide to log in to facebook because i have crops to harvest... while i'm waiting my farmville game pop on my screen i just decide to blog hopping to each blogger i follow...

sooooo........


my first destination on tracking most active blogger just begun by that time... so i went to fida's blog and checking up her post... wow... she so good in writing... and i adore her enthusiasm since she so serious in art, poem, music and other stuff that relate with a suitable phrase  call MASTERPIECE...  to be honest, i just can say that she really ...really...really great in everything she did... the courage that she got to live with and how sincere she is when it come to blogging... she great in playing guitar and piano maybe...( witch im craving for to learn ) thumbs up!!!!  ^^,) yeah...

actually , yesterday fida post something on her wall said that she going to upload a couple of track oh her singing Menghitung Hari by Kriss Dayanti and For All My Life on her mixpod and .....at the same time  she going to send it personally via email account by request . so... after respond on her wall post, i just  send my email address and wait... for about 2 hour i've been waiting but still didn't get any feedback from her... so it is time for me to sleep...zzZzzzZZzzzzzZZZ......

on next morning when i checking my e-mail... i was  so surprised that she just send her cover song to me... then after i download the attachment i was like... erm.. really and totally excited to tune in her voice and bla..bla..bla...

yep... she so good in singing... i like...

after i done with fida blog i just hopping to Joegrimjow blog because fida did mention about him in her previous post... and oh my gosh that... i just know that he is the guy that be friend with me since friendster age... hahaha... what a coincident ... and what a small...small world... yep.... anyway its been an hour i've been reading his blog... i have to say that he so good in writing and telling jokes ... hahah... just go to his site and you decide...!!! itS aLL aBoUt JouRNey...... and yes he aloso do the vblog... 

after that i just open my you tube account and looking for any update from my subscriptions.... and by that time i saw a video from Malay student that studying at Russia .. she took medic and for sure with no doubt she speak in  Russian fluently ..hahahah.... salute... i just discover that Russian Language kind of tricky and difficult to understand... but it such a beautiful language... every language in this world is beautiful ... you have no idea how much i envy those who can speak other language fluently ... wah gitu....

actually, on my wish list i just wish i can learn Japanese ( witch i know simple word ) , Korean , France and  English  ( i really need it !!!)  duh... i tried Japanese Language tutorial, but never completed it... hahaha... just like Malay proverb " hangat-hangat tahi ayam " or should i translate it to English? " hot -hot chicken shit ?" hahaha... LOL.....

after done and enjoy with the update i start to compose and here it is... taadaa... my English version entry.... 

hahaha.. practice make perfect ayyy...?

p/s: sleepy ... gud nite...

Sunday, August 1, 2010

hari ini hari ahad

pagi tadi aku bangun lambat,... cem malas dah nak bangun... sedap kot tidoq ne.. hiahahaha...kes bangun lambat ne gara-gara melayan farmville... adoiyai.. best pulak main tuai menuai ne...sampai opis pon ngam-ngam sui...
ekseli time aku sampai opis tadi aku cem ting-tong sket... cem ngantok la sangat... oksigen tak cukup... aksyik nak nguap ja kijo... lepas tu aku buat senaman mulut sikit, senaman mata sikit... dan sedikit caffeine untuk masa depan yang cerah.. hehehe... sekali pening kepala aku makin teruk lak aik. berdenyut-denyut mata aku, kepala aku, segala saraf aku... even nak menatap skrin PC lama-lama pon tak mampu... bertahan sedaya upaya... 
masih lagi cool... nak hilang rasa pening bagai tu... cemacam aku buat...seperti aktiviit turun naik tangga dan duduk depan opis selang setengah jam...menjelang tengah hari aku rasa cem nak baring2 ja.. nak landing atas sofa dan tamau bangun2 dah... cool....cool... aku bertahan habis... niat aku time tu... kalo balik kijo je.. aku nak terus landing.. tapi sampai umah tak jadi apa pon... hehehe... akan berusaha tidor lebih awal. aku rasa aku cem terkena sindrom insomnia lak aik... tak boleh tidoq tu.... nak kira kambing cem bodo2 lak... jadi aku teringat petua member aku si Firdaus Aqmal tu... setelah baca beberapa surah... alhamdulillah.. lena jugak...

masa aku dok menatap skrin , aku pandang calender , aku dah tengok.... rupanya dah 1 hb Ogos... hari ni lak friendship day....

oh kengkawan ku.. selamat hari sahabat seMalaysia dan sedunia yeah....sempat la jugak aku text kengkawan sekepala, sekelas, sekroni untuk wish... Bulan Ramadhan pon dah nak dekat ni... 10 hari lagi... 
  
owh.. aku tadak ayat nak di sumbangkan dalam entri kali ini... perlukan aura...dah la.. nak stop la... sebelum aku melalut tak tentu pasal...

p/s: adakah esok hari yang indah bagi aku?