aku hazel si shutterbugs! smile....

Saturday, January 29, 2011

ringkasan

5 minit aku ambil masa untuk fikirkan tajuk.

10 minit aku tenung skrin PC....

30 saat aku decide nak posting blank page...

apa kena dengan aku ni? dalam ingatan aku pada tahun lalu. walaupun aku tak seaktif dan tegar terhadap penulisan blog... aku tetap buat posting selang sehari dua... tapi sekarang bila aku log masuk ke blog sendiri. aku terasa berat teramat sangat untuk aku mengetik setiap petak huruf di papan kekunci.apa jadi pada aku ni,... sudah miskin dengan cerita, sudah miskin dengan kata, sudah miskin idea segala.

aku tak mintak mahupun bercita-cita menjadi seorang blogger tegar. aku cuma mahu menulis. menulis untuk ekspresi diri, menulis untuk luahkan segala, menulis untuk berkongsi semua. tapi tahun ni semacam tsunami kemalasan membadai aku. maka terdamparlah aku di pantai sepi cerita dan kata.

dan satu lagi, aku cemburu pada kamu yang punya sesuatu yang tak aku miliki, yang tak aku  mampu beli, yang tidak akan pernah aku perolehi... arghhh... cemburu itu memang membunuh. jadi pada sesiapa yang punya X-Factor yang aku tak nyatakan itu..gunakan sebaik mungkin... 

andai X-Factor itu dijual di 7E sekalipun, sanggup aku laburkan duit semata untuk itu... 

aku merapu apa ni... ?  tetiba aku sedar kembali.... kisahnya ialah,orang kalau tak cukup tidur, segala rasional emosi mamang flat habis. apa yang di cakapt tak seiring dengan perbuatan.kalah orang yang mambuk high... 

sampai di sini


p/s: seriously.... GO  GET SOME SLEEP...

Sunday, January 16, 2011

kembali mengetik keyboard

memetik akan tajuk entri kali ini, "kembali mengetik keyboard"

keyboard yang ada bunyian musik kah? atau keyboard yang punya huruf dan angka? sudah pasti keyboard yang mampu keluarkan patah bicara ketika di ketik.. keletak keletuk...

its been a while... aku ne dah macam tak banyak bunyi dan banyak story lately... nak cerita akan perihal tempat koje, aku rasa cem tak proper... nak ceita akan perihal daily routine aku rasa lame habis... erghhh.... semenjak tidak lagi aktif seperti dulu yang bilamana akan aku buat posting selang sehari dan semenjak dalam tempoh dua bulan ini. aktivit keletak keletuk amat kurang sekali... hasrat nak menulis tu ada. tapi tersimpan rapi dalam peti besi... ceh.. ayat tak leh blah..

jadi, kesimpulannya ialah... aku perlu berevolusi... ini salah satu ayat sakai... evolusi tang mana pon i tatau nok...natang bewok lak ayat...


sudah-sudah la dengan mukadimah yang meraban sampai ke laut tu... dalam entri ni aku ada point yang nak di sampaikan... mana nak mula pon aku tatau...baiklah.. lately banyak pulak problemo yang melibatkan status ekonomi Hazel Ruslan... bila nak gaji ni? meratap tau nak tunggu gaji... semput-semput.. gagaga... nak merompak lah lepas ni.. cepat sikit kaya.. haha sape nak jadi partner in crime? sila PM aku.. gagaga...

kalo aku nak bercerita akan resolusi sempena tahun baru pulak.. aku rasa cerita tu dah basi sama sekali... resolusi yang sama setiap tahun.... diet dan bersenam... tiap-tiap tahun sure ada dalam list resolusi... yang best pulak, tak pernah accomplish... cliché bukan... BORING...

this year aku nak abaikan resolusi yang tak pernah direalisasi  tu... nak tengok sikit apa jadi... 

aku dah tiada modal nak menulis.. aku tido dulu.. esok koje.. 

p/s: aku rasa aku nak upgrade sesuatu...

Tuesday, January 4, 2011

...sila cuba sekali lagi

meow....



GAGAL...

aku GAGAL... bukan gagal exam yang dapat 5C atau 7D.. GAGAL aku tiada kaitan dengan exam... cuma GAGAL sebab tak dapat nak mengetik keyboard dan menulis blog... kalo baca previous entri mesti ada title Countdown... konon-konon nak menulis dengan riang la sebelum masuk 2011..

ceh... awal-awal aku dah tewas... tak cukup komited gamaknya... ceh.. hot-hot chicken shit dalam menulis blog...  bila tak komited. mulalah nak guna alasan seperti " aura menulis tak mari" atau " jari-jari comel ini tak mampu menari dengan riang di atas papan kekunci"  Puhh-lis lah Hazel Ruslan oi...

hahaha... ^^,)/


semenjak aku bertukar menjadi siput sedut [sekadar perumpamaan yang tiada kaitan] aku ne selow semacam.. uiceh... aku lebih banyak membaca dari menulis... baca blog itu dan ini... remain as a reader...not a writer... dan aku selalu berharap agar ada satu hari yang sesuai habis untuk aku menulis kembali... isu atau topik tidak di tetapkan.. semuanya random dan spontan...

tapi bilakah hari itu akan tiba? entah la mak cik limah...





p/s: bersempena tahun 2011 ne.. aku nak jadi seorang yang rajin membaca...

MEMBACA JAMBATAN ILMU