aku hazel si shutterbugs! smile....

Thursday, August 19, 2010

baby boy Mak Ude Cun

Salam Ramadhan semua...

Sepatutnya aku update entri pasal newly born baby boy ne yesterday. Tapi ada saja perkara datang menduga. Ini aku assume quick update dari aku.

17 Ogos 2010
My dearly sis Incha masuk PMC (Putra Medical Center ) jam 9.00 AM. Masa rehat aku diluangkan untuk jenguk my sis sebentar. 20 minit je.Tak lama. Lepas habis keja aku direct terus ke PMC. Buka puasa pon kat dalam wad. Ayah dah beli juadah. Semua Nasi Bungkus. kami ramai-ramai berbuka dalam wad. Aku , Mak, Ayah, dan Bro in-law. While we having our meal , Incha dah cem sakit.Tapi cool...

Selesai berbuka aku mohon pada Mak untuk pulang bersihkan diri. Right after i'm done with myself.  Aku rush ke PMC semula. elok sampai sana, Incha cem dah terasa sakit. Melihatkan reaksi Incha, aku cem emo sikit. Mak tak putus-putus tenangkan dia. Sakitnya Incha time tu buat aku menitis air mata. Erghhhh!!

Kemudian Incha dimasuk kan ke labor room... Bro in-law, Mak Ayah from both side masih menanti...The clock is tic toking ...Semua menanti... Aku membatu di dalam bilik. Tergerak untuk aku keluar. Emak senyum dan berkata " Adik, you dah jadi Mak Ude..."... thank god... Ya Allah... Syukur aku tika itu. Baby sihat. Semua selamat... Amin....

Tangisan anak kecil itu  memecah sepi . Kuat dan jelas. Cukup sifat, tiada cela.... Bibir kecil itu.... Jari-jemari halus itu... Telinga comel itu... Segalanya indah. By that time aku dah cukup bersedia untuk snap a few photo. tapi di tegah. Camera di simpan semula.

Lewat malam aku pulang seorang diri ke rumah Incha. Bersahur seorang diri kali pertama tanpa teman. Yang menemani aku hanya siaran tv di pagi hari.

18 Ogos 2010
Aku pohon pada Encik Boss untuk cuti half day.Diluluskan! Tengah hari itu aku terus pulang ke rumah Mak Ayah di Pokok Sena. Sebaik sampai. Baby boy dah menanti. Anak kecil itu diam dan patuh. Hanya sekali sekala sahaja bersuara, tangisnya tanda lapar atau tidak selesa.. Aaaaaaaa....... Sejak aku pulang dari kerja... aku tak putus-putus snap seberapa banyak gambar si kecil ini... sekali lagi... Aaaaaaa.....~

19 Ogos 2010
Ah! Tiba masa aku update blog... sepantas mungkin dengan niat aku boleh tidur awal. Ya! aku akan cuba tidur awal... Insomnia yang menggila ini menyerang aku 5 minggu yang lalu. Benar belaka. Aku kira, waktu tidur aku hanya 3 jam sehari secara purata,.... Kalau siang hari jika aku di opis. Rasa mengantuk itu sudah pasti. Sebab itu aku kerap keluar masuk dalam ke luar banyak kali untuk hilangkan mengantuk... Insomnia ne tak kelakar okay!!!  Apa-apa sajalah labu...

anyway...... enjoy viewing the photo below...

My Sis.... masih menanti....
.
.
.
.
.
Tada.....



(^^,)
.
.
.
.
p/s: dear baby, sori ye kalau speed light Mak Ude gangu tidur kamu... 

Tuesday, August 17, 2010

ceh! kalau boleh berangan...

Salam Ramadhan semua,...

Rutin harian aku pada hari ni sama seperti hari-hari biasa yang lain.Bezanya tiada lagi makan-makan. Okay dah nama Bulan Ramadhan kan. Kejadahnya makan. Anyway lepas buka puasa tadi my sis menyatakan hasrat beliau yang damba akan ice cream Viennetta . Selesai solat Maghrib aku pon bersiap la nak keluar.
Kereta yang dipandu meluncur dalam kelajuan normal yang ditetapkan bergerak ke Pasaraya Giant dekat Souk Al-Bukhary. Lepas 7 minit gitu aku pon sampai dan masih mencari-cari petak parkir. Seperti biasa, petak parkir yang berhampiran pintu masuk Giant memang dah ditempah khas oleh aku setiap kali aku berkunjung ke sini. mungkin sekadar kebetulan. 

Aku pon masuk dengan penuh bergaya dan jalan ala-ala cat walk. Yang best tu, elok-elok aku masuk ada lagu yang ala-ala atas runaway . Anyway, lagu tu hanya bermain dalam minda aku sahaja. Imiginasi ne perlu untuk ceriakan hari-hari aku. Terapi bagi aku... hahahaha... dah sampai bahagian frozen, aku pon menuju ke peti ice cream yang berkenaan. jeng...jeng...jeng.... sejuk.... time tu dah mimpi-mimpi dah ada kat London... ceh...Hazel Ruslan en, kalau boleh berangan! Enough with day dreaming... aku pon ke cashier dan bayar. dan chiaw!!!   Sekali lagi aku meninggalkan Giant dengan langkah bergaya. Ceh!!..

Terbaik lah.... Dapatkan di pasaraya berdekatan!!!

Aku sekali lagi menuju ke petak parkir dan ready to hit the road. Masa ondeway balik umah tu.Tengah-tengah aku drive.Tiba-tiba....Dekat radio tengah nyanyi lagu Need You Now by Lady Antebellum . Terasa habis la lagu tu... Macam ada satu feel yang susah nak cakap... Pendek kata aku melayan lagu itu penuh emo dan aku rasa cem situasi atau babak dalam drama swasta lak bilamana watak dalam sesebuah cerita tu ada problem sambil khayal dibuai perasaan. lepas tu ada lagu yang sesuai disulam bersama-sama scene itu. Ceh! And again, still day dreaming.... Hazel Ruslan... Stop it! 

tak dapat masuk TV berangan pon jadi ke ? Okay lah tu... 

closing untuk entri kali ni... enjoy la lagu ne...


Sunday, August 15, 2010

Bertamu aku di rumah-Mu

Salam Ramadan semua...

Sepatutnya entri ni aku post sebaik sahaja selesai buka puasa. Atas fakto-faktor yang tak dapat di elakkan seperti black out. batery laptop aku yang separuh charge hilang power semudah ABC hehehe... Tu lah.. batery laptop aku ada problem sket.. Insyaallah kalo tahun ne aku mampu meraih duit raya dari family aku... Aku replace dengan yang baru.. kekeke.....

Nak aku utarakan banyak pun tak jugak.. cuma hanya cerita-cerita biasa Cik Hazel Ruslan. Ceritera semalam bermula begini.....

Lewat tengah hari tadi aku agak leka. Leka dengan dunia katanya. Berlegar aku "diatas" menerpa fikiran, kemana harus aku tuju dikala waktu lunch pada bulan mulia ini. Dah tahu! Memang dah lama aku nak ke sana. Kerap aku lalu dilaluan yang sama tapi tidak aku singgah untuk berlabuh. "Ya! Situ! ", monolog aku yakin.

Aku ajak Jie. Beres dengan  punch card. Lamborghini ayah yang dikemudi aku memacu di jalan. Perjalanan yang 5 minit itu berakhir di satu persinggahan. Azan dah berkumandang. Petak parkir sukar pulak dicari kala ini.Aduyai..... Meliar mata mencari. Aaaaa.... Di situ! Hayunan kaki melangkah pergi meninggalkan kawasan parking. 

Kaki dah menjejak,salam yang aku hulur di sambut. Ada mata yang memerhati, mata itu menghantar kami hingga ke tempat wuduk wanita. Jie mendahului aku. Aku pulak terkedek-kedek bersihkan celak di mata. dingin air paip segarkan aku. Selesai di tempat wuduk aku dan Jie berlalu pergi ke bahagian jemaah muslimat.

Doa-doa imam sudah aku aminkan. Moga terkabul apa yang dipinta. Sambil melipat apa yang patut mata ni meliar mencari kelibat Jie. tup-tup dah ada sebelah aku... Kus aku..... Sambil mengenakan tudung aku pandang sekeliling. Ada yang mengaji, ada yang berzikir, dan ada sekumpulan umat yang khusyuk mendengar ceramah. Damai kan rumah ini?

Aku dan Jie menuju ke perkarangan... Sekali kau... Lori minuman yogurt Bliss cap Nestle lalu... Salivate yet? Mestilah....! I'm carving for it by that time... woot...woot.... Dugaan betulkan? kekekeke...^^,)
Selesai menunaikan solat di Masjid Zahir... kami berdua terus balik ke opis yang 5 minit jauhnya. 17 tahun lamanya aku menetap di Alor Setar, tengah hari tadi ialah kali pertama aku jejak kaki ke Masjid Zahir... Accomplished!!

Gambar Masjid Zahir di malam hari yang aku ambil tahun lalu..


p/s: Jum lagi nak?

Saturday, August 14, 2010

Lepaskan...

Melangkah laju kaki ini ke hadapan
Masih melangkah mencari jawapan
Haruskah aku lupa semua ingatan?
Yang pernah aku rangkul kemas dalam dakapan
Ternyata sekali ianya dugaan
Lantas ku lepas dan hembus ke awan...


Berlalu pergi awan kabut itu
Ternyata sekali hati ini pilu
Ingin ku meraung diriku malu
Haruskah sengketa ini berlaku?
Jika benar ini mahu mu
Patut kau nyatakan sejak dulu
Agar aku tidak terkedu ,tatkala melihat bukti yang satu!

Kecewaku kini berlagu sepi
Siksa ku digubah menjadi melodi
Ritma tangisan ku hayati
Keluh kesah bergabung bunyi
Sinis senyum mu frekuensinya tinggi
Lara batinku merdu kembali
Duhai Okestra terimalah tulus kasihku ini
Kerana berjaya hiburkan hiba ini...

p/s: fahamkah kamu?

Thursday, August 12, 2010

Soal aku...

mata i color biru you.....



di kamar ini aku sendiri
diluar sana hujan membasahi bumi
tanpa suara aku menyepi
entri ini pengganti diri

ewahhhh.....


dari malam tadi aku tak habis-habis on9...sekejap di facebook, sekajap di blog membaca entri dari blogger lain, sekejap berbalas YM dengan teman lama. dan dari tengah hari tadi aku stay dalam bilik. tak bergerak.. kat luar hujan. tanda-tanda nak berhenti tu mungkin menyusul nanti.

saban tahun  umur aku bertambah. rasa macam sekejap saja. finally turning 23.... BAIKLAH... marilah bersama-sama hadapi proses penuaan... kekekeke....

seperti biasa, aku jenis yang suka bermonolog dikala menyendiri. portal ini sempadan aku dengan dunia di luar sana. aku mula menyoal diri. banyak perkara bermain di kotak fikiran. aku mengaku pada usia 23 ini aku jahil dan naif. sejauh mana jiwa aku, hati aku atau diri aku matang. mengenal dunia. 

masih bermonolog.......

aku sudah mencapai umur 23 tahun. apa yang aku bakal hadapi pada hari yang mendatang? dimana aku 5 tahun akan datang? atau 10 tahun akan datang? apakah matlamat aku akan tercapai? apa yang bakal aku jadi kelak? kerjaya aku? impian aku? berjayakah aku?mampukah aku?

itu antara persoalan dalam diri.. tak kira lagi konflik lain... amacam? kalo di himpun semua boleh jadi Tele-novella ? drama swasta? tele-movie? cerekarama? entah la labu! kalo jadi pon mungkin akan diusulkan dekat David Teo.. layak atau tidak kisah aku di filemkan... hahaha.. sah aku berangan. hidup dalam angan ne memang indah. but reality bites! aduhai Cik Hazel... 

owh... aku nak ucap terima kasih la kat si Najib, dikala aku bermuram durja ( bajet2 cem filem Melayu) , he really motivate me. kekadang di sulam dengan marah dan leteran panjang, tapi setia mendengar problem remeh aku... cukup tahun kene bayar ko berapa ye Najib? nak berapa peratus?  hahaha... ko tanak jadi pakar motivasi ke Najib? uiceh....








bila 23



hahaha.... since last night aku menerima text dari kengkawan yang tak putus-putus wish selamat kat aku... wall di fesbuk pon ramai jugak yang tinggalkan ucapan... terima kasih yep... dah nama birthday aku, meksis kasi call free satu hari. tu tak kira lagi yang selom nyer.. 7 hari panggilan percuma... hehehe beasap la telinga i....jadi since 12 am aku dah start telefon orang sana sini. orang first aku call si Najib (bukan nama sebenar) . bergebang sakan la jugak tapi dia tatau pon birthday aku. aku tak kisah. malas nak kecoh.dan aku tak pernah pulak bagi tahu perihal birthday aku kat dia. hahaha... alahai Najib.... sayang lak aku kat insan  sorang ne...tak sangka lak dah 5 tahun kite kawan ka... sayang ko Najib...

selesai dengan Najib aku call awek-awek angkat aku... dimulakan dengan Yuko Ichihara (bukan nama sebenar) ceh... tegar-tegar cakap aku tua.. lagi 2 minggu birthday hang.. siap la... your turn!!! miahahaha... sempat jugak aku dengar satu family dia nyanyi kat aku walaupun samar-samar... 

lepas tu aku call geng-geng IKBN...bermula dengan Kadax, Togey, Haja, Bidan (semua bukan nama sebenar) hurmmm... bila la gamaknya nak reunion.. nak tunggu hari konvo lambat lagik... selamat berpuasa ye geng.

kemudian beralih kepada my only Qalif (juga bukan nama sebenar )... aaaaaaa......T.T) pak cik ne suka buat aku terharu... hampir 1 jam jugak aku sembang. cara kami kenal pun aku anggap unik la... masa first year aku kat IKBN dulu, baru sehari aku kenal dia. kami dah serasi. mungkin sebab sebaya kot. ye lah bebudak lain semua lepasan SPM... kami berdua lepasan IBU dan BAPA...hahahaha... hari kedua kata-kata perpisaha dah terucap. mata aku menghantar Qalif sampai ke pagar IKBN. walaupun sekejap sangat kenal. tapi persahabatan ne kekal sampai ke hari ini. walaupun ada la jugak gaduh-gaduh manja antara aku dan dia... sekejap sentap sekejap baik.. Alhamdulillah aku masih berhubung dengan dia sampai sekarang. nak masuk 2 tahun dah kot... Qalif dear... thanks so much for being with me for all  the time... sanggup jadi crying shoulder  dikala aku sedih,walaupun jauh nun di pantai timur.... 
aku rasa cem tamau tidur lagi... lepas aku decide sapa nak di call. alih-alih aku call Encik TV9 aku.(bukan nama sebenar) .. terlebih dahulu sebelum sempat aku menyulam kata Encik TV9 dah wish kat aku. berkali-kali dia  aju soalan.. apa benarkah birthday aku hari ini.. heheheh?.. yep... gebang punya gebang dah kul 4. lepas tu aku pon tidur....

setengah jam lepas tu Encik TV9 call aku. hahaha.. bangun sahur oi.... hahaha.. terkejar aku ke dapur sediakan sahur... ayah pun bangun lepas 5 minit... hahaha...mari makan...

 dekat di hati.... WAH GITU....

sudah subuh aku landing... ngantuk sey....  jam 10 baru bangun.huhuhuhu ... terlebey sudeh. pagi tadi tonton tv... lepas tu teringat nak buka facebuk sekali ... NAH KAU!dalam inbox kat yahoo dah sarat ngan wish birthday dari pen-pall aku dari seberang...  kat wall fesbuk pon apa kurangnya.. rata-rata dari kengkawan masa skolah, zaman POLI dan zaman IKBN serta pakwe2 angkat, geng blogger dan lelain... ahaks....

lepas tu aku hubungi Yus teman sekolah teknik dulu... alahai... rindu lak kat awek sorang ne... tak lama pon gebang, sebabYus tengah keja. Lepas tu baru aku teringat nak call Momoe... hahah.. kalo call dia macam biasalah minah ne.... yang cakap extra dia. aku ni cakap pon kena diskaun 50%... get it?

kat dapur nu... mak dah busy masak untuk berbuka... tadi aku nampak bahan-bahan masak kat dapur tu cem meriah jugak... hehehe... ada itu ada ini....yummm...yumm...

sebelum hari ini sampai ke penghujung, siapa lagi yang aku nak call yep? kat facebook ne pun tak terbalas.. owh.. dedikasi ini aku tuju khas kat Pjoe ngan Ka-mail sebab wish besday kat aku... Ka-mail.. kalo terbaca blog ne.. ingat ye apa yang aku cakap masa reply kat facebook tu.. hehehe.. kepada Pjoe.tengkiu sebab wish...
_________________________________________________________________

p/s: nak hujan lak aik!!!1

walaupun sekejap.......

Malam tadi aku di sapa oleh memori lalu. Walaupun sekejap, ianya bermakna bagi aku. Aku menghitung tempoh bersama memori lalu. Ah! Sekejap. Sangat sekejap ibarat hujan yang menimpa bumi berlalu pergi. Semudah itu...

dia : hazel...ape kabar?

aku : baik 

dia : buat apa tu?

aku: facebook (balas aku pendek)

dia: puasa ke?

aku: yup....you?

dia: puasa la... tak tinggal pun.. hahaha...

borak-borak kosong berlangsung antara aku dan memori lama.  modal nak cakap lebih pon takde.. hanya berkisar pasal Ramadan pertama.

a minute after....

dia: anyway.... happy birthday...

aku : hmmmmmm....(mati kutu dibuatnya... ekspresi number berapakah?)

dia: what? ....????

aku: kenapa sayang? hahahaha ( serius... ini pula yang aku ucap. terlajak kata tak boleh tarik ye tuan puan)

dia: hurmmm... just something that i want to tell you

aku: what? (tak mengerti )

dia:hurmm... never mind...got to go.. duh! bubye

aku: okay, bye.. missed you actually ( never thought i said that words.... )

dia: aduyai....actually i..... nothing. BYE!...

setelah terputus dihujung talian aku bermonolog "WISH YOU WERE HERE"

serius aku cakap. walaupu hadirnya memori lalu yang berlabuh di hati aku....walaupun sekejap... sangat bermakna... aku hanya persinggahan bagi insan yang berkelana dalam hidupnya....


_______________________________________________________

SEKIAN SUDAH TELENOVELA DARI AKU.. HAHAHAHA.....

p/s: toya kan aku...^^,)

Wednesday, August 11, 2010

nak countdown ke?

ketika entri ini ditulis, tinggal lagi 25 minit sebelum jam 12 tengah malam....(baca dalam nada seram suspen)

12 Ogos ialah ulang tahun aku ke 23... dalam erti kata lain, hari kelahiran, hari jadi, birthday dan apa-apa saja...

OK...OK lets have party to nite...!!!ooooYEAH.... (gaya mabuk todi... but not me!!!)

still counting......

tik..tok..tik..tok....aku menarik nafas sedalam mungkin dan menghirup udara di penghujung 22 tahun...

p/s: kita tua bersama-sama ye....

Ramadan pertama

Sahur aku berlaukkan gulai ikan yang panas ,sambal petai dan telur masin. enough for my appetite. Alhamdulillah. sudah subuh aku tidur. jam 10 pagi baru aku bangun. selsai mandi aku basuh baju. pagi-pagi lagi mak aku dah kerja. ayah tengok tv kat ruang tamu.

selesai sudah dengan ampai baju aku masuk bilik dan log ke fesbuk. layan farmville.

.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
setel ngan farmville. aku blog hopping ... banyak lak promosi pasal raya... buat bisness ye..... kuih raya, butang baju melayu, jam raya, perhiasan raya, dan segala-gala hal raya... puasa baru hari pertama ye... hehehe

.
.
.
.
.
.
2.40pm
aku terjaga dari lena aku yang sekejap. solat dan terus sambung berfesbuk... macam-macam update. lepas tu aku sekali lagi tertidur. jam 5.00 pm aku bangun dan solat Asar. tetiba mak masuk bilik sambil aju soalan...

" nak ikot tak pi Baazar?" aku angguk tanda setuju... lepas siap mandi. ayah dah start enjin. memacu riang di jalan menuju ke Baazar yang terletak di tengah Pokok Sena. jalan sesak. tanda-tanda orang yang baru balik dari kerja berpusu-pusu memasuki perkarangan Baazar. berlegar-legar ferarri yang di pandu ayah mencari petak parkir. NAH!!!!

lastly ayah park tepi jalan antara simpang nak masuk Baazar.......

kami bertiga melangkah masuk pintu baazar. gerai air tebu dan ayam golek menjadi penyambut tetamu... ramai tak sangga orang berasak-asak masuk. terasa juga diri ini diraba. aku pusing belakang rupanya tangan anak kecil memagang bumper aku... aku di sangka ibunya. walhal ibunya di sebelah aku... aku biarkan... 

FUHHH!!!! lega sebab bukan tangan kasar yang hinggap... hahah hati -hati ye cik kak di luar sana.... ada dikalangan kita yang puasa.. tapi "tangan" sesetengah umat tidak ye.... bergerak mengikut arus... macam-macam ada... hentian pertama di gerai kuih. mak beli Popiah goreng... nampak enak... hehehe.... kemudian ayah beli air soya. aku beli jeli kelapa untuk pencuci mulut. 

singgah nya kami di Baazar bukan nak borong sangat. sebab kat rumah lauk pauk dah tersedia... cukup hingga ke sahur... 

masa kat baazar tu.. rambang mata jugak.. nak beli yang mana... nak makan yang mana... sana sini ada macam-macam juadah. semua nampak sedap. yummm...yummm....hahaha...sedang jalan-jalan  mencari juadah tambahan, aku sempat gak cuci mata.. hahaha tak sangka Pekan Pokok Sena ne ada umat yang kacak.. hahaha...

abang jual ikan bakar yang hensem, abang jual popia yang tinggi, abang jual karipap yang punya bulu mata panjang(kusangka palsu), abang air tebu yang rambut rebonding, pakcik roti arab yang segak dan macam-macam bentuk aku jumpa tadi... hehehe... ada yang keluar dengan teman tapi mesra, teman mesra tetapi tidak dan kaum family yang punya anak berderet di belakang tidak ketinggalan mengujungi baazar...

owh.. tadi masa di baazar ada la jugak buat aku cem nak marah.... tapi sabar aku dapat mengatasi amarah...

sekadar nasihat atau peringatan

TOLONG LA JANGAN BERHENTI DI TENGAH-TENGAH LALUAN UMAT LAIN DIKALA BERTEMU RAKAN SEOPIS, SEKERJA, SEKEDAI, SEKANTOR, SEKELAS ,SETAMAN, SEKAMPUNG, SEPERMAINAN ATAU SEGALA JENIS "SE", TATKALA ANDA DI BAAZAR.

bukan nye apa, kalo boleh di elakkan. tingkah kamu itu menjengkelkan orang sekeliling... bagus sangat ke menghalang laluan orang...? sedarkah anda, gara-gara berhenti tiba-tiba ditengah jalan itu mampu mengurangkan pahala umat yang tidak sabar yang ada di belakang anda? jeng3..... mungkin caci maki dalam hati dah berkilo-kilo di tuju kepada anda ye !!! sangat mengundang marah.....percayalah....
........................................

azan Maghrib berkumandang, selesai sudah, ucap Alhamdulillah menyusul.  lepas solat aku relek dan kemudian layan entri baru dari para blogger....

skang dah kul 10pm... aku tak pergi tarawikh..... hehe.ayah yang pergi... ok lah... tu je untuk Ramadan pertama aku....

p/s: nak air tebu sebenarnya... T.T)

Bila Ramadan tiba

Assalamualaikum blogger sekalian... salam Ramadan...

aku baru saja habis baca update entri-entri terkini dari korang suma yang aktif buat posting .. semuanya berkisar pasal Ramadan. aku pon tak terkecuali dari update. aku yakin dan pasti bahawa traffic di internet sesak kot lewat malam ini. atau pun waktu ini...

isi-isi utama dalam setiap blog yang aku baca tadi banyak pasal ibadah puasa, sejauh mana kita hayatinya... pasal makan-makan, komfem habis je waktu keje bazaar Ramadan kene serang teruk kot... hahaha... pergi tarawikh ke tidak lepas berbuka nanti, atau mungkin tidak pergi sebab kenyang dengan juadah berbuka tadi. maklumlah... air tebu sampai satu jag ko hadap.. hehehe... nak sahur ape? nak masak ape? perihal baju raya... duit raya... kiuh raya dan bermacam-macam pasal raya...

belum sempat nak sahur, hal-hal  tu dah jadi topik... rutin seharian mungkin akan berubah sedikit la... tiada  lagi breakfast mahupun lunch....korang yang kat luar tu lak cem ne yeah? adakah akan aktif berblogging atau sekadar cukup syarat atau nak slow-mo je bulan ni?...

sepanjang dalam perjalanan aku balik dari kerja petang tadi... ada la baberapa buah tempat dah siap di pasang kemah ... mungkinkah baazar ramadan atau pun Baazar menjual persiapan raya.... ? siapa tahu..yang pasti promosi atau SALE sana sini bakal terjadi di sana sini... berhati-hati ketika berbelanja pesan aku pada diri aku dan anda-anda semua di luar sana... hahha pesanan penaja dari Cik Hazel....

 jangan boros.. sebab bulan mulia ne, tanpa kita sedar... duit banyak dihabiskan. itu dan ini kau nak beli... percayalah cakap aku... dikala kesempitan wang kelak (harap-harap tak) .... aku kasi contoh la RM 50 pun di anggap berharga weh.. nak guna pon tak sanggup... hahaha....

hurm...entri kali ni tak banyak sangat aku nak cakap atau ulas. cuma entri pembuka bagi Bulan Ramadan Mubarak ini sahaja... mudah-mudahan kita semua mendapat berkat. AMIN....

ok lah... selamat bersahur ye. buhbye...

p/s: nasi putih yang panas ngan pekasam.... perghhhhhh......