aku hazel si shutterbugs! smile....

Monday, November 29, 2010

It's been a while

 kenapa perlu berpaling? bear with it...


lama tak singgah kat blog sendiri. hampir 4 minggu aku tak update... terlalu banyak cerita, terlalu banyak drama dalam kisah hidup aku dalam tempoh 3 bulan ni. tiada daya, tiada aura, tiada kata kata. hanya mendung belegar di atas kepala. ke mana pelangi dan mana hilang matahari...? drama dan drama... wayang semata...

tiada benda yang senang kalau tak usaha sendiri. tiada kata yang terluah kalau sendiri simpan dalam hati. jadi mana satu cara harus aku pilih? rasanya kalau guna ungkapan tepuk dada tanya selera, atau tanya minda sekali pun... semua yang besarang dan berkampung dalam hati yang dalam ni mampu hilangkah? ibarat Tsunami yang membadai daratan lalu musnahkan segala? kan senang kalau gelombang itu boleh musnahkan segala masaalah... SIGH~....

apa yang aku nak sampaikan di sini.. semua orang ada problem, konflik dan sama waktu dengannya... hurmm.. bear with it? entah la... kalau dah tertulis begitu... hadap sajalah...

p/s: nothing...

Wednesday, November 10, 2010

tiada point

masih ada yang  pakai filem?


entri kali ni tiada point. gambar di atas pon tiada point. aku nak tulis pon tiada point. sambil memandang dan merenung sedalam mungkin ke arah skrin laptop... aku masih tiada upaya menyumbang apa-apa point untuk entri kali in... 

marilah beramai-ramai tengok skrin ....

SEKIAN , TERIMA KASIH.

p/s: ermmm.. apakah..?! di mana harus aku cari aura...? mungkin ada di 7E berhampiran...

Friday, October 22, 2010

berjaya tonton....


Dalam seminggu, aku cuma cuti sehari. Dan hari itu ialah hari Jumaat. Tapi siang-siang aku dah tercuti awal. Hari Khamis aku dah cuti.. MC sebenarnya.. Aku cirit-cirit, perut masuk angin, pedih ulu hati dan punya masalah lain. Pagi Khamis aku ke Poliklinik Mahkota yang dekat area Perumahan Awam. Sejak dulu lagi klinik tu kami satu family akan pergi kalau ada sakit itu ini.

erm.. ada ubat kaler hitam.... itu ubat untuk angin... ehehe...

Serius.. memang penat bila cirit-birit... ahaha...Muka aku dah macam tempe sebab penat ulang alik ke toilet... Perut lak terasa senak... Cedera parah...

Alhamdulillah, pagi tadi masa bangun.. Perut aku pon dah ok sikit... Cirit tu masih ada... ahaha.. cepat-cepat la baik ye perut...

Anyway, harinih aku keluar. Sepatutnya aku keluar dengan Lin... tapi tak jadi...ada kerja katanya. Aku teruskan juga niat aku nak berhujung minggu (walaupun tak hujung) . Aku memang dah niat dah pon nak tengok wayang. cuma tiada kepastian nak tengok cerita yang mana. So. sampai dekat Mall, ada beberapa option seperti cerita omputih, cerita hantu, cerita melayu dan cerita katun... Terasa macam nak nonton yang ada aksi-aksi dan adengan yang suspen katak. so RED menjadi pilihan. lakonan Bruce Willis, Morgan Freeman dan supporting act yang aku tak berapa nak kenal namanya..

Sila lah tonton ini cerita di pawagam berhampiran. Teruja gitu.

imej dari Yahoo

bukti menonton... aci tak?




habis tengok wayang aku pon strolling around Mall sambil cuci mata. Aaaaa... tak dak hala tuju. Pusing-pusing tempat yang sama. Endingnya aku ke Tesco. Pon dok merayau - rayau dalam riuh orang. lepas tu aku pon balik. sampai rumah dalam kul 6PM gituh...  Esok lak ada kijo... mmmm.. akan cuba untuk tido lebih awal.. ehehe...

p/s: minggu depan tengok wayang jum....!

Thursday, October 21, 2010

20.10.2010 part 2

entri lewat lagi sekali... aku ringkaskan..

harinih aku tag along bersama Encik Boss dan rakan taulannya dekat satu majlis akad nikah. habis majlis aku rush balik opis bersama Encik Boss dan terus amik Incha. sampai rumah aku tetiba rasa tak sedap badan. kepala pening. tetiba cirit (adakah efek dari pada makan bubur nasi petang tadi?) lepas tu sampai sekarang sakit-sakit badan pon ada... lenguh sana sini...

erk?... ahaha.. mudah-mudahan aku sihat.Amin~...

on lappy dan on9 facebook. bloghopping dari satu page ke satu page... kepada semua blogger tegar.. ahaha aku memang suka baca blog kamu.. lepas tu aku sempat singgah ke blog mak cik yang dekat Pullman tuh... riang betul buat posting.... punya la hectic hidup mak cik.. tapi makcik berjaya post 2 hingga 3 entri.. salute...

ukeh.. aku mahu tidur..

p/s: aku teringin nak pergi pejabat post... ehehe.. lama tak jejak..

Wednesday, October 20, 2010

20.10.2010 part 1



ketika entri ini di tulis aku pandang jam.."eh! dah jam 3AM?"...aku sampai rumah pada 2AM.aku mandi, rapikan diri mengambil masa lebih kurang 30 minit.aku log ke email dan facebook sambil update itu ini hampir 15 minit.. dan sekarang sedang menulis entri kosong buat kali ke berapa yang aku sendiri tak hitung. seperti biasa, aku rasa ramai dikalangan blogger tegar dah berkira-kira untuk update akan perihal cerita masing-masing pada tarikh yang aku rasa molek ini.

20.10.2010

perkara apa agaknya yang menarik akan berlaku dan berlangsung pada tarih cantik ini. untuk rekod , sehingga entri ini di tulis. aku masih lagi susah nak lelap. insomnia itu teman aku sekarang. ah!!! mahu tidur dan mahu sihat. aku perlu rehat...

p/s: apakah ?

Thursday, October 14, 2010

khamis lagi... episod 2

masih lagi di library. baru selesi baca THE COMPLETE 35mm SOURCE BOOK by Mitchell Beazley. ini buku tahun 1976 . buku 3 dekad yang lalu dan zaman filem... masa tu digital SLR mana wujud lagi... kagum la sebab dulu semua manual. macam susah ja untuk develop sekeping gambar. sekarang kau.. nah! semua digital baik camera mahupun dark room. 

zaman aku belajar pasal photography. aku tak terdedah pon pasal filem. masuk study semua digital. camera lak DSLR , Digital dark room lak pakai Adobe Photoshop. aaaa... semua dah mudah sekarang... nak buat manipulation pon pakai photoshop je. untuk rekod manipulation terhebat aku rasa jatuh kepada Kukubesi la... tipu la kalo mana-mana photographer kat Malaysia ni tak kenal Kukubesi Manipulasi...aaaaa.... aku jealous habis la... ahahha... untuk wedding Angkasawan Malaysia pon diorang yang manipulate ... memang vast la... ahahha...

masa aku dok selak2 naskah ni.. dia ada sub topic pasal Nude and Glamour photography...  OOOoohooy... woot..woot... klip pop klip pop mata aku.. ahaha... aku ambil ini sebagai ilmu...

dah tu.. siap bagi ayat-ayat pemula... seperti....
"The human body is a landscape of even texture and continually changing contours . The way in which its form are defined or contribute to the method of the photographs depends largely on the direction and quality of lighting..."

wow... (nada nakal......)

beralih pula kat buku tajuk CONCEPTUAL STILL LIFE PHOTOGRAPHY bila aku selak-selak setiap helaian. wow.. aku fikir kenapa lah aku tak kreatif macam diorang ni... kreatif itu bukan sesuatu yang boleh di ajar... creative is a gift.. kan? kalu tak kreatif pon. gambar orang lain boleh kasi inspirasi jugak kan?

lepas tu aku beralih kepada jilid yang lain... kebanyakan point yang sama saja .agak boring... maka dengan itu aku ke rak semula dan main ambil satu buku hard cover..  macam habat je nampak...serius cakap... THROUGH THE LENS buku terbaik dari ladang...ini yang National Geographic Greatest Photographs... memang vast..... 500 muka surat penuh gambar superb... marvelous... yummy... 

rasanya semua dah tahu kalo national Geographic punya gambar macam mana bukan? bagi aku setiap keping gambar yang terpampang di setiap helaian tu memang spontaneous dan macam ada satu feel... i like.... walaupun gambar tu blur. tapi ada maksud... obvious movement..
aku pon dah kesejukan duduk lama-lama kat sini... better make my move...nak p makan sat...

p/s: akan datang... agak-agak aku datang library lagi ke tidak?

khamis lagi... episod 1

ketika entri ini di tulis, aku macam tak percaya aku bersiaran di Public Library... macam mana? sila lah baca...


rutin aku bermula macam biasa. bangun pagi gosok gigi cuci muka... lalalalaal~ aku sampai opis pagi tadi awal 10 minit... di minit terakhir Encik Boss cakap arini dia outstation ke Penang.. aku boleh balik. tapi hari Sabtu kerja macam biasa. sebab ada job wedding yang aku kena follow. 

aduh.. mals pulak aku nak balik rumah. ini kalo balik rumah mesti aku tidoq tak pon tengok tv.. last-last aku terbongkang depan ruang tamu tu dan tv pulak yang tengok aku. jadi aku pon decide untuk ke CIMB BANK untuk buka account. niat nak buka account tu dah lama. cuma tak berkesempatan. 15 minit je pon. tapi masa tetap tak menyebelahi aku.. okay.. sampai je dekat area bank, aku dah melilau cari parking.. niat nak park depan pintu bank.. ahahaha.. sekali nampak Encik Guard tu pegang senapang pulak.. tembak aku naya.. ehehe adei.. endingnya aku park belakang bank... 

elok aku masuk je, aku pon menuju ke meja Puan Receptionist yang manis senyuman nya.. awww... 

Puan Receptionist : Ye adik, kenapa? boleh saya bantu?

aku: (dia panggil aku adik? muda lagi aku nih!!!) Ye, nak buka account la..

Puan Receptionist : umur berapa?

aku : ermmmmm (berat je nak jawab)

Encik Guard senapang besar punya : ini mesti umoq 23.. saya dah tau start adik jejak masuk lagi!!!

aku: uik? (bapak ah.. muka aku ni memang ada angka 23 agaknya?)

Puan Receptionist : minta IC yerrr...

aku hulurkan sambil buat muka senyum manis tak manis... ehehe...

Puan Receptionist : ambil IC ni dan number ni. sila duduk dan tunggu giliran ya...
aku : okay (nada riang)

sambil menuju ke tempat menunggu Encik Guard senapang besar punya follow aku. masa aku duduk dia cakap " cek tunggu sat na.... sat gi depa panggil."... aku senyum je lah...

tak lama lepas tu ada orang panggil nama aku.. aku pon menuju ke kaunter berhampiran.. ahahaha akhirnya segala urusan selesai.. yang aku kagum sikit tu. ececeh.. nak buka account sampai kena mengadap 2 kaunter dan dua officer .. haha aku cuma buka account simpanan je pon.. lepas tu untuk kick start account baru aku cumamasukkan RM30 kot.. kalo 30K lain la.. sebelum ni tak pulak aku kena cem tu bila nak buka account bank.. ahahah.. dah selesai.... alhamdulillah...

masa aku melangkah keluar dari CIMB bank. aku nampak Bank Islam kat seberang jalan..Okay.. aku tadak niat pon nak buka account kat situ ye rakan taulan,... aku dah ada account dia. cuma aku nak tukar bank card saja. kekadang bila aku nak draw mesin reject kad aku.. so.. aku pon menju la. masuk je dalm bank.. aku jumpa satu officer ni. dia bilang kondisi kad aku tu masih elok. tak perlu tukar baru. ish... memang la. tapi lagi proper kalo ada yang baru. kene reject. cem nak patahkan je kad tu depan officer tu.. tapi kang tak leh keluarkan duit lak aik... dengan hati yang parah aku pon menuju ke Ferrari

masa aku start enjin aku monolg.. man aku nak tuju. cuma satu tempa ja aku nampak.. dah lama tak jejak. dekat 7 tahun la jugak... akhirnya aku pon singgah le kat Public Library ni. lepas park kereta dan terpaksa berhadapan dengan dua Mak Guard akhirnya aku lepas masuk .. kes kena tahan tu sebab aku bawa masuk beg dalam library.. makcik-mak cik tu siap cek lagi apa benarkah dalam beg aku ni ada laptop. ada la mak cik ooo.. cap Compaq... skrin 14 inci lengkap dengan webcam dan built in Altec Lansing speakers dan built in intergrated Digital Media Reader, graphic card ATI Radeon serta kebolehan menerima signal WIFI... waka waka eh..eh...!

lepas tu aku pon menuju tingkat atas bahagian rujukan dewasa.. perhatian... RUJUKAN DEWASA ok...

ahahah... zaman aku kanak-kanak ribena dulu mana boleh naik ke tingkat atas. bahagian kanak-kanak floor bawah... dekat rujukan dewasa ni macam macam ada. kecuali rujukan yang telarang seperti dot..dot..dot.. tapi sebenarnya ada.. setelah aku Google sistem kat library... bacaan itu boleh didapat di rak 899.233... dah jumpa... AHAH! Rujukan Dewasa ini boleh dikatakan lengkap... ahahaha... dekat rak 700 pon hebat jugak. kalo amik buku yang fine art tu..gambar yang nude tu not a problemo... ada ja... hey.. jangan nak cuci mata okay... erghhh.. pandang sekali sudah... dan jangan pandan sekali mata tak berkelip... ahaha...

aku duduk di satu penjuru dekat dengan plug supaya senang nak charge lappy ... lepas tu aku ke rak 800.. situ banyak bacaan pasal photography... ada la dua 3 jenis aku ambil.. sekadar santapan mata untuk lunch... ahaha...

p/s: terasa macam budak skolah lak aik ...

InsyaAllah , in future i will.....

disebabkan tiada sebarang aura nak menulis blog. maka secara automatic nya aku berjalan-jalan melompat-lompat dari satu  page ke satu page semata-mata nak baca blog.. semua random. ada blog best , ada blog syok sendiri [ macam blog aku ni la, sendiri tulis sendiri baca.ahahaha] . tah macam mana aku tetiba tergerak nak buka satu site yang dah lama aku nak buka tapi tak buka-buka... jeng.jeng.. jeng.....



macam biasa la.. selalu ke sini je pon. berangan. ahaha...  aku dengan riangnya mulakan misi google NIKON. nak beli tak tercapai lagi. ahaha.. aku singgah dekat site ni ada la dalam 1 jam lebih.. biasalah .. nak beli tak mampu. jadi aku pon tatap la bakal-bakal gadget yang insyaallah dengan izin-Nya akan bersama dengan aku.. konon-konon kalo tatap gambar-gambar gadget baru ni dengan harapan semangat nak mengumpul duit tu ada la... (insyaAllah, skang ni pon dah buat kerja part time di malam hari... mudah-mudahan ada saving lebih untuk kamu ye sayang...) oh ! sayang kamu nampak sungguh bergaya di samping ku... geli bukan dengar statement ini. AHAH!

D7000  i nak mimpi u lah tiap kali i tidur.. aww!



 omaigod... lagi anggun kachak bergaya jika dipadankan bersama SB-700.... ain't it cool?


Ya!... kot mana pun itu semua hanya angan aku di hari mendatang. insyallah kalau ada duit lebih. ada lah.... kalau tak de.. sepi je lah.. kan? kan je lah.

pasal wish list ni kene hati-hati... tak pasal-pasal D60 aku merajuk lamakan SD card.. ahahaha...

 
mana mungkin aku lupakan D60.
jatuh tergolek dog bersama,
berpanas berhujan berembun bersama, 
ke hulu dan ke hilir bersama. 
mana mungkin aku bisa lupakan kamu my dear 60Black... 


ayat nak rhyme je. anyway aku sangat bersyukur la dengan apa yang aku ada sekarang. dearly D60. walupun pixel cuma 10.2. gambar kekadang noise sebab tak cukup support . tapi aku boleh ja buat wedding...alhamdulillah... i survive...


p/s: dulu aku dambakan D90.. ok... soon or later kita tengok je lah macam mana.. ;)

Tuesday, October 12, 2010

once upon a time...

i was like sitting and watching TV . suddenly i just sang a song.

" i am sailing....~ i am sailing ...."  eh?! i try to refresh and recall an so on... i keep asking... " ishq... siapakah yang nyanyi.?". and i just can help my self. so i start Google until i found it... AHAH! enjoy the video...!!




p/s: ini zaman mak ayah kita ne... ayokkk...

Monday, October 11, 2010

pagi ini aku...

selamat pagi semua... ohaiyooo....

aku hari ni macam bakar line sikit.. ahahaha... dah siap-siap nak pergi kerja. aku boleh terlajak waktu... tengok jam , ish dah lewat nih. start enjin, sekali kau minyak dah E... ahaha.. singah Petronas . kat situ saja dah terbuang 7 minit. trafik lagi... nak sampai opis pon terpaksa bertempur dengan traffic light dulu. separuh jalan lagi nak sampai opis perut lak aik bikin onar. " hazel, jum lah makan.. kat restoren tu capati kuah sardine dia sedap.. capati pon lembut".. aku termakan kata my heart murmuring... gagagaga... pullover dan singgah makan satu round.. eceh.. tak cukup.. aku oder nasi himpit kuah kacang... makan dalam suasana yang harmoni.. wah gitu... jam dah kul berapa?. tapi tak reti nak beransur pergi... aku sedut milo ais yang best toing...toing...

masih relax dan memerhati keadaan dan keriuh orang yang singgah memenuhkan tangki masing-masing... lepas beberapa minit. di saat sedutan milo ais yang terakhir... aku pon tergerak.. eh dah lewat betul ni... ahahaha jum lah... pergi ke kaunter. settle semua. ready to hit the road babeh... ahaha...elok sampai opis... aku boleh senyum je lah. punch card pon dah tanda merah.. on PC dengan muka tak bersalah.. ahahaha..

ketika entri ini di tulis..aku lak macam nak hangin je.. selsema aku ni bila nak baik.. 

p/s: meh sini aku nak share flu dengan hampa semua...