aku hazel si shutterbugs! smile....

Wednesday, June 30, 2010

entri kosong

pada mulanya aku tadak niat pon nak buat sebarang posting untuk blog ne. tapi aku click juga pada "new post" dengan harapan aku terus dapat aura nak mengetik keyboard dengan jayanya.... lepas tu pulak hampir 5 minit gitu aku pikir, tajuk entri apa yang sesuai sekali untuk update kali ini.... di sebabkan tiada agenda yang lazim aku nak utarakan aku pown pilih tajuk "entri kosong " sebagai permulaan hikayat yang bakal aku karang...


baiklah, apa yang aku nak tulis ne aku tak rancang. kalo jari aku mampu berkata-kata dengan lancar sambil mengetik keyboard ni.. itu lah ceritanya... ini spontan, bukan main-main... nak karut pon time gini la.... tengah mamai-mamai ni boleh lagi aku tulis blog.... ekseli aku masuk tidur pada jam sepuluh. aku terjaga jam 1 pagi. sebab dahaga... selalu aku minum air kosong je.. tadi boleh pulak aku bancuh air sirap yang super merah marvelous tu pepagi buta ni. layan jugak seh.. bangun-bangun terus minum sirap.. buang tebiat ke apa... lepas minum aku masuk semula ke bilik.. di pembaringan aku pusing kiri... kejap-kejap aku pusing kanan.. ah! sudah... tak bley nak tidow lak neh...

log in ke fesbuk jap.. nak melawat ladang ... apa lah jadi kat vavi aku sekor tu... dah boleh tuai ke belom..? haiwan ternak yang lain pon dah boleh tuai dah hasilnya...? sebabb tu aku melawat ladang jap... setakat ni haiwan ternak aku banyak la jugak. ade 3 hekor lembu, 3 hekor kuda, 3 hekor bebiri, sekor vavi pink, 1 hekor ayam , 1 hekor itik dan 1 hekor burung camar. haiwan ternak ni semua ada yang aku dapat gift dan ade jugak yang tersesat kat ladang aku... untuk menunjuk kan bertapa perihatinya hati ni aku pon adopt je.. hahahha.....

lepas bersih dan tuai ape yang patut kat ladang... aku pon cek kat friend request... ramai lak yang add aku ye... lepas buat sesi penapisan aku pon approve je.. rata-rata yang add aku tu suma budak IKBN... setela itu, sejurus kemudian aku beralih pulak membaca notification... tengok update komen-komen dari wall post atau status mahupun komen dekat album....

pepagi ni aku tengok ramai jugak la yang on9.. mungkin sambil-sambil tengok world cup sambil layan fesbuk..... kepas tu aku log pulak masuk ke blogspot.. nak hapdate  katakan... lepas tu boleh pulak tenung skrin lappy ne dalam-dalam sebab nak letak titel punya pasal. sambil-sambil tu aku buat blogwalking.. nak cari aura menulis.. blog pertama aku lawat milik ahkak geli..INI BUKAN LUCAH! INI KENYATAAN!
agak terbahak jugak la baca posting dari beliau.. siap guling-guling gitu.....

tak lama lepas tu melawat blog Anna Joe....minit habis aku denga tulisan beliau dan art work nya.. tengah giat dok baca dan scrolling jumpa lak gambar baby boi Anna.. Luqman Wazif.. tomey....

lepas tu beralih ke blog boneka .. giler kental mamat ni buat posting sebulan lebih dari 40 posting.. apa ko giler menulis ke? apsal aku tade aura menulis cem ko daus? kenapa? why? porqu'e? tim kai ? doste ne~ ?

entri-entri dari boneka amatlah kelakar, bersifat miang dan beberapa faktor utama lain yang menjadi attraction yang berjaya memerangkap aku untuk terus membaca dan scrolling sampai habis... owh.. sila tunggu entri khas untuk boneka tak sakit dari aku ye.... masih mengumpul bahan.. miahahaha....

kemudian kembali ke dashboard dan aku terus melawat blog milik Orked , ekseli Orked ni baby girl to Saiful Nang ...  ini blog yang comel... walau pun orked ni kecik lagi.. yang dok update mummy n daddy nyer.. haha..  congrats to this parents sebab dapat another new born baby girl Seri....



akukembali ke fesbuk untuk melihat status update dari jiran-jiran fesbuk... lepas tu aku pon cem dah dapat aura nak tulis blog ne... denga riang gumbiranya jari jemari ni pon ligat mengetik keyboard..... giler dasat jugak aku ketik ye.... laju pon laju.... rasanya tak kene saman speed trap ketika berblogging.. miahhahah...

owh .... ade isi jugak entri aku kali ni.. aku ingat aku dah merapu kerapu dah tadi.... hahaha.... tadi sempat jugak aku log masuk ke myspace.. sunyi yerr... mungkin penghuni sana sudah berhijrah ke muka buku kot.. bape kerat sangat lah orang yang on9 kat myspace tu....

sebut pasal myspace ne... aku ingat lagi...aku selalu berfikir dan bermonolog yang kadar hot seseorang individu tu bergantung pada terma berapa banyak orang kawan kah di page aku.... setengah tu aku tengok profile nya ada kawan lebih dari 10 ribu... tapi yang keep in sentuh bape kerat je... itu pun yang kat top fwen.. lagi giler bajet hot dan kewl bila sekeping gambar tu ade ratusan  komen... gambar lak suma gambar myspace le.. yang posisi kameranya di angkat 30 hingga 60 darjah dari pandangan atas. ini berkesan kepada awek-awek kacis sebab dier kasi satu impak dan ilusi  kepada pemilk body supaya kelihatan punya mata  yang besar dan  nampak kiut gitu.lepas tu fulframe dan tight giler tang muka, time posing mulut mesti nak muncung sikit dan pipi kembung sikit supaya bagi hentaman daya impak yang tinggi ko nampak kiut habis. owh pehlis....


rata-rata pemilik myspace yang berhijrah ke fesbuk masih menggunakan gambar-gambar di myspace.. pendapat aku sungguh tidak IN TO IT...tak ngam dan tak masuk langsung... pendapat aku gambar-gambar yang dekat fesbuk rata-ratanya bersifat santai dan formal.... ala-ala gambar pasport gitu.... tak overdose sangat.. hahaha..... tapi terpulang pada individu la.... macam aku.. aku letak gambar yang tidak menujukkan wajah-wajah seperti di myspace......

owh aku rasa cukuplah sampai di sini sahaja.. kerana... mata aku pon kian sempit.. aura nak tidur tu dah kembali.... yosh!!!

p/s: next time kalo terjaga sebab dahaga nak buat air oren bancuh la pulak.. hehehe....

No comments: