aku hazel si shutterbugs! smile....

Wednesday, June 16, 2010

Random Awesome



Muqadimah yang pertama untuk menyerikan kembali blog yang lama terbengkalai tanpa sebarang pembinaan kata-kata yang konkrit lagi terkini dengan sebarang penulisan ini akan kembali beroperasi dengan phrase “ WELCOME BACK CIK HAZEL”……

Anyway,…. Kemananya aku menghilang tanpa berita dan tanpa penulisan blog yang lazimnya aku update seminggu 2 hingga 3 kali ni???? Jawapannya ialah… jeng…jeng…jeng…..

Bukannya aku tiada masa untuk update blog, dan bukan juga kerana tiada port untuk aku berWIFI bagai, dan bukan kerana aku sudah lupa bertapa syok nya menulis blog walaupun aku pasti tiada siapa akan bekunjung melainkan Boneka atau Kapten sendiri yang buat blogwalking…. Jawapanya ialah…..

Aku sendiri kurang pasti, tiap kali aku log masuk ke account blogspot, dan tiap kali aku hendak menaip entri-entri kosong, jari aku tidak mampu berkata, hati aku tidak mampu menulis dan fikiran aku tidak mampu menafsir apa yang bermain di fikiran , puas segala neuron dan saraf-saraf motor mengerjakan maklumat yang terlintas, cerebrum dan cerebellum saling berkerjasama tetapi gagal sehinggakan aku menjadi blur, blank dan nyah aku dari skrin laptop……

Sepemergiannya aku dari portal blogspot ini, banyak perkara terjadi …. Semuanya secara random, dan semuanya tanpa aku rancang….. bak kata Selena Gomez dalam lagu beliau… “Its come naturally “……
Sepanjang aku menyepikan diri, aku cuba cari ruang untuk aku, tapi di mana ruang untuk aku? TIADA… masih dalam  pencarian….. aku nak cerita di sini, aku rasa malu jugak… ibarat … erm… ibarat… Ah! Nampaknya tiada peribahasa atau pepatah yang sesuai untuk aku lampirkan bersama blog ini, kelak aku harus berguru dengan Karam Singh Walia….  “ Terbakar kampong Nampak asap, Terbakar hati siapa yang tahu …”… potongan ayat apakah ini? Hahaha…

Secara harfiahnya aku Nampak ok-ok sahaja… dalam konteks ini… family aku lebih tahu…. Tidaklah pulak aku berniat sedemikian rupa…. Aku rasa aku adalah individu yang lain wataknya  bila bersama kenalan yang aku kira sebagai klik, sahabat, rakan atau bos partime sekalipun… walhal berbeza pula sifat aku dengan family aku yang sudah pasti family aku sudah masak benar dengan tingkah aku… jika sedemikian rupa sifat aku bersama mereka yang sudah pasti tiada genetic atau pertalian darah dengan  aku….. secara yakin dan pastinya…ya! Aku yakin , sudah pasti aku di rejek mentah-mentah… perihal ini akan aku update di entri akan datang… bila aku dah bersedia akan aku ceritakan semuanya….

Bulan June pun tiba, aku kira ini lembaran baru untuk aku mulakan hidup,…. Kedengaran penulisan aku dari mula entri sehingga di pertengah entri ini seperti korang-korang suma macam sukar nak faham apa yang bakal aku sampaikan…  faham atau tidak bergantung kepada diri sendiri.. yang pasti … ketika jari aku sedang asyik mengetik keybord laptop ini… memaang bahasa yang begini terpacul di skrin… bunga-bunga bahasa apa yang aku cuba pakai ni… aku pun tiada pasti…

Oh! Kembali kepada perihal sepanjang menyepi dari blog ini,….. one thing for sure, I just keep myself busy with workload  yang datangnya dari bakal-bakal pengantin baru.. dalam ertikata lain… aku sibuk menjalankan tugas sebagai wedding photographer yang  tahap ketauliahannya hanya separuh atau kurang dari itu…  bila aku cakap aku ada job wedding dengan pantas sepantas kilat atau lebih  pantas dari kelajuan cahaya sendiri, ramai yang berkata… “ wah! Mahsyuk la hazel bulan ne….”… secara harfiahnya… aku tak kaya-kaya jugak…. Miahahaha…. Tunggu le cik gayah… nanti I jadi orang kaya baru… hohoho…..

perihal wedding bakal aku update di photoblog aku...

Banyak lagi perlu aku belajar… dari segi komposisi, angle dan cara guna speed light atau flash gun… hahaha….. marilah ,menambah ilmu.. banyak Tanya komfem tak sesat, tapi bila terlebih Tanya…kekekek.. tah le..
Owh… aku tidak mampu lagi untuk menyekat jari jemari aku dari mengetik papan kekunci ini….riang sungguh jejari montok ini menari-nari menekan petak-petak huruf….

Aku rasa sepanjang aku tidak post sebarang entri, giler vavi jugak random awesome things happen to me… antaranya aku tetiba suka sangat memasak, antara aku dah masak ialah baked macaroni , roti bakar, kari ayam dan beberapa lagi hidangan yang aku pikir marvelous yet happy my tummy…… bab-bab perihal makan ni aku akan update dekat entri yang khusus pasal makan sahaja….. ( wah gitu! )

Malah aku juga tahu macam mana nak guna mesin jahit mak aku…. Kegunaan mesin jahit itu seperti alter kaki seluar jeans yang baru aku beli dan modified seluar lama menjad Bermuda atau short pants… ho…hahaha!!!!!

Malah sepanjang aku tidak post entri-entri kosong…. Aku telah Berjaya membaca dan menelaah rujukan mengenai fotografi… hasil-hasil gambar yang aku snap, shoot and run dan segala-galanya…., kalian semua boleh rujuk di photoblog aku atau di laman social lazim penduduk dunia iaitu muka buku…

Hurm…. Lagi satu….. aku rasa dah sebulan atau lebih arwah Bro Sham tinggalkan kita…. Semalam masa aku log muka buku, aku dapat notis untuk reconnect balik dengan page arwah.. alah.. kat bahagian suggestion kan selalu ada notis-notis macam tu…. Terasa lagi la pasal arwah… tiap kali aku on road atau drive, aku selalu teringat arwah… saat dia berdepan denagn kecelakaan… ini takdir.. sudah tiba masa untuk dia…. Dan dalam ingatan aku .. entri terakhir yang arwah post pon berkisar pasal ajal… petandakah ini…. Waallahhu…..jalan hidup masing-masing sudah jelas tertulis bukan?......
Doakan yang terbaik untu bro sham….

Hurm.. korang tahu tak , semenjak aku bergelar penganggur terhormat dan kekadang ade job wedding, jisim badan aku ne turun naik macam roller coster…… kejap 200kg kejap 100kg (bukan berat sebenar!!!)aku rasa aku mampu slim kalo kerja .. kalo tak kerja.. komfem.. makan dan tidur adalah rutin.. hahahha….

Lagu kegemaran yang kerap gila aku putarkan tanpa jemu ialah nyanyian YUNALIS ZARAI… macam jatuh hati dekat  lentok suara dia masa menyanyikan lagu Decorate…. Wah gitu…….Tak jemu ok…. Erm.. aku rasa perkara ini akan berlanjutan sehingga aku berjumpa dengan lagu baru…

Aku rasa cukup la dulu entri kali ni… soon aku update lagi dan lagi…. Wait tau… hahah

p/s: musim cuti ni... banyak betol orang kawen... hari2 aku sembang pasal kawen ngan member aku... hahhaha








3 comments:

Boneka Tak Sakit said...

lol ko yakin sungguh aku singgah baca blog ko eh!

kebenaran yer aku singgah baca juga! sebb ko jrang update kan!

berat mcm roller coster! hai.. mcm ada perasaan megerti sikit :))

hazel ruslan said...

hahaha... aku tahu , ko antara jejaka idaman awek2 malaya yang sanggup serta sudi singgah di blog aku...

PENDETA MALAM said...

i nie bukan jejaka idaman u ker zel...wakakak..asyik bon jer jejaka idaman...aku pun nak gak...!!!1