aku hazel si shutterbugs! smile....

Saturday, January 29, 2011

ringkasan

5 minit aku ambil masa untuk fikirkan tajuk.

10 minit aku tenung skrin PC....

30 saat aku decide nak posting blank page...

apa kena dengan aku ni? dalam ingatan aku pada tahun lalu. walaupun aku tak seaktif dan tegar terhadap penulisan blog... aku tetap buat posting selang sehari dua... tapi sekarang bila aku log masuk ke blog sendiri. aku terasa berat teramat sangat untuk aku mengetik setiap petak huruf di papan kekunci.apa jadi pada aku ni,... sudah miskin dengan cerita, sudah miskin dengan kata, sudah miskin idea segala.

aku tak mintak mahupun bercita-cita menjadi seorang blogger tegar. aku cuma mahu menulis. menulis untuk ekspresi diri, menulis untuk luahkan segala, menulis untuk berkongsi semua. tapi tahun ni semacam tsunami kemalasan membadai aku. maka terdamparlah aku di pantai sepi cerita dan kata.

dan satu lagi, aku cemburu pada kamu yang punya sesuatu yang tak aku miliki, yang tak aku  mampu beli, yang tidak akan pernah aku perolehi... arghhh... cemburu itu memang membunuh. jadi pada sesiapa yang punya X-Factor yang aku tak nyatakan itu..gunakan sebaik mungkin... 

andai X-Factor itu dijual di 7E sekalipun, sanggup aku laburkan duit semata untuk itu... 

aku merapu apa ni... ?  tetiba aku sedar kembali.... kisahnya ialah,orang kalau tak cukup tidur, segala rasional emosi mamang flat habis. apa yang di cakapt tak seiring dengan perbuatan.kalah orang yang mambuk high... 

sampai di sini


p/s: seriously.... GO  GET SOME SLEEP...

No comments: