aku hazel si shutterbugs! smile....

Thursday, March 11, 2010

mari bercerita

aku tengah free... jadi aku nak update blog!


malam tadi sebelum aku melabuhkan kepala ke bantal, aku memang dah rancang nak update blog bile sampai opis ... bile aku dah labuhkan kepala aku kat bantal aku mula berfikir.... dan berfikir ..... dan terus berfikir..... dan terus menilai apa yang dah pun terjadi dekat aku tahun ne....

ok! benda first yang terlintas di kotak fikiran aku masa aku berbaring memandang langit yang dipenuhi bintang adalah pasal diri aku sudah semestinya. aku mula menyoal, bertapa aku tidak mempedulikan pasal diri aku, bertapa lama aku tidak pampered diri aku seperti tahun sebelum-sebelum nya....
apa maksud aku dengan pampered? maksud aku disini ialah bila kali terakhir aku manjakan diri aku dengan memberi kejutan pada diri sendiri, rewards my self dengan apa-apa sahaja. termasuklah terapi aku iaitu membelibelah komik dengan riang.... aku rasa sudah 2 bulan aku tak beli sebarang komik.. okay!!!! magazine utopia tu tolak le... mana sama naskah-naskah majalah  dengan sejilid komik!!!

aku terus berfikir dan mengingati... owh bertapa aku tidak menjaga diri aku, maksud aku body aku... start aku prektikel aku redah segala jenis cuaca tanpa mengambil kira kondisi kulit aku yang kian kusam dan kering.  kalo dulu aku rajin lumurkan lotion pada angota kaki dan tangan, scrub kulit muka seminggu sekali. tapi semenjak aku pektikel, aku macam tak buat sangat benda tu semua.. leceh adalah perkataan yang sesuai.


masih lagi merenung dan berfikir,.....

berat badan aku dah naik... mungkin sebab masa makan aku tak tetap. dan pantang jumpa apa saja depan mata, semua aku bedal.. hiahahaha.....

bila sebut pasal makan, baru aku sedar satu perkara.... sambil bermonolog , "Bila kali terakhir aku makan burger?" ... ok, burger kat KFC mahupun McD tu tolak tepi.... maksud aku burger yang selalu kita beli dekat stall tu.... burger yang Abang Burger buat lain benar rasanya compared to McD ngan KFC mahupun BurgerKing...

aku patut beli la... lama tak makan... rasanya untuk rekod, tahun ne aku tak makan burger lagi.....

otak aku masih ligat berfikir ... overall pasal diri aku...... baru aku sedar.. dah 3 bulan aku tak beli kasut baru kat diri aku... wuuuuuu T-T.......

bukan setakat kasut, baju baru pon aku tade beli.....

ok la.. dari segi kewangan aku agak sempit sket.. jadi sangat susah untuk aku hujankan segala kemewahan dekat diri aku.....

tetiba aku teringatkan sesuatu, bila last aku tengok wayang? hahahah seingat aku tahun lepas... dah lupa citer nya.....

bila last aku main bowling? awal tahun harituh.......
bila last aku gunting rambut ? 
bila?
bila?
bila?

banyak betul yang aku pikir ... bila dan bila...akhirnya aku tertidur.....

malam tu aku mimpi, aku bediri dekat sebuah reservoir yang ditinggalkan.... sekeliling aku air.... lumut, rama-rama..... aku berjalan meniti tembok empangan itu.. dipertengahan aku terasa gegaran...  air di tasik macam mengelegak..... kenapa?

tembok empangan mulai roboh.. aku lemas... terkapai-kapai aku.... aku tak bernafas.. lemah dan longlai terbenam di dasar........

di dasar tasik aku dah tak berdaya.. aku memohon sedikit kekuatan untuk aku sampai ke permukaan..

bagaikan merasa electric shock.... (disulami lagu gadis elektrik jayzuan...) badan aku bergerak bertenaga.....

OKAY! aku tersedar, sepantas kilat aku berenang ke permukaan. tiba dipermukaan aku membuka mata... aku terlihat kipas syiling ligat berputar mengikut kelajuan yang ditetapkan.... 

lantas aku bangun dari katil dan terus ke toilet.... syhhhhhhh... sheee..sheeee....... 

mimpi tadi petanda!

 hahahahaha.....


p/s: kemudian sambung tido balik dan mimpi yang indah2





1 comment:

All about Me, inCHa…. said...

tu la.. kompius gak.. ang mana reti brenang dik..