aku hazel si shutterbugs! smile....

Thursday, March 18, 2010

perihal Mat Jek

Seperti biasa, Mat Jek mulakan rutin harian nya dengan bangun pagi, mandi, solat subuh, dan mungkin bersarapan dirumah hanya jika dia rajin menyediakan makanan. Setelah bersiap-siap dan mengemaskan diri, Mat Jek dah sedia untuk memandu ke kantor. Didalam kereta lagu-lagu dendangan dari Adele Adkins, Corrine Bailey dan beberapa nama-nama penyanyi yang tidak berapa dikenali umat lain setia berkumandangan untuk menjadi santapan halwa telinga lelaki itu. 
Mat Jek masih lagi memandu, perjalanan dari rumah untuk ke kantor mengambil masa kurang dari 30 minit. Sebaik sahaja sampai ke destinasi yang dituju, mata mata Mat Jek hanya tertumpu pada petak parkir yang betul-betul berhadapan dengan bangunan beliau bekerja. Sudah 5 tahun petak parkir itu menempatkan kereta Volkswagen hijau milik beliau. Walaupun kereta itu hanyalah second hand, tetapi tetap berjasa melindungi Mat Jek dari berpanas dan kuyup dek hujan. Malah Mat Jek bangga gila sebab ada kenderaan hasil titik peluh beliau.
Sudah menjadi kelaziman bagi Mat Jek sebagai pekerja paling awal tiba di kantor, dan pulang ke rumah melebih dari waktu pejabat adalah kebiasaan bagi Mat Jek. Mat Jek seorang yang rajin bekerja. Macam orang putih cakap tu.. workaholic. Ketagih betul Mat Jek dengan kerja dia.

Hidup Mat Jek sempoi gila, santai gila dan tak jaga tepi seluar orang. Kalau lapar dia melangkah ke kafe yang berhampiran dengan bangunan kantornya. Selalunya Mat Jek suka ambil heavy breakfast , sebab waktu lunch tak perlu makan dah. Mungkin save sikit duit tu. 

Mat Jek hanyalah seorang lelaki Melayu yang tipikal. Berkulit sawo matang, berambut kemas dan membela janggut. pendek kata Mat Jek tersangat lah simple..... Mat Jek takde awek lagi. Masih mencari, bile dah suka  awek tu pulak tanak kat dier. Mat  Jek tak kisah. Dia mantain cool. Mat Jek seorang yang sangat rasional dari segi emosi. Tapi jauh di sudut hati Mat Jek perlukan isteri. Usia makin melonjak angka dari hari ke hari. Bonda di kampong asyik bertanyakan bilakah Mat Jek mahu beristeri ?Ingin sekali bondanya menimang cucu sebelum pergi menghadap ilahi. Alahai Mat Jek...... Sabarlah menanti...

Bagi lelaki seperti Mat Jek, dia tidak kisah. Tapi perlu juga kisah. " Bilalah aku nak bertemu jodoh?"
monolog Mat Jek.

.....bersambung ( kalo aku rajin!!! hehehe...)

No comments: