aku hazel si shutterbugs! smile....

Friday, October 22, 2010

berjaya tonton....


Dalam seminggu, aku cuma cuti sehari. Dan hari itu ialah hari Jumaat. Tapi siang-siang aku dah tercuti awal. Hari Khamis aku dah cuti.. MC sebenarnya.. Aku cirit-cirit, perut masuk angin, pedih ulu hati dan punya masalah lain. Pagi Khamis aku ke Poliklinik Mahkota yang dekat area Perumahan Awam. Sejak dulu lagi klinik tu kami satu family akan pergi kalau ada sakit itu ini.

erm.. ada ubat kaler hitam.... itu ubat untuk angin... ehehe...

Serius.. memang penat bila cirit-birit... ahaha...Muka aku dah macam tempe sebab penat ulang alik ke toilet... Perut lak terasa senak... Cedera parah...

Alhamdulillah, pagi tadi masa bangun.. Perut aku pon dah ok sikit... Cirit tu masih ada... ahaha.. cepat-cepat la baik ye perut...

Anyway, harinih aku keluar. Sepatutnya aku keluar dengan Lin... tapi tak jadi...ada kerja katanya. Aku teruskan juga niat aku nak berhujung minggu (walaupun tak hujung) . Aku memang dah niat dah pon nak tengok wayang. cuma tiada kepastian nak tengok cerita yang mana. So. sampai dekat Mall, ada beberapa option seperti cerita omputih, cerita hantu, cerita melayu dan cerita katun... Terasa macam nak nonton yang ada aksi-aksi dan adengan yang suspen katak. so RED menjadi pilihan. lakonan Bruce Willis, Morgan Freeman dan supporting act yang aku tak berapa nak kenal namanya..

Sila lah tonton ini cerita di pawagam berhampiran. Teruja gitu.

imej dari Yahoo

bukti menonton... aci tak?




habis tengok wayang aku pon strolling around Mall sambil cuci mata. Aaaaa... tak dak hala tuju. Pusing-pusing tempat yang sama. Endingnya aku ke Tesco. Pon dok merayau - rayau dalam riuh orang. lepas tu aku pon balik. sampai rumah dalam kul 6PM gituh...  Esok lak ada kijo... mmmm.. akan cuba untuk tido lebih awal.. ehehe...

p/s: minggu depan tengok wayang jum....!

No comments: