sekadar gambar hiasan... tah duit sapa la dibiar bersepah begini...
bila tiap kali aku nak update blog mesti aku ada satu problemo... ni nak emo nih... Title atau Tajuk. kalo dulu bukan main aku letak. pandai lak , skang ne bila nak tulis tajuk ja mesti potong terus aura nak menulis. alahai aku nih.. entri kali ni aku ingat nak tulis something yang besifat santai atau lebih kepada perihal rutin harian aku dan perkara remeh yang lain. tapi tergerak pula aku nak utarakan pasal DUIT. rasanya kalo baca pada tajuk pon, korang mesti nak tahu kan? kenapa lah aku cakap duit sangat menakutkan...! serius weh! aku sangat-sangat berpendapat duit tu sangat menakutkan. berhantu tau duit-duit yang ada kat dunia ni! tak tahulah aku, pendapat korang macam mana pulak kan?!!
pengakuan jujur aku untuk entri kali ni.
baiklah! untuk minggu ini, sejujur-jujurnya aku nak katakan yang aku ni sangat sengkek, pokai, poket nipis, duit tak ramai dan meriah seperti dulu. cukup-cukup je nak survive sampai aku dapat gaji (gaji ke? gaji la sangat!). aku bukan nak merungut. tapi ada kalanya ini cuma keluhan-kesah aku yang jarang sekali orang nak dengar. masing-masing ada masalah bukan? samalah cem aku ni!
untuk rekod pada minggu ni, aku lunch dalam kereta. makan pon kena catu sikit sebab betul2 nak save. ahahaha... kenalah save. apa kau ingat Ferrari aku tu nak bergerak pakai daun kering ke?pakai duit tahu! nak kene isi minyak. nak kena bayar.. guna apa? guna duit... i just wish i can grow money in my back yard...LOL...disebabkan betul2 punya save, lunch aku rata-rata dibawah RM3 . keluar opis, singgah bakery, beli roti dan air.makan dalam kerete masa on the way nak balik opis. nasib baik kenyang... ahahah.. SIGH... (=.=;)/
kalo tengok dari segi luaran mesti bajet aku ni berduit agaknya? kaya agaknya. hebat dan bergaya menaiki Ferrari ke opis. but reality.... its bites!!! setuju je lah!!! tak rugi pon... aku tak faham la orang yang kaki enjoy , sikit-sikit nak main bowling, nak tengok wayang,yang nak shopping sana sini & bajet bagus in every ways when it come to money! baiklah! aku faham. mereka ini jenis mampu. tapi perlukah nak show off? perlu? aku tak tujukan pada siapa-siapa. cuma berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sepanjang aku belajar dalam mencari apa itu kehidupan. mereka yang berada dalam lingkungan golongan ini tak terkecuali dari singgah dan berlabuh pergi dalam hidup aku. kadangkala aku rasa sangat jengkel dengan mereka-mereka ini. aku bukan nak prejudis. tolong jangan politikkan apa yang aku katakan. ini sekadar luahan dan pendapat aku pada golongan ini.
walaupun aku tak dibesarkan dalam kemewahan. mak dan ayah iktihar untuk kami adik beradik (bunyi macam ramai padahal berdua je aku dan kakak!!) mak ayah ajar kami adik beradik akan nilai ringgit kupang itu. bukan mudah untuk mendapatkan! percayalah...!!! tak tahu la pulak kalo antara korang yang membaca ni berpendapat , "Senang je nak buat duit ni!!".... yeah... perhaps... but don't you think it easy come, easy goes?...
aku ingat lagi sewaktu aku belajar di Poli lebih kurang 4 tahun yang lalu. seperti pelajar lain sudah pasti duit tabung belajar atau pinjaman PTPTN atau KPTM sekalipun menjadi jackpot untuk enjoy! tipu lah kalo tade feel cengini!!! aci potong rambut lah wei... duit loan yang ko dapat tadi sepatutnya untuk belajar dah dilaburkan untuk enjoy... pulangannya komfem tidak di jamin. ahahaha...
waktu aku di Poli dulu aku mengaku sedikit teruja dan terikut perangai kawan-kawan kaki enjoy. bukan culture shock. tapi teruja sebab dapat berkawan. (aku tak ramai kawan sebelum ni). lepas tu aku cem terikut tabiat diorang yang kaki bowling, kaki wayang , kaki karaoke. lepas satu ketika aku sedar, perbuatan aku tu akan makan diri aku sendiri. kesimpulannya lepas habis duit loan ,aku akan meminta-minta pada mereka yang jauh di sana. iktihar sehabis mungkin sebab risaukan anak yang sorang jauh nun tak kelihatan. hanya terdengar suara di hujung talian. cukup makan kah anak di sana? sakit deman nanti mampukah nak membayar bill dan sebagainya? itu iktihar kedua mereka demi aku. sewaktu hijrah aku pada semester ke-2. otak yang keanakan ini meningkat dewasa sedikt dari biasa. aku fikir habis-habisan akan tuba yang aku berikan pada mak ayah. aaaaaa..... SIGH! T.T)/
duit loan pada penggal baru aku guna betul-betul pada tujuan yang betul. tak cukup duit aku buat kerja part time dengan food court dekat bawah flat aku tinggal. semenjak aku kerja part time, jarang jugak aku meminta-minta. tika itu aku tahu akan nilai duit. tambah pulak, saat aku memerah keringat cem perah baju, member aku yang seangkatan boleh lak have fun. dan yang paling best waktu aku kerja part time masa belajar. aku mampu hantar assignment , mampu study dan submit lab report on time pada lecturer aku. mereka yang tak keja part time tu siap minta discount untuk di beri tempoh lanjutan. masa tu aku rasa puas dan lega. I CAN MANAGE!!! finally ...
dan sekarang! semua itu mengajar aku... duit banyak sangat menakutkan, sikit sangat pon menakutkan. bersederhana la seadanya dalam segala macam perkara... insyaAllah... dan pada ketika ini di saat aku memerlukan dan gaji pon tak berpa nak muncul di hadapan mata. nilai sekecil RM1 pon aku hargai. ahahaha... smapai tahap macam tu sekali ka? member aku yang masa belajar dok bajet, aku jadi wedding photographer ni mesti masyuk punya! wak lu... "masyuk habis"... meh sini meh... ! i just wish that you guys really , really and really in my shoes!!! macam-macam konflik...percayalah. aku harap aku kuat dalam menempuh hari-hari yang mendatang ni. macam-macam tak diduga boleh jadi.
aku ingat lagi , dulu masa aku habis Poli , aku keja dengan ayah. pertengahan aku kerja denga dia, aku disapa oleh kawan lama masa belajar di skolah teknik dulu. dia ajak aku join macam satu sistem MLM. katanya cepat buat duit. ye benar sekali! tapi bila sesuatu yang melibatkan multilevel ni. memerlukan modal.. katanya modal sikit je.. tapi aku ada satu lagi problem... komunikasi. aku kan pemalu orangnya... mana mungkin aku mampu bercakap pop...pop...pop.. macam bertih jagung masak.... kemahiran komunikasi juga perlu dalam meyakinkan orang join MLM ni.. kalo tak , tak de makna nya aku tertarik dengan ajakan member aku tuh...
tahun ni pada umur 23tahun, dia mampu pakai BMW hasil dari bisnes MLM dia tu..okay la.. happy for him... :) yang best tu .. dia siap kasi pesanan penaja kat aku " kalo hang join aku dulu, mesti la hang dah berjaya macam aku!!!"... okay bye... semua ini takdir... dah tertulis dalam Luth Mahfuz masing-masing... siapa kita nak tentukannnya... hanya DIA yang lebih berhak mengatur segala.
sekadar gambar hiasan... tah siapa lak aik minah ne....?
"Ferrari" hitam pinjaman dari mak dan ayah ni sudah memadai buat aku riang meluncur di jalan saban hari jika mahu ke kantor dan destinasi lain...
p/s: hidup kat dunia ni pon pinjaman jugak...
No comments:
Post a Comment