aku hazel si shutterbugs! smile....

Monday, October 11, 2010

entri lewat

salam semua.

doa aku pada semua sihat-sihat belaka. minta di jauhi sebarang musibah.. amin...

seperti biasa aku suka buat posting yang basi. sepatutnya aku cerita hari ini aku post pada hari berikut. sekarang ni susah aku nak luangkan untuk post entri yang ligat seperti dulu. ahaha ligat la sangat. jari ini pon dah tak petah bicaranya seperti dulu.  rata-rata harini masa aku buka blog. dash board aku penuh dengan entri yang bersempena 10.10.2010.

aaaahh.. alangkah bagus aku mampu ceritakan segala macam perkara yang membadai aku lately. dari awal tahun sampai la tarikh sekarang. 10.10.2010. ketika entri ini di tulis tarikh dah berganti. so tiada apa yang istimewa tentang 10.10.2010.

aku masih terasa lenguh di kaki dek tugasan di siang hari. di tambah pula dengan rutin harian di malam hari membantu ayah apa lagi?. aduhhh... mengeluh aku kerana penat. penat semata demi satu tujuan. DUIT. duit itu yang menakutkan. tidak mahu aku teruskan bicara tentang itu. 

untuk saat ini. aku hanya mahu berkongsi. berkongsi tentang insan yang satu itu. insan itu baru aku kenal selama 3 bulan rasanya. petah berbicara melalui tulisannya. kuat bersuara melalui kerja seninya. aku cemburu dengan usia 23 tahun yang dia dakap. punya segala bukan semata harta, kaya segala bukan duit simbolnya. aku cemburu. untuk seorang insan yang sebaya dengan aku. aku  katakan yang kamu itu idola aku. panduan aku. sifat dan sikap kamu ingin sekali aku contohi. kisah kamu aku baca. sedih kamu aku rasa. tawa kamu aku gembira....aaaaaaa aku doa agar kita dapat bertemu.  amin. 

tetapi lain pula ceritanya tentang insan yang kontra sifatnya. sangat jengkel aku akan sikapnya, sangat benci akan tuturnya. sangat geram akan tingkahnya. tapi, siapa aku untuk berkata apa? diam sudah aku akhirnya. untuk dia yang punya umur yang serupa. maaf kau bukan idolanya. maaf juga antara kita palsu hanya. aku wayang dikala kau berkongsi cerita. aku ketawa tanda aku mahu kau hentikannya. aaahh! alangkah indah semuanya mudah. 


p/s: wayang itu sebahagian kita. dunia ini pentas kita.

No comments: