aku hazel si shutterbugs! smile....

Sunday, August 15, 2010

Bertamu aku di rumah-Mu

Salam Ramadan semua...

Sepatutnya entri ni aku post sebaik sahaja selesai buka puasa. Atas fakto-faktor yang tak dapat di elakkan seperti black out. batery laptop aku yang separuh charge hilang power semudah ABC hehehe... Tu lah.. batery laptop aku ada problem sket.. Insyaallah kalo tahun ne aku mampu meraih duit raya dari family aku... Aku replace dengan yang baru.. kekeke.....

Nak aku utarakan banyak pun tak jugak.. cuma hanya cerita-cerita biasa Cik Hazel Ruslan. Ceritera semalam bermula begini.....

Lewat tengah hari tadi aku agak leka. Leka dengan dunia katanya. Berlegar aku "diatas" menerpa fikiran, kemana harus aku tuju dikala waktu lunch pada bulan mulia ini. Dah tahu! Memang dah lama aku nak ke sana. Kerap aku lalu dilaluan yang sama tapi tidak aku singgah untuk berlabuh. "Ya! Situ! ", monolog aku yakin.

Aku ajak Jie. Beres dengan  punch card. Lamborghini ayah yang dikemudi aku memacu di jalan. Perjalanan yang 5 minit itu berakhir di satu persinggahan. Azan dah berkumandang. Petak parkir sukar pulak dicari kala ini.Aduyai..... Meliar mata mencari. Aaaaa.... Di situ! Hayunan kaki melangkah pergi meninggalkan kawasan parking. 

Kaki dah menjejak,salam yang aku hulur di sambut. Ada mata yang memerhati, mata itu menghantar kami hingga ke tempat wuduk wanita. Jie mendahului aku. Aku pulak terkedek-kedek bersihkan celak di mata. dingin air paip segarkan aku. Selesai di tempat wuduk aku dan Jie berlalu pergi ke bahagian jemaah muslimat.

Doa-doa imam sudah aku aminkan. Moga terkabul apa yang dipinta. Sambil melipat apa yang patut mata ni meliar mencari kelibat Jie. tup-tup dah ada sebelah aku... Kus aku..... Sambil mengenakan tudung aku pandang sekeliling. Ada yang mengaji, ada yang berzikir, dan ada sekumpulan umat yang khusyuk mendengar ceramah. Damai kan rumah ini?

Aku dan Jie menuju ke perkarangan... Sekali kau... Lori minuman yogurt Bliss cap Nestle lalu... Salivate yet? Mestilah....! I'm carving for it by that time... woot...woot.... Dugaan betulkan? kekekeke...^^,)
Selesai menunaikan solat di Masjid Zahir... kami berdua terus balik ke opis yang 5 minit jauhnya. 17 tahun lamanya aku menetap di Alor Setar, tengah hari tadi ialah kali pertama aku jejak kaki ke Masjid Zahir... Accomplished!!

Gambar Masjid Zahir di malam hari yang aku ambil tahun lalu..


p/s: Jum lagi nak?

No comments: