aku hazel si shutterbugs! smile....

Saturday, August 7, 2010

sabar ku sudah

baru bermula bacaan pertama
tergendala kerana aku inginkannya
sudah ku tanda kerana ia utama
pulang kembali untuk selesaikannya


kecewanya hati kerana hilangnya
masih tertanya kemana perginya
hatiku lara hingga hujung dunia
semakinku cari semakin sepinya

hendakku marah tidak terdaya
amarah ini ku pendamkan sahaja
siaplah aku untuk berkata
terpaksa aku kunci didalam jiwa

berlari aku menahan marah
tetapi geramku tidak diluah
kekal tersimpan ku rasa bersalah
akhirnya aku menangis lemah

sudah sifatku suka menyentap
wajahku janganlah kau tatap
mungkin darahmu akan meyirap
jauhi aku untuk sekejap

...............................................................................
p/s: geram sebab kena ulang semula. dah macam deja~vu

No comments: