aku hazel si shutterbugs! smile....

Tuesday, August 17, 2010

ceh! kalau boleh berangan...

Salam Ramadhan semua,...

Rutin harian aku pada hari ni sama seperti hari-hari biasa yang lain.Bezanya tiada lagi makan-makan. Okay dah nama Bulan Ramadhan kan. Kejadahnya makan. Anyway lepas buka puasa tadi my sis menyatakan hasrat beliau yang damba akan ice cream Viennetta . Selesai solat Maghrib aku pon bersiap la nak keluar.
Kereta yang dipandu meluncur dalam kelajuan normal yang ditetapkan bergerak ke Pasaraya Giant dekat Souk Al-Bukhary. Lepas 7 minit gitu aku pon sampai dan masih mencari-cari petak parkir. Seperti biasa, petak parkir yang berhampiran pintu masuk Giant memang dah ditempah khas oleh aku setiap kali aku berkunjung ke sini. mungkin sekadar kebetulan. 

Aku pon masuk dengan penuh bergaya dan jalan ala-ala cat walk. Yang best tu, elok-elok aku masuk ada lagu yang ala-ala atas runaway . Anyway, lagu tu hanya bermain dalam minda aku sahaja. Imiginasi ne perlu untuk ceriakan hari-hari aku. Terapi bagi aku... hahahaha... dah sampai bahagian frozen, aku pon menuju ke peti ice cream yang berkenaan. jeng...jeng...jeng.... sejuk.... time tu dah mimpi-mimpi dah ada kat London... ceh...Hazel Ruslan en, kalau boleh berangan! Enough with day dreaming... aku pon ke cashier dan bayar. dan chiaw!!!   Sekali lagi aku meninggalkan Giant dengan langkah bergaya. Ceh!!..

Terbaik lah.... Dapatkan di pasaraya berdekatan!!!

Aku sekali lagi menuju ke petak parkir dan ready to hit the road. Masa ondeway balik umah tu.Tengah-tengah aku drive.Tiba-tiba....Dekat radio tengah nyanyi lagu Need You Now by Lady Antebellum . Terasa habis la lagu tu... Macam ada satu feel yang susah nak cakap... Pendek kata aku melayan lagu itu penuh emo dan aku rasa cem situasi atau babak dalam drama swasta lak bilamana watak dalam sesebuah cerita tu ada problem sambil khayal dibuai perasaan. lepas tu ada lagu yang sesuai disulam bersama-sama scene itu. Ceh! And again, still day dreaming.... Hazel Ruslan... Stop it! 

tak dapat masuk TV berangan pon jadi ke ? Okay lah tu... 

closing untuk entri kali ni... enjoy la lagu ne...


No comments: