aku hazel si shutterbugs! smile....

Thursday, January 21, 2010

13

pagi tadi masa sampai opis Captain Misai dah ada dah... urghh.. punch card aku merah lagi.... ye la selalu hitam... kita bagi ada kaler sket.. miahahaha.....

so lepas punch card aku pow p la opis dan menuju ke bilik aku. masa letak barang2 aku suma tu aku teringat nak tulis buku log. capai la buku log yg dalam beg Louis Vuitton cap unta yg aku beli dekat padang besar 4 tahun lepas.. wah.... kondisinya masih elok lagi yep...
.
.
.
.
.

ok back to story mory.....
.
.
.
.
.


aku pon selak la buku log tu.. rupanya ini hari ke 13 dah aku pektikel dan  buku log aku tu berisi dengan laporan dalam 3 hari ja....arghhhh.... cem na nak cover ni...???

rasanya aku boleh tipu-tipu kot bab buku log ni... boleh kawtim dengan The Editor kot.. dia pon cem sporting. ok.. beres... TAPI.......

aku banyak sangat dok pikir-pikir ni.... bermasalah jugak aku ni... antaranya:-

=========================================================================

A: Unit Mari Bergosip kureng kerja..(hanya akan ada kerja bila ada majlis tertentu!)

B: Kurang komunikas kot. sebab, staf dekat Unit Mari Bergosip selalu tadak dalam opis.(rutin mereka cuma punch card pada pagi hari dan aku akan jumpa muka mereka ini hanya dua kali sahaja untuk setiap hari, iaitu punch card pagi dan time punch card nak balik! time yg selebihnya tu aku tatau keman mereka tuju.. hurmmm)

C: Aku sorang-sorang ja selalu.... wuuuu .... (T-T).....

D: bulan dua ni aku akan bertukar ke Unit Haruskah Mencari Gosip? (bukan unit sebenar) owh.. aku rasa kalo tukar ke unit sana pun mungkin aku cem bakal tadak keja jugak kot... sebab kerja-kerja mencari gosip-gosip baru semuanya berlandaskan aktivit-aktiviti yang berkaitan dengan kenegerian sahaja! seperti Perasmian, majlis Amal dan sebagainya... Aduhhhhh.. kesian aku kan?

E: aku ada rasa sikit kesal la prektikel dekat XXX ne.. tapi aku tadak pilihan sebab tempat lain rejek aku.kerana kata mereka, mereka tidak mengambil pelajar prektikel lagi, tempat prektikel sudah penuh dan alasan yang aku fikir konkrit bagi mereka dan sebagainya.... owh... ada satu tempat prektikel yang menerima aku selain XXX, tapi sangat jauh dari lokasi rumah aku yang terletak di Daerah N005.... tempat pektikel tu terletak di ibu negara... jauh betul ibu negara tu dengan negeri aku.. kira-kira 300KM lebih rasanya...

arghhh.. aku khilaf... kene bersyukur sebab XXX sudi amik aku....


G: antara rutin harian aku dekat XXX ialah aku selalu punya masa terluang untuk  on9 dari pagi ke petang...
kadangkala 25% dari waktu kerja aku hanya aku gunakan untuk edit gambar dan tengok The Editor edit video.... wuarghhhhh............. 15% dari waktu kerja aku pula, selalunya aku akan asa mengantuk pada jam 11pagi atau pada jam 3 petang..... aku benci bila aku mengantuk! selebihnya 60% aku akan on9 facebook, mespes, ym, blogg dan sewaktu dgn nya.....

.......

dah nak dekat time balik keja dah ni... nak merayap sat.. k la... nanti aku up date lain pasal pektikel ni.. da~

No comments: