aku hazel si shutterbugs! smile....

Sunday, January 10, 2010

konklusinya adalah........

untuk harini saja aku dah post lebih dari 2 entri. semuanya gara-gara aku memang tersangat free pada hari ni. memang patut la aku hu-ha kan blog aku dengan suapan-suapan yang aku anggap tipikal. ah peduli apa aku.. janji ada suapan untuk post entri di portal ini sudah.

berbalik kepada kisah aku yang kepingin sangat nak jumpak dengan Mr. Alfredo. sebenarnya aku dah berjaya jumpa beliau. itupun aku anggap lewat sebab aku jumpak dia selepas lunch. oh. nasik minyak dekat kenduri jiran incha agak menyelerakan dengan acar timun itu. hehehe.. agak kenyang di situ... ok lah konco-konco ku sekalian, back to da story mory..... aku masuk opis pada jam 2.15 p.m seperti yang tertera pada jam dinding. kemudian. pada masa yang sama aku lalu depan opis milik Mr. Alfredo.. tapi dukanya beliau tiada di opis nya. aku pon menuju ke meja aku.

lepas on saja lappy aku untuk on9 mespes dan fesbuk,... aku nampak Mr.Alfredo yang entah darimana datangnya sedang menuju ke daun pintu milik opis beliau. ok.. aku dah cukup bersedia untuk jumpa beliau. mungkin semangat dari nasi kenduri tengah hari tadi gamaknya.... ok.. lepas tu aku dengan keadaan sedia menuju ke opis beliau. aku ketuk daun pintu itu, kemudian aku terdengar ucapan " masuk "... daun pintu itu aku selak dan terlihat lah aku wajah Mr. Alfredo yang agak kacak lagi elegan agaknya... huh! aku menuju dan berdiri di sebelah beliau, tapi beliau ajak aku duduk pulak. ok, aku turutkan saja. maka dengan rasminya bermulalah sesi perkenalan , briefing dan konfrentasi antara aku dan Mr. Alfredo. nasib baiklah kunjungan aku ke opis beliau dialu-alukan dan pada masa yang sama beliau tak la busy sangat pon. ok.. perbualan pun bermula...

apa yang dibicaraka? semuanya berkisar tentang diri aku sendiri, cara kerja dan apa yang aku dah belajar seketikanya aku di IKBN dahulu. Mr.Alfredo jugak ada menerangkan corak kerja yang bakal aku laksanakan sebagaimana pekerja lain realisasikan. kata Mr. Alfredo, esok beliau akan bawa aku ke bahagian penerangan  untuk diletakkan di bawah pemerhatian orang bawahannya. dalam ertikata lain, aku bakal berpindah opis buat kali ke tiga... aduh... aku agak keciwa di situ kerana terpaksa meninggalkan meja aku yang dah aku ubah suai dengan beberapa benda....

so... konklusinya.... starting esok... aku berpindah dan untuk hari ini aku berjaya jumpa sama Mr. Alfredo..

p/s: adakah esok another boring day?

No comments: