aku hazel si shutterbugs! smile....

Monday, January 11, 2010

problem bodoh... tapi serius....

ok. ini hari ke-5 aku pektikel dan macam bodo-bodo je duduk kat department ni. aku rasa lagi lama aku dok kat dipartment ni... lagi banyak entri bodo tapi serius aku post. semalam aku dah jumpak Mr.Alfredo.. dia cakap yang dia akan tempatkan aku dekat unit audio dan visual. tapi masih ada still photo. dan aku datang sini mengharapkan kerja dan menulis report dalam buku log.

sebelum aku post entri ni aku pergi ke HR department sekali lagi. jumpak Mr. Bond ( bukan nama sebenar),  tujuan aku jumpak beliau adalah untuk rujukan, owh! Mr. Bond adalah ketua bahagian HR department ye...  ok! menurut kata Mr. Bond  event akan start 17hb nanti. so, after 17hb aku bakal sibuk. jadi bersedialah.. sedikit sebanyak Mr. Bond agak melegakan hati aku yang tengah berduka lara gara-gara takot buku log kosong. Mr. Bond berkata lagi, kalo ada apa-apa jangan segan-segan untuk berjumpa beliau mahupun PA beliau iaitu Kak Jane bling-bling ( bukan nama sebenar). kehadiran mereka dalam hidup aku sepanjang aku berprektikel amat lah dihargai.  terima kasih la kepada Mr. Bond & Kak Jane bling-bling sebab bantu aku.

kemudian dalam masa yang sama , sekembalinya aku dari HR department. Abang Bee ( bukan nama sebenar) on9 ym. aku mengutarakan permasaalahan aku pada beliau. ya! mujur beliau memberikan buah fikiran pada aku untuk menyelesaikan permasaalahan aku ini. hey abang bee... terima kasih ya...

abeh je ym ngan beliau terus ligat jari aku mengetik keybord sebab nak post entri ni...

hey! aku akan berusaha! ganbate nee~..... yosh!



















No comments: